Monday, June 24, 2013

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)." [Imam Syafei]

Dunia Baru

Tiap-tiap ahri kita baca al-Fatihah dalam solat. Dalam surah al-Fatihah ayat kelima kita mintak Allah tujukkan kita jaan yang lurus.

Jalan. Lurus.

Dan sekarang aku yakin Allah dah tunjukkan jelan yang lurus untuk aku.
Tinggalnya, aku yang kena berjalan dengan kaki sendiri, jatuh bangun sendiri.

Rupanya, jalan yang Allah tunjuk tu dah ramai orang yang lalu. Ada yang berjalan, ada yang berlari. 
Laju! Kadang kala cemburu jugak aku. 

Ada orang yang lagi muda yang daha lama lalu jalan ni. Aku rasa rugi sangat masa muda aku. 
Tapi sekurang-kurangNya Allah pilih jugak aku untuk lalui jalan ni. :')

Dalam ramai-ramai, ada jugak kawan-kawan yang belum jumpa jalan ni. Ada jugak yang cari-cari kita tapi tak jumpa sebab kita asyik lalu jalan ni sampai lupa nak menjenguk kawan yang masih belum jumpa jalan yang sebenar.

Allah.

Kadang dengan orang yang paling dekat dengan kita yang kita susah nak bagi tau kebenaran. Cuma mampu doa agar ada orang lain yang datang tunjuk pada dia jalan yang sebenar. 

T__T

Makin lama makin banyak yang aku tak tahu. Masih banyak ilmu yang perlu dicedok. 
Moga Allah permudahkan. 



Sunday, June 2, 2013

#untitled

Sedang merangka modul tiba-tiba teringat soalan dari seorang sahabat.

''Kan nak exam ni? Kau busy dengan apa lagi?''

Takde jawapan untuk soalan tu. 
Sebab aku merasakan apa yang aku buat ni bukanlah apa-apa jika nak dibandingkan dengan kerja-kerja dakwah orang lain. 

Aku nak jadi penggerak. Darah muda aku menggelegak.
Aku tak dapat menolak. 

InsyaAllah study aku tak tinggal. Doakan aku sahabat. 

Terbaca blog seorang yang segar bugar cita-cita dakwahnya. 
Kagum aku dengan gerak langkahnya menyubur jiwa pemuda.

Kelmarin, malam yang sejuk itu menjadi hangat.
Titipan semangat daripada para akhawat.
Semoga terus subur. 
Semoga terus tsabat.


Saturday, June 1, 2013

Jalan Yang Kupilih

Bismillahirrahmanirrahim.

Jalan yang kupilih. Tajuk cliche sangat.
Jalan di sini bermaksud jalan dakwah dan tarbiyah yang kupilih.

Rasa macam baru semalam berada dalam Konvensyen Perubatan anjuran I-Medic. I-Medic adalah sebahagian daripada ISMA. Masa tu, baru habis tahun satu.

Fasa awal mengenal tarbiyah mungkin bermula masa zaman sekolah. Masa tu kat MRSM. Masa tu aku dapat rasai nikmat manisnya hidup dalam environment yang selalu mengingatkan aku pada Dia.

Teringat lagi masa mula-mula masuk MRSM, setiap malam kena baca al-Mulk. Setiap pagi lepas Subuh kena baca Ma'thurat. Masa tu baru tau apa tu Ma'thurat dan sebagainya. Masa tu baru tau halaqah, usrah tu apa. Aku cukup bahagia dengan nikmat yang Allah kurniakan pada masa tu. Secara perlahan-lahan, aku mula membentuk diri aku.

Cuma masa tu belum mengerti apa tu tarbiyah. Aku belum sedar aku perlukan tarbiyah pada setiap masa.
Sampailah aku masuk asasi.

Malas nak panjangkan cerita, lepas keluar dari MRSM..slowly aku lost balik. Masa Asasi, masa first year. Lost tu maksudnya hidup tu macam biasa-biasa je la. Takde pengsisian, banyak buang masa dengan benda tak berfaedah. Takdela lost sampai jadi kutu rayau ke. Hehe.

Masa first year, kawan-kawan yang duduk Astar mostly join usrah. Aku ni sebab duduk Kuaz maka tak masuk list yang terpilih untuk join usrah. Sobsss.

Sampai la aku pergi konvensyen tu. Menemukan aku dengan Kak Aisya, pharmacist yang baru grad and tengah keje kat HUKM. Lepas tu aku jemput plak Kak Aisya ke satu program untuk bagi talk. Start daripada tu, aku kenal ISMA.

Dan lepas tu aku mula join usrah dengan PEMBINA.

TAMAT.

Dan sekarang lebih setahun aku dalam tarbiyah PEMBINA/ISMA. Dalam masa yang singkat ni aku dah bersama empat murobbiyah. Daripada zero aku mula balik bina apa yang aku dapat masa kat maktab dulu. Syukur.

Betul kata orang. Jalan yang kupilih ini bukan jalan mudah. Banyak pancaroba. (if u know what i mean)
Cabaran-cabaran tu yang kuatkan kami.

Sekarang aku masih lagi kehausan. Kehausan tarbiyah yang segar dan mendamaikan jiwa. Tarbiyah yang penuh pancaroba. Aku tekad, selagi aku tak jumpa apa yang salah pada jalan yang kupilih ini, selagi itu aku akan bersama mereka.

Semoga Allah redha dengan jalan yang kupilih. AMIN. :')

Promote jap.hee :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...