Thursday, February 13, 2014

Jadi Rakyat

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Lama sudah tak menulis dekat blog ni. Dah cuba beberapa kali tapi mesti berakhir dengan Draft. Ya. Kali ni bila ilham datang lagi tanpa berlengah terus ku capai Raudhatun Saidah ini.

Kali ini aku ingin menyentuh tentang kita sebagai rakyat. Sebelum itu suka untuk aku membawa kembali ke zaman Sultan Muhammad al-Fateh. Pasti kalian pernah terdengar kisah tentang beliau. Dan pasti pernah terdengar tentang hadis ini: 

Sabda Rasulullah s.a.w ketika menggali Parit Khandaq; “Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” [Hadis riwayat Imam Ahmad]

Untuk baca lebih lanjut tentang beliau boleh baca di sini dan di sini.



Jadi, yang akan menawan kota Constantinapole adalah sebaik-baik tentera dan sebaik-baik raja. Tapi tahu
kah kalian bahawa sebelum Sultan Muhammad al-Fateh, ayahandanya juga pernah cuba menawan kota Constantinapole tetapi gagal. Kenapa? Sedangkan ayanda beliau juga merupakan raja yang baik. Begitu juga dengan tenteranya pada etika itu.

Setelah diselidiki, rupa-rupanya rakyatnya belum menjadi sebaik-baik rakyat. Di pasar, rakyatnya masih mengamalkan penipuan dalam urusan jual beli. Nahh. Ini yang aku baca daripada buku pak Latip. Walaupun sudah mempunyai raja dan tentera yang baik, tetapi rakyatnya belum menjadi baik sepenuhnya, kemenangan menawan kota Constantinapole terbantut.

Apa yang aku smapaikan adalah peranan kita sebagai rakyat. Zaman sekarang ni kita duk seibuk tuding jari pada pemimpin sana yang korupsi, peminmpin sini yang tidak berwibawa. Tapi kita sendiri sebagai rakyat bagaimana pula? Susahkah kita menjadi rakyat yang baik, jujur, amanah dan berintegriti?

Bukannya aku nak bela pemimpin yang korups dan sebagainya. Tapi aku ingin menegur sikap sebahagian daripada kita yang suka mencaci maki, mengeluarkan perkataan yang tidak elok, mengutuk dan menghina sesnagkan kita sendiri pun lebih kurang sama. 

Tidak salah kita mahu menegur peminmpin tetapi jagalah adab sopannya. 

Dan kita juga sebagai rakyat hendaklah menjadi sebaik-baik rakyat. Kalau ikut maratib amal pun tangga pertama bermula dengan pembinaan individu muslim.

So, jom usrah! Eh, tetiba je. Ehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...