Saturday, December 7, 2013

Media Massa dan Dakwah

Pagi ni secara tak sengaja terbaca  kitab Khowathir Qur'aniyah karangan Amru Khalid.
Mula-mula nak baca tentang surah al-Naml setelah tertarik dengan kisah Sulaiman dan Balqis seperti yang dikongsikan oleh ustaz (tak pasti ustaz mana) dalam siaran radio Ikim.fm untuk segmen Ibrah. Tajuknya adalah tentang kepimpinan nabi Sulaiman.

Nah. Banyak rupanya ibrah yang boleh diambil daripada kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis. Bagaimana nabi Sulaiman seorang yang bijak berhadapan dengan seorang ratu bagi sebuah kerajaan yang juga hebat. Kisah-kisah tersebut dirakamkan dalam al-Quran dan ada sebahagiannya tak dirakamkan direct dalam al-Quran. Macam juga filem, ada kisah di sebalik tabir. Wuu. *mood semangat*

Jadinya, aku pun terus pinjam roomate punya kitab ni ha. Jazakillah Cik Rain. Dan bukak la page 457. Pada muqaddimah bab tersebut, ada statement tersebut:

Apabila pesan yang disampaikan Surat as-Syu'raa adalah, ''Konsenlah pada publika dan media massa.''


Terus aku bukak ke page 449. 

Sampaikan dariku, meski hanya satu ayat.

Mesti kita familiar dengan ayat ni kan?
Tapi menurut Amru Khalid, inti surat ini adalah tentang urgensi menyampaikan risalah (misi) kepada umat manusia dengan cara terbaik dan paling berkesan. Kalau pada zaman Nabi Musa a.s, masyarakat mengagumi sihir sedangkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w masyarakat amat mengagumi syair. 

Menurutnya lagi, publikasi merupakan senjata yang ada dua sisi ketajaman. Sama ada digunakan untuk sesatkan umat manusia, ataupun dimanfaatkan utuk membimbing manusia ke jalan yang benar.
Refer surah as-Syu'araa ayat 224-227.

Makanya, para aktivis dakwah harus menguasai perangkat penting ini dalam menyampaikan fikrah dan menyebarkan Islam dengan cara yang terbaik. Dan saranan ini tentulah akan berubah sesuai dengan tuntutan masa dan tempat. 

Bagaimana dengan sekarang? Sekarang media massa mempunyai pengaruh yang besar kepada masyarakat. Masyarakat kita dipenuhu dengan hiburan, sajian jiwa yang kering dan melalaikan. Jadi, bak kata Imam Muda Nazrul, kita ni la yang kena masuk dalam media massa. Hehe.

Ibrah lain yang disbutkan dalam kitab ini adalah dialog Musa dan Firaun. Macam mana Nabi Musa twist lontaran-lontaran rumit daripada Firaun dalam menjawab siapakah Tuhan semesta alam itu Dan juga dialog Nabi Ibrahim dengan kaumnya..Nabi Ibrahim menggunakan soalan-soalan yang dilontarkan kepada kaumnya dan memerikan statement-statement yang  memang superb. Nak tau? Bukak al-Quran, bukak kitab, jangan baloq liat sangat aih. 
Refer ayat 20-28 untuk dialog Nabi Musa dan Firaun; dan ayat 75-82 untuk dialog Nabi Ibrahim dengan kaumnya.

Part terkakhir bab ini, tajuknya Media Massa Rabbani yang merupakan konklusi surah as-Syu'araa.

1. Media massa adalah satu sarana dakwah. Jangan sampai digunakan untuk kemasiatan, firnah dan kekejian. Terutamanya kepada para presneter dan jurnalis.
2. Kepada seluruh umat terutamanya para aktivis dakwah, disrankan agar mempelajari cara terbaik bagaimana mempengaruhi umat manusia.
3. Syrah ini dinakmakan as-Syu'araa, agar kita menggunakan sarana paling utama dalam menyebarkan dakwah. 
4. Tidak menggunakan media massa untuk kemaksiatan, tetapi menggunakannya untuk ketaatan.

