Tuesday, October 9, 2018

Sakit Mental? Jangan Malu




Bulan April dah jadi macam bulan yang significant for me.
April 2017, resign daripada kerja kat Batu Pahat dan balik KL semula. Gila kot lepaskan kerja gaji dekat 4 ribu dan balik KL dengan masa depan yang tak tau lagi macam mana.

Malas nak cerita aku kerja apa. Yang aku tau masa tu aku rasa bodoh dan useless gila. Tambah lagi ada satu peristiwa pasal tersalah jadual oncall yang buatkan pegawai dan kawan-kawan marah kat aku. Masa tu aku kat Ampang, terbaring sepanjang hari dan tak mampu nak berfikir.

Dua minggu keluar masuk wad kat hospital tu, rasa aku pun sama sakit dengan patient yang terbaring tu. I am not able to concentrate and fail to manage all the information in front of me. Sambil clerk case aku boleh nangis. Balik rumah sewa pun tak mampu mengurangkan rasa tu. Bila waktu weekend, cuma mampu terbaring dan menangis sepanjang hari. What a life..

Thats the main reason kenapa aku resign. Macam aku tak layak kerja ni dan aku rasa macam nak gila amsa tu. Mujurlah aku ada tempat untuk aku berkongsi dan bantu aku supaya tak buat keputusan melulu. Masa ni ada fikir nak check sama ada aku ni gila ke apa tapi aku cepat-cepat padamkan kemungkinan tu sebab aku rasa aku ni stress biasa je.

Nak dipendekkan cerita, aku pun balik semula ke KL dan berimpian untuk sambung semula cita-cita aku cuma bertukar arah sikit la. Daripada kerja kat hospital, aku pilih untuk masuk community.

Everything nampak ok sampai la masa masuk bulan April 2018, the time when all the symptoms berulang kembali malah berpanjangan sampai la masuk ke bulan 6 dan 7. Seriusly rasa bulan Ramadhan tahun ni rasa loser gila sebab semua tunggang terbalik. Semuanya start dengan benda-benda kecik je. Motor rosak antaranya. Benda yang aku patut boleh handle je. tapi aku rasa sangat terbeban dengan benda tu. Banyak la lagi benda. Sampai tahap aku benci kawan0kawan serumah yang selama ni aku sayang, rasa nak marah customer, rasa taknak buat apa-apa, rasa penat setiap kali bangun tidur, menangis macam orang gila sampai sesak nafas, rasa give up, tak bercakap dengan housemate, dan akhirnya sampai aku tinggalkan rumah sewa, leave group dan rasa macam nak mati je! Ada masa aku nak masak aku pegang pisau dan datang thought macam mana kalau aku kelar tangan. Masa tu aku dah letak pisau atas pergelangan tangan dah. Tapi nasib masih ada iman dalam dada yang sekelumit tu untuk selamatkan aku.

Nasib baik aku tak sampai tahap harm diri aku sendiri. Masa tu aku mula sedar aku perlukan pertolongan. Aku tak macam tu. That is not me. The thing is, mana nak pergi untuk dapatkan bantuan? Ada ke orang nak tolong sebab aku sihat walafiat je dari luaran?

Aku ada luahkan kat kawan sorang ni dan tanya dia macam mana nak dapatkan rawatan sebab dia pernah bawa orang jumpa doktor. Dia masukkan aku ke dalam satu group ni. Terima kasih kat admin group tu sebab tolong aku, bagi keyakinan yang apa yang aku hadapi ni adalah simptom kepada penyakit mental dan aku tak keseorangan. So aku buat keputusan nak pergi ke Klinik Kesihatan.

Masa kali pertama aku pergi tu, aku cuma sampai kat pagar klinik je. Sebab aku panik dan terus terduduk dan menangis, sesak nafas. Setengah jam jugak aku duduk kat luar klinik nak pertimbangkan sama ada nak masuk ke tak. Kalau nak masuk nak cakap apa kat doktor? Takkan nak cakap aku dah taknak hidup?

Bila aku rasa makin lama aku duduk situ nanti orang tengok aku gila sebab menangis sorang-sorang baik aku balik. Aku pun naik teksi dan balik rumah. Dalam teksi, pakcik tu tanya adik ni ada asma ke? Heh. Masa ni tak belajar teknik relaxation lagi. Huu

Sebenarnya, aku dihalang oleh stigma diri aku sendiri yang rasa malu nak jumpa doktor, takut orang cop kita gila, lemah iman, tak mampu kawal emosi dan sebagainya. Banyak sangat fikir.

Last sekali aku bincang dengan mak usrah dan kakak serumah aku dan decide untuk pergi klinik bersama. Kebetulan masa yang aku nak pergi KK tu aku kena gastrik. Herm.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...