Sunday, May 11, 2014

Bakteria dan Antibodi ISMA

Dan Allah jualah yang mengurniakan ilham
bukankah itu juga satu bentu rezeki?

Terimalah, bakteria.

Bakteria.

Bakteria adalah normal flora yang sememangnya wujud dalam dan luar badan manusia. Adapan kehadirannya tidaklah menganggu bahkan membawa kebaikan kepada badan manusia seperti membantu sistem pencernaan.

Tetapi, bakteria ini akan menyebabkan manusia itu jatuh sakit sekiranya sistem imuniti badan manusia lemah. Maka, di saat ini kita perlukan antibiotik untuk 'membunuh' bakteria tersebut. Tapi, ada antibiotik jenis lain yang tidak mampu membunuh bakteria tersebut kerana 'resistant' yang membuatkan antibiotik itu tidak mampu lagi membunuh bakteria. Hanya antibiotik yang sensitif sahaja dapat membunuh bakteria tersebut.

Rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa hidup dengan harmoni. Tetapi ia menjadi sakit bila mana ada sebilangan manusia yang berlebih-lebihan menentang sistem imuniti yang paling kental iaitu undang-undang Islam.

Maka, hadirnya ISMA menjadi 'antibiotik' yang sensitif terhadap 'bakteria' yang agresif itu bukan untuk 'membunuh' tetapi sekadar untuk mengingatkan mereka. Manakala antibiotik lain yang sepatutnya sensitif kini menjadi resistant terhadap bakteria-bakteria ini.

Tapi antibiotik itu dipersalahkan kerana katanya telah 'membunuh' semua bakteria-bakteria dalam badan. Tapi nak buat macam mana, dah penyakit teruk sangat kena la bagi systemic treatment. Mau tak mau semua pun kena ye tak?. Itulah side effect yang terpaksa diterima.

*ibrah dari clerkship + fyp*

-


Cik Kulat.
Posted from KUAZ
4.02am

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...