Friday, May 9, 2014

Bagaimana mengubati masyarakat?

Setiap ubat yang diberikan untuk mengubati penyakit pasti ada risk and benefit yang perlu dipertimbangkan sebelum diberi kepada seseorang pesakit.

Biasanya memang ada risk of side effect untuk penyakit yang biasa-biasa  seperti demam, batuk dan sakit perut. Tapi sebab ubat itu diambil pada dos yang sekadarnya maka side effect tu pun takde la. Setiap ubat tu ada maksimum dos. Kalau ambik exceed maksimum dos memang pasti akan terima side efefct yang  teruk. Contoh paling mudah, paracetamol. Jika diambil pada kadar yang sekadarnya maka ia dapat menyembuhkan demam dan tahan sakit. Tapi kalau overdose, sampai boleh bawa kematian kerana kegagalan fungsi hati (liver).

Macam mana pulak untuk ubat yang ada benefit tapi risk of side effect dia pun bahaya even diambil pada kadar yang sedikit? Biasanya ubat yang macam ni adalah untuk penyakit yang lebih teruk dan kronik. Contoh penyakit kanser. Ubat antikanser banyak side effect tapi kena timbangkan antara risk dan benefit dia untuk diberi pada pesakit.. Kadang-kadang memang terpaksa tanggung risiko untuk menyelamatkan nyawa pesakit tu. Memang terpaksa tanggung kesakitan side effect untuk benefit yang akan datang kemudian. Dan kadang-kadang terpaksa korbankan satu untuk dapat satu. Contoh ubat yang ada risiko untuk membahayakan bayi dalam kandungan. Jadi, untuk selamatkan ibu terpaksa korbankan anak dalam kandungan.(Korbankan anak dalam kandungan tak bermaksud 'membunuh' anak dalam kandungan tetapi adalah seperti kesan teratogenik yang menjadikan anak kurang sempurna atau cacat)

---

Untuk mengubati penyakit dalam masyarakat juga terbahagi kepada dua. Yang pertama, untuk penyakit yang biasa-biasa seperti masalah fiqh, ubatnya adalah penerangan. Tetapi apabila sudah melebihi dos, iaitu apabila terlalu banyak sangat percanggahan pendapat maka antara side effect nya ialah masyarakat tidak melakukan terus ibadat tersebut atau masyarakat semakin keliru dan hasilnya adalah perbalahan yang berpanjangan.

Untuk mengubati penyakit besar dalam masyarakat yang melibatkan isu aqidah, siayasah dan sebagainya maka ubatnya adalah ubat yang penuh dengan risiko dan benefit. Contohnya, apabila isu hudud ini mula dipertikaikan oleh non-musim, maka ada pihak yang bangun memberi ubat untuk menyelamatkan nyawa agamanya dengan cara berterus-terang dan lantang. Cuma ubat untuk ini, risikonya besar. Risikonya adalah penolakan masyarakat termasuk umat Islam sendiri. Tapi percayalah, pasti ubat ini diberikan kepada masyarakat untuk kebaikan orang Islam itu sendiri. Jika tak dapat dilihat apakah benefit ubat ini kepada masyarakat pada masa sekarang, ia akan kelihatan kemudian.

Kita lah penyelamat ummah dan akan menyelamatkan ummat ini dengan segala ubat yang ada walaupiun terpaksa menerima pelbagai jenis kesan sampingan yang mnyakiti kita. Tapi kita harus kuat untuk sembuhkan umat ini dari penyakitnya. Penyakit yang tenat, kronik dan menunggu maut jika tidak dirawat oleh penyelamat ummah iaitu kita!

#KamiSokongISMA


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...