Sekian.



Monday, June 24, 2013

"Tanganku kelak akan hancur di dalam tanah. Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku. Moga sesiapa yang membaca tulisanku, doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka)." [Imam Syafei]

Dunia Baru

Tiap-tiap ahri kita baca al-Fatihah dalam solat. Dalam surah al-Fatihah ayat kelima kita mintak Allah tujukkan kita jaan yang lurus.

Jalan. Lurus.

Dan sekarang aku yakin Allah dah tunjukkan jelan yang lurus untuk aku.
Tinggalnya, aku yang kena berjalan dengan kaki sendiri, jatuh bangun sendiri.

Rupanya, jalan yang Allah tunjuk tu dah ramai orang yang lalu. Ada yang berjalan, ada yang berlari. 
Laju! Kadang kala cemburu jugak aku. 

Ada orang yang lagi muda yang daha lama lalu jalan ni. Aku rasa rugi sangat masa muda aku. 
Tapi sekurang-kurangNya Allah pilih jugak aku untuk lalui jalan ni. :')

Dalam ramai-ramai, ada jugak kawan-kawan yang belum jumpa jalan ni. Ada jugak yang cari-cari kita tapi tak jumpa sebab kita asyik lalu jalan ni sampai lupa nak menjenguk kawan yang masih belum jumpa jalan yang sebenar.

Allah.

Kadang dengan orang yang paling dekat dengan kita yang kita susah nak bagi tau kebenaran. Cuma mampu doa agar ada orang lain yang datang tunjuk pada dia jalan yang sebenar. 

T__T

Makin lama makin banyak yang aku tak tahu. Masih banyak ilmu yang perlu dicedok. 
Moga Allah permudahkan. 



Sunday, June 2, 2013

#untitled

Sedang merangka modul tiba-tiba teringat soalan dari seorang sahabat.

''Kan nak exam ni? Kau busy dengan apa lagi?''

Takde jawapan untuk soalan tu. 
Sebab aku merasakan apa yang aku buat ni bukanlah apa-apa jika nak dibandingkan dengan kerja-kerja dakwah orang lain. 

Aku nak jadi penggerak. Darah muda aku menggelegak.
Aku tak dapat menolak. 

InsyaAllah study aku tak tinggal. Doakan aku sahabat. 

Terbaca blog seorang yang segar bugar cita-cita dakwahnya. 
Kagum aku dengan gerak langkahnya menyubur jiwa pemuda.

Kelmarin, malam yang sejuk itu menjadi hangat.
Titipan semangat daripada para akhawat.
Semoga terus subur. 
Semoga terus tsabat.


Saturday, June 1, 2013

Jalan Yang Kupilih

Bismillahirrahmanirrahim.

Jalan yang kupilih. Tajuk cliche sangat.
Jalan di sini bermaksud jalan dakwah dan tarbiyah yang kupilih.

Rasa macam baru semalam berada dalam Konvensyen Perubatan anjuran I-Medic. I-Medic adalah sebahagian daripada ISMA. Masa tu, baru habis tahun satu.

Fasa awal mengenal tarbiyah mungkin bermula masa zaman sekolah. Masa tu kat MRSM. Masa tu aku dapat rasai nikmat manisnya hidup dalam environment yang selalu mengingatkan aku pada Dia.

Teringat lagi masa mula-mula masuk MRSM, setiap malam kena baca al-Mulk. Setiap pagi lepas Subuh kena baca Ma'thurat. Masa tu baru tau apa tu Ma'thurat dan sebagainya. Masa tu baru tau halaqah, usrah tu apa. Aku cukup bahagia dengan nikmat yang Allah kurniakan pada masa tu. Secara perlahan-lahan, aku mula membentuk diri aku.

Cuma masa tu belum mengerti apa tu tarbiyah. Aku belum sedar aku perlukan tarbiyah pada setiap masa.
Sampailah aku masuk asasi.

Malas nak panjangkan cerita, lepas keluar dari MRSM..slowly aku lost balik. Masa Asasi, masa first year. Lost tu maksudnya hidup tu macam biasa-biasa je la. Takde pengsisian, banyak buang masa dengan benda tak berfaedah. Takdela lost sampai jadi kutu rayau ke. Hehe.

