Thursday, April 21, 2016

Masa Depan

Kepada Adik N**** yang akak kasihi,

Persoalan adik aka cuba rungkaikan dalam bentu tinta maya ini supaya bisa saja menjadi tatapan dan manfaat kawan-kawan yang lain.

Menerima luahan hati adik siang tadi, berkenaan masa depan adik atau lebih tepat lagi tentang bidang pengajian yang dirisaukan.

Keputusan matrikulasi sudah pun keluar. Ada yang dapat dan ada yang tak dapat. Yang tak dapat, pastinya akan berdebar menantikan keputusan UPU atau mula mencari-cari jalan lain untuk meneruskan pengermbaraan menuntuy ilmu.

Dalam keadaan ini, biasanya kita akan menghadapi dilema apabila kursus yang dipohon atau diidamkan seakan tidak punya harapan. Tambahan lagi apabila pihak kelurga mula masuk campur dan kurang memberikan sokongan positif. 

Jika hal ini tidak dilihat dari sudut positif, kita pasti dapat melihat hanya ada satu saja jalan iaitu masuk u atau matrik. 

1. Pertama sekali kita harus terima hakikat dan redha dengan keputusan SPM yang kita terima. 

2. Dengan keputusan tersebut, kita harus realistik dengan hakikat kursus apa yang layak dipohon dengan melihat syarat kelayakan.

3. Selepas kita redha dan realistik dengan apa yang berlaku, cuba lihat pilihan-pilihan lain. Pedulikan kata-kata orang sekeliling. Namun, jika ada cadangan yang baik, mungkin boleh dipertimbangkan.

4. Kadang-kadang, keadaan yang berlaku memerlukan kita memikirkan semula impian dan cita-cita kita. Contohnya, seorang pelajar aliran sains yang teringan sangat nak ambil jurusan perubatan. 

Tetapi, keputusan SPM nya tidak melayakkan dia memohon matrikulasi ataupun asasi yang biasa menjadai langkah mudah untuk melanjutkan pelajaran ke bidang perubatan. Dalam pada masa yang sama, dia seorang yangs angat berbakat dalam bidang penulisan. Dia pernah menjadi ketua sidang redaksi majalah sekolahnya dulu. Tanpa dia sedari, itu adalah minatnya dan dia sangat berbakat dalam bidang penulisan.

Dia merasa kecewa apabila tidak mendapat matrikulasi dan mula tidak meletakkan harapan untuk keputusan UPU. Dia mula buntu. Dia ingin mencuba bidang kewartawanan atau journalisme. Tetapi, keluarganya mula mempersoalkan rasional memilih bidang itu dan mempersoalkan peluang kerjaya kelak.

5. Bidang sains bukan satu-satunya jalan yang menjamin pekerjaan kelak. Sebenarnya baaanyak lagi bidang lain yang boleh dipelajari.

6. Apa yang penting ialah, bagaimana kita memanfaatkan peluang yang ada di hadapan mata kita.

Ada dua cerita di sini yang ingin dikongsikan.

Kisah pertama, seorang pelajar cemerlang yang mendapat peluang belajar di asasi. Selepas cemerlang di asasi, dia memilih jurusan farmasi kerana memikirkan peluang kerjaya yang biasanya mudah. Tetapi apabila dia menamatkan pengajiannya, terdapat ebberapa perubahan pada sistem pengambilan pekerja farmasi menyebabkan dia terpaksa menganggur untuk suatu tempoh masa yang lama.

Kisah kedua, seorang pelajar yang mendapat keputusan sederhana daalam SPM. Dia tidak mendapat tawaran ke matrikulasi mahupun ke universiti. Maka dia memilih untuk mwngambil STPM yang bagi orang lain adalah pilihan terakhir. Keputusan STPM juga kurang memberansangkan. Dia seorang yang berjiwa seni. Pandai melukis dan menghasilkan karya-karya kreatif. Selepas STPM dia mendapat tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang kesenian.Pada mulanya dia agak keberatan kerana keluarganya mendesak dia menerima tawaran UPU dalam bidang pertanian yang merupakan bukan minatnya. Berkat kesabarananya menahaan kata-kata keluarga yang tidak menyokong keputusannya itu, akhirnya pilihannya mendapat sokongan keluarganya. Dan dia mendapat keputusan cemerlang dan terus mendapat pekerjaan selepas tamat belajar.

Cuba adik fikirkan apakah hikmah di sebalik kedua-dua cerita ini..

7. Ada satu perkara yang amat penting yang perlu adik sedar dan fahami. Bahawa segala yang terjadi dalam hidup adalah perancangan Allah swt. Kita mercancang, Allah jua merancang dan Dia adalah sebaik-baik perancang. Adalah amat penting untuk kita berusaha dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Setelah mendapat apa-apa keputusan atau di mana saja kita diletakkan, jadilah yang terbaik, lakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh.

8. Akhir sekali, kita harus memastikan apa saja yang kita lakukan adalah kerana Allah. Apa saja yang kita lakukan merupakan ibadah.Semua yang kita lakukan haruslah memberi manfaat kepada ummah.
Bidang-bidang yang melibatkan penguasaan media adalah amat penting pada masa ini kerana masyarakat amat dahagakan "hiburan' yang menepati fitrah manusia. Masyarakat Islam kini diserang pemikirannya melalui media massa. Diracuni dan disuntik dngan hiburan yang melalaikan. Jadi jangan perkecilkan kepentingan apa saja bidang kerana umat Islam pelru menguasai smeua bidang yang ada,

Itu saja yang akka boleh kongsikan dengan adik. Akak cuba memberi kefahaman kepada adik bahawa hidup kita punya banyak pilihan. Apa saja pilihan kita perlulah berlandaskan matlamat yang satu iaiutu mendapat redha Allah.

Salam sayang daripada akak untuk adik,
Semoga adik tenang membuat pilihan dalam kehidupan. 
Ini bukanlah segalanya tetapi adalah permulaan untuk kehidupan yang lebih panjang dan bermakna selepas ini.

Banyak lagi nak share tapi cukuplah setakat ini. 

Wassalam.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...