Saturday, June 1, 2013

Jalan Yang Kupilih

Bismillahirrahmanirrahim.

Jalan yang kupilih. Tajuk cliche sangat.
Jalan di sini bermaksud jalan dakwah dan tarbiyah yang kupilih.

Rasa macam baru semalam berada dalam Konvensyen Perubatan anjuran I-Medic. I-Medic adalah sebahagian daripada ISMA. Masa tu, baru habis tahun satu.

Fasa awal mengenal tarbiyah mungkin bermula masa zaman sekolah. Masa tu kat MRSM. Masa tu aku dapat rasai nikmat manisnya hidup dalam environment yang selalu mengingatkan aku pada Dia.

Teringat lagi masa mula-mula masuk MRSM, setiap malam kena baca al-Mulk. Setiap pagi lepas Subuh kena baca Ma'thurat. Masa tu baru tau apa tu Ma'thurat dan sebagainya. Masa tu baru tau halaqah, usrah tu apa. Aku cukup bahagia dengan nikmat yang Allah kurniakan pada masa tu. Secara perlahan-lahan, aku mula membentuk diri aku.

Cuma masa tu belum mengerti apa tu tarbiyah. Aku belum sedar aku perlukan tarbiyah pada setiap masa.
Sampailah aku masuk asasi.

Malas nak panjangkan cerita, lepas keluar dari MRSM..slowly aku lost balik. Masa Asasi, masa first year. Lost tu maksudnya hidup tu macam biasa-biasa je la. Takde pengsisian, banyak buang masa dengan benda tak berfaedah. Takdela lost sampai jadi kutu rayau ke. Hehe.

Masa first year, kawan-kawan yang duduk Astar mostly join usrah. Aku ni sebab duduk Kuaz maka tak masuk list yang terpilih untuk join usrah. Sobsss.

Sampai la aku pergi konvensyen tu. Menemukan aku dengan Kak Aisya, pharmacist yang baru grad and tengah keje kat HUKM. Lepas tu aku jemput plak Kak Aisya ke satu program untuk bagi talk. Start daripada tu, aku kenal ISMA.

Dan lepas tu aku mula join usrah dengan PEMBINA.

TAMAT.

Dan sekarang lebih setahun aku dalam tarbiyah PEMBINA/ISMA. Dalam masa yang singkat ni aku dah bersama empat murobbiyah. Daripada zero aku mula balik bina apa yang aku dapat masa kat maktab dulu. Syukur.

Betul kata orang. Jalan yang kupilih ini bukan jalan mudah. Banyak pancaroba. (if u know what i mean)
Cabaran-cabaran tu yang kuatkan kami.

Sekarang aku masih lagi kehausan. Kehausan tarbiyah yang segar dan mendamaikan jiwa. Tarbiyah yang penuh pancaroba. Aku tekad, selagi aku tak jumpa apa yang salah pada jalan yang kupilih ini, selagi itu aku akan bersama mereka.

Semoga Allah redha dengan jalan yang kupilih. AMIN. :')

Promote jap.hee :D

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...