Masa first year, kawan-kawan yang duduk Astar mostly join usrah. Aku ni sebab duduk Kuaz maka tak masuk list yang terpilih untuk join usrah. Sobsss.

Sampai la aku pergi konvensyen tu. Menemukan aku dengan Kak Aisya, pharmacist yang baru grad and tengah keje kat HUKM. Lepas tu aku jemput plak Kak Aisya ke satu program untuk bagi talk. Start daripada tu, aku kenal ISMA.

Dan lepas tu aku mula join usrah dengan PEMBINA.

TAMAT.

Dan sekarang lebih setahun aku dalam tarbiyah PEMBINA/ISMA. Dalam masa yang singkat ni aku dah bersama empat murobbiyah. Daripada zero aku mula balik bina apa yang aku dapat masa kat maktab dulu. Syukur.

Betul kata orang. Jalan yang kupilih ini bukan jalan mudah. Banyak pancaroba. (if u know what i mean)
Cabaran-cabaran tu yang kuatkan kami.

Sekarang aku masih lagi kehausan. Kehausan tarbiyah yang segar dan mendamaikan jiwa. Tarbiyah yang penuh pancaroba. Aku tekad, selagi aku tak jumpa apa yang salah pada jalan yang kupilih ini, selagi itu aku akan bersama mereka.

Semoga Allah redha dengan jalan yang kupilih. AMIN. :')

Promote jap.hee :D

Monday, May 13, 2013

Allah Baik, Hey!

Terima kasih Allah. Terima kasih atas segalanya.

Banyak sangat nikmat Kau bagi.
Banyak sangat Kau tolong aku.
Benarlah firmanMu dalam surah Muhammad ayat ke 7.


''Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah

membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.''



Hari tu aku tak sempat study PPKU untuk Test 1. Before masuk dewan aku selak nota uat kali terakhir. Dan nota terakhir aku selak tu yang masuk test. Alhamdulilllah.

Test PPKU kedua ni pun tak sempat baca. Pagi nak test baru baca. 
Tapi Allah bantu lagi. Allah permudahkan baca nota yang buat masa first year dulu. 
Lepas tu test yang disangka pukul 8 rupanya pukul 9. Dpapat baca lagi untuk last mnit.
Baiknya Allah. :')

Sem ni boleh dikatakan sem yang sangaaaat exhausted. Tak terkejar nak buat assignment, lab, dengan test.

Bila aku bilang sama kawan, aku terpaksa ponteng kelas sebab nak prepare untuk test, dia melenting. Dia kata dia pun akan hadapi benda tu jugak nanti. Ye. Moga Allah permudahkan dia pulak lepas ni.

Allah. Terima kasih. Allah baik!

Lepas ni, moga jalan dakwah dan tarbiyah bersama akhawatfillah akan lebih umphh. Rindu nak berKD. Rindu BG Selayang. Rindu tengok akhawat ramai-ramai. ;)

Moga jalan ini jalan yang benar. Moga Allah redha.


Sunday, April 14, 2013

Jalan Kita Berbeza

Haih. Dah tau hari ni ada test dengan presentation tapi tangan ni insist jugak nak menaip.

Jalan kita berbeza,
Apa perasaan anda bila anda sibuk dengan presentation, pastu ada kelas awal pagi sedangkan orang sekeliling anda rileks je, kelas pagi takde, presentation takde, boleh fokus je prepare untuk test?

Ini semua dunia. Huwaaa~

Kbai.

Monday, March 11, 2013

Kisah JPA dan Seutas Kalung

Mungkin aku la orang paling seronok bila JPA dah masuk hari ni. Orang lain macam takde feeling je. Mungkin diorang seronok tapi takde la se'excited' aku.

Syukur syukur. Macam yang selalu baca doa lepas baca al-'Ma'thurat: Ya Allah, berikanlah aku kecukupan sehingga aku tidak perlu meminta dari yang lain selain dariMu. Nah, terasa macam Allah dah jawab doa tu.

Dalam beg duit tinggal seringgit je lepas semalam. Yang lain syiling. Memang bajet duit cukup sampai minggu lepas je tapi ada rezeki lebih dapat la guna sampai semalam. Malam tadi dapat berita JPA masuk hari ni. Gembira tak terkata.

Macam mana nak kata eh. Bayangkan, kalau tak masuk hari ni memang duit dah takde untuk makan, Sampai terfikir nak guna duit amanah orang. Pinjam dulu la kira. Tapi tak sampai hati. Nak pinjam kat orang pun dah tak sampai hati. Nak mintak kat abah lagi la tak sampai hati.

Cantik betul Allah susun. Betul-brtul time duit dah habis, JPA masuk. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

Pagi tadi kebetulan terbaca daam buku kisah seutas kalung. Ceritanya macam ni.

Ada seorang lelaki datang ke Madinah. Sampai je kat situ, dia rasa sangat letih, kehausan, baju pun dah compang-camping, dengan duit sedirham pun takde. Dia pun jumpa Rasulullah dengan harapan dapat la sikit makan untuk tampung perut dia. Rasulullah masa tu suruh dia ke rumah Fatimah. Lelaki tu pun pergi la ke rumah Fatimah.

Sampai je rumah Fatimah, dia pun bagi tau la Rasuullah suruh dia ke situ. Fatimah masa tu serba salah sebab kat rumah dia pun tak ada apa-apa nak diberikan kat lelaki tu. Dia pun ternampak alas tidur Hasan Husin lalu diberikan kepada lelaki itu. Tapi lekaki tu kata, yang aku perlukan pada tika ini ialah makanan Ya Fatimah. Fatimah pun teringatkan kalung yang dipakainya. Dia sangat sayang kalung tu sebab kalung tu pemberian dari suaminya masa pernikahan mereka bukan sebab harganya yang mahal. Dia pun memberikan kalung itu kepada lelaki tadi. Bagi Fatimah, lelaki itu lebih memerlukan kalung itu untuk meneruskan hidupnya dan isterinya sedangkan dia memakainya hanya untuk hiasan.

Lelaki tu pun pergi berjumpa Rasulullah balik. Rasulullah suruh dia jual kalung tu. Ada sahabat bernama Abbas yang terdengar dan terus offer nak beli kalung tu. Lelaki tadi cuma meminta makanan untuk mengalas perutnya, pakaian untuk dirinya dan sedirham untuk dibawa pulang kepada isterinya.

Tapi Abbas bagi dia seratus dirham, makanan, pakaian, dan untak kepada lelaki ni, Lalu kalung itu kini berada di tangan Abbas, Abbas menyerahkan kalung itu kepada hambanya dan melepaskan hambanya itu kepada Rasulullah. Rasulullah pun menyerahkan hamba itu dan kalungnya kepada Fatimah. Hamba itu pun ke rumah Fatimah.

Fatimah sungguh tekejut melihat kalung itu. Dengan itu dia pun membebaskan hamba itu dan mendapatkan kalungnya semula. Hamba itu ketawa. Lalu Ftaimah bertanya mengapa hamba itu ketawa.
Katanya, seutas kalung itu telah membebaskan seorang hamba, menyelamatkan lelaki yang kelaparan dan memeri rezeki kepada seorang isteri.

Maka pengajaran daripada kisah ini, melepaskan sesuatu milik kita adalah suatu pengorbanan yang pasti Allah balas dengan kebaikan. Mungkin aku perlu ambik iktibar dari kisah ni.

Yang penting, percayalah kepadaNya. Pintalah daripadaNya. Have faith. =)

Sekian.

Wednesday, February 27, 2013

Farmasi UM #2

Antara post yang mendapat lawatan terbanyak adalah post bertajuk Farmasi UM. Mungkin ada adik-adik kat luar sana yang berminat nak ambik course Farmasi kat UM. So I hope I can help those outside there with this post.

FYI, I am currently third year and now in the second semester of third year. Before this, I took foundation of Science at UiTM Shah Alam. Hey, sape kata ambik Asasi kat UiTM tak boleh pergi jauh? More than half of my classmatess got medical and dentistry course you know. Syaratnya kena 4 flet la. Hehe. But believe me, ada yang tak dapat 4 flet pun still boileh dapat sambung medic and dentistry. Rezeki diorang jugakj kot.

So, during the Asasi I got GPA 3.89 for the firest semester and 4.0 for the next semester. Then for UPU I had choosen Farmasi UiTM and UKM but ended up getting Farmasi at UM :O


Ohoi English hang tunggang langgang -.-

Abaikan. Haha. There are still room for improvement right? :D

So, apa kelebihan Farmasi kat UM ni? 

Kalau nak diikutkan, pilihan terbaik untuk course Farmasi kat Malaysia ni USM la sebab dia uni kat Malaysia pertama yang offer course ni. So dia better la in that point. APEX plak tu~ Nak tau APEX tu ape sila google ye. Jangan malas-malas. TAPI, UM pun tak kurang hebatnya. Kita ada pilot plant. Hehe.
Pilot plant tu adalah....sebuah lab untuk membuat tablet. Cuma kat UM je ada pilot plant tau. You well get exposed in industrial pharmacy and can create your own tablet. Woah!

Kelebihan lain adalah sebab UM sendiri (kecuali yuran yang mahal). Rugi la kalau masuk UM tapi tak ambik sebanyak mungkin pengalaman and enjoy your student life.

Lagi satu, mungkin dikira kelebihan ialah sebab UM je ada Kepujian. BPharm (Hons). And based on apa yang lecturer cakap, kalau graduate UM dapat 2.7 pun kira setanding dengan graduate uni lain yang dapat 3.0. Tapi, itu semua mungkin berubah sebab sekarang ni dah ramai yang ambik farmasi ni. Dah saturated dah pun. Ok, tu nanti kita cerita kemudian.


Best ke Farmasi ni?

Best ke tak depends on you actually. How y u get yourself along, how u live you life and how you interact with peoples. Kat sini ada Pahrmacy Society which you'll be automatically be a part of them once you are UM Pharmacy student. PharmSoc ni penuh dengan aktiviti. Annual Gathering, Pharmily Day, Pharmsport, Pharm Night, Community Outreach Programme. Tu anjuran PharmSoc. Other than that ada jugak persatuan untuk student farmasi seluruh Malaysia iaitu MyPSA. And there are national activities too. Contohnya, National Gathering of Pharmacy Students (NoGAPS), National Pharmacy Sports Carnival (NPSC) and many more. Kalau nak rasa best, get yourself involve into any of the activities :D

Bukan tu je ok..korang boleh join aktiviti under kolej or other society kat UM ni. Discover yourself. Personally, I encourage everyone to join any of those society or college project. Boleh kenal kawan course lain, build your soft skills, takde la 'peghak' sangat duduk dalam bilik. Come on la, student UM kot. :P

Susah tak farmasi?

Susah tak? Adik-adik, course mana-mana pun susah. Tapi jujur wa cakap sama lu, jangan berangan la nak dapat 4 flet lagui. HAHA. Bukan mustahil tapi kalau nak kena all out la. Setakat ni ada la senior yang pernah dapat 4 flet tapi bukan untuk semua sem la.

Jangan terkejut kalau dapat GPA 2.0. Even ada yang dapat less than 2.0 tau. Tapi ada jugak ramai yang dapat 3.5 above. It all depends on you. Like me myself, I never reached 3 pointer yet. Ahaks, Sem ni insyaAllah. Masih ada peluang. Aaminn~ Mula-mula maybe ada sikit susah la nak adapt. Tapi slowly you will learn how to catch up, believe me. If you do not give up. Never ever give up okayh!

Frankly speaking, mana ada benda yang senang. Semua benda kita kena usaha kan. Tak kisah la ambik coure apa pun. ;D

Nanti belajar ape je? Saya ambik farmasi ni sebab suka kimia, tak suka bio.

If u had any thought like 'ambik farmasi sebab tak suka bio and suka kimia' atau yang sewaktu dengannya baik tukar mind set tu sekarang sebab as a pharmacist you need to understand how the drugs work in human body. And its not all about chemistry. :D

So basically...macam-macam yang kita akan belajar. Start dari first year belajar basic topics like anatomy, human physiology, basic chemistry, basic principles of pharmacology and so on. Then second year belajar pasal microbs, drugs, pharmacology and so on.. Actually, ada banyak cabang yang korang akan belajar. Contohnya korang akan ada subjek-subjek berkaitan kilinikal, industrial, statistical and research, labs dan baaaaanyak lagi. Bagi yang suka memasak, korang juga akan bbelajar memasak dan menyediakan pelbagai jenis preparation.You gonna make your own syrups, creams, ointments and stuffs. 

Haih..apa lagi ek.. Takpe la.Ni tengok gambar-gambar plak.

Ini event Sabtu ni. Dua hari lagi. Organized by current third year students.



Here we are!

One of the lecture hall.

Pharmacy Society member
 .
One of the events: Telematch. 

Pilot plant. One of the practical.

Tablet making.


Graduation day :D

Buddy system.




Saturday, February 9, 2013

Februari Sudah!

Bismillah~

Ola! Aiyak..da masuk Februari kot. Huuu~ Cuti sem pun tinggal seminggu je. Sobs~



Welcome to 2013. Hey, I've done my Wish Bucket for 2013! Ehe~

By the way, this holiday I manage to do something that I wish to do long long time ago..weee~
Takde de la macam orang lain melancong sana sini, oversea la, in-the-sea la..den duduk umah yo. Eh tak. Tipu! Den balik kampung hari tu.

Biasanya balik kampung duduk umah cik kat Kamunting je tapi kali ni kami ikut depa balik Bota. Sebab ada kenduri arwah mak tok. Punya lama tak duduk kampung macam tu. Seronok! Sedara mara depa ramai gila. Penuh atas bawah. Huhu. Kalau adik beradik mak lapan-lapan orang tu berkumpul kat rumah pah pun mesti penuh kan? Bila la lagi nak rasa macam tu. Sobs~

Masa kenduri ni depa  buat bubur lebah. Dah macam nak buat wet granulation dah. Sebijik! Ngahaha~

Lepas tu sompek la poi Teluk Batik, Kak Ina bawak. Tapi pegi berjalan je la, tak mandi manda pun. Hewhew~

Lagi buat apa ek cuti ni? Erm..pegi pesta buku! Siap dapat signature Abdul Latip Taib dengan Ustaz Zahazan. Nak amek gambar sogan. Hiks~ Kebetulan buku Abdul Latip Taib tu tajuknya Ikramah bin Abu Jahal, tajuk task aku masa cuti ni. Best la pegi pesta buku..bawak Tasya jenjalan. :') Kalau dah dapat baucer buku mesti lagi syiok :D

Lepas tu tolong Dr Faizah setiap hari Rabu. Rasa macam dah keje kot! Dah la kat Twin Tower. Tingkat 31 u ols. Den kojo kek KLCC. Wakaka. Best. New experiences. Working with those people and act like profesionals. Kikiki.

Lagi? Ulang alik pegi UM. Haha. Memang aku ni setiap kali cuti mesti nak pegi UM. Ade je benda yang nak dibuat. Hihi.

Hurm..after all, result tubik doh wehh. Alhamdulillah..result yang di luar jangkaan. Kalau nak diikutkan keadaan aku sem lepas, memang tak cukup nafas. Roomate aku mesti tau yang aku selalu tak lekat kat bilik. Hew~ Ado jo kojo. Time kelas pun tido sampai kena tegur dengan mentor. Pffft~ Sampai terpaksa korban masa cuti sebab nak study untuk test and buat kerja-kerja sampingan tersebut. Test fail takyah cakap la. Biostat punye test dapat 2/10 je kot. Muahaha~ Dalam bilik asyik tidur awal je. Time test pun study ala kadar.

And I believe, Allah help me much. Mungkin berