Monday, March 11, 2013

Kisah JPA dan Seutas Kalung

Mungkin aku la orang paling seronok bila JPA dah masuk hari ni. Orang lain macam takde feeling je. Mungkin diorang seronok tapi takde la se'excited' aku.

Syukur syukur. Macam yang selalu baca doa lepas baca al-'Ma'thurat: Ya Allah, berikanlah aku kecukupan sehingga aku tidak perlu meminta dari yang lain selain dariMu. Nah, terasa macam Allah dah jawab doa tu.

Dalam beg duit tinggal seringgit je lepas semalam. Yang lain syiling. Memang bajet duit cukup sampai minggu lepas je tapi ada rezeki lebih dapat la guna sampai semalam. Malam tadi dapat berita JPA masuk hari ni. Gembira tak terkata.

Macam mana nak kata eh. Bayangkan, kalau tak masuk hari ni memang duit dah takde untuk makan, Sampai terfikir nak guna duit amanah orang. Pinjam dulu la kira. Tapi tak sampai hati. Nak pinjam kat orang pun dah tak sampai hati. Nak mintak kat abah lagi la tak sampai hati.

Cantik betul Allah susun. Betul-brtul time duit dah habis, JPA masuk. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

Pagi tadi kebetulan terbaca daam buku kisah seutas kalung. Ceritanya macam ni.

Ada seorang lelaki datang ke Madinah. Sampai je kat situ, dia rasa sangat letih, kehausan, baju pun dah compang-camping, dengan duit sedirham pun takde. Dia pun jumpa Rasulullah dengan harapan dapat la sikit makan untuk tampung perut dia. Rasulullah masa tu suruh dia ke rumah Fatimah. Lelaki tu pun pergi la ke rumah Fatimah.

Sampai je rumah Fatimah, dia pun bagi tau la Rasuullah suruh dia ke situ. Fatimah masa tu serba salah sebab kat rumah dia pun tak ada apa-apa nak diberikan kat lelaki tu. Dia pun ternampak alas tidur Hasan Husin lalu diberikan kepada lelaki itu. Tapi lekaki tu kata, yang aku perlukan pada tika ini ialah makanan Ya Fatimah. Fatimah pun teringatkan kalung yang dipakainya. Dia sangat sayang kalung tu sebab kalung tu pemberian dari suaminya masa pernikahan mereka bukan sebab harganya yang mahal. Dia pun memberikan kalung itu kepada lelaki tadi. Bagi Fatimah, lelaki itu lebih memerlukan kalung itu untuk meneruskan hidupnya dan isterinya sedangkan dia memakainya hanya untuk hiasan.

Lelaki tu pun pergi berjumpa Rasulullah balik. Rasulullah suruh dia jual kalung tu. Ada sahabat bernama Abbas yang terdengar dan terus offer nak beli kalung tu. Lelaki tadi cuma meminta makanan untuk mengalas perutnya, pakaian untuk dirinya dan sedirham untuk dibawa pulang kepada isterinya.

Tapi Abbas bagi dia seratus dirham, makanan, pakaian, dan untak kepada lelaki ni, Lalu kalung itu kini berada di tangan Abbas, Abbas menyerahkan kalung itu kepada hambanya dan melepaskan hambanya itu kepada Rasulullah. Rasulullah pun menyerahkan hamba itu dan kalungnya kepada Fatimah. Hamba itu pun ke rumah Fatimah.

Fatimah sungguh tekejut melihat kalung itu. Dengan itu dia pun membebaskan hamba itu dan mendapatkan kalungnya semula. Hamba itu ketawa. Lalu Ftaimah bertanya mengapa hamba itu ketawa.
Katanya, seutas kalung itu telah membebaskan seorang hamba, menyelamatkan lelaki yang kelaparan dan memeri rezeki kepada seorang isteri.

Maka pengajaran daripada kisah ini, melepaskan sesuatu milik kita adalah suatu pengorbanan yang pasti Allah balas dengan kebaikan. Mungkin aku perlu ambik iktibar dari kisah ni.

Yang penting, percayalah kepadaNya. Pintalah daripadaNya. Have faith. =)

Sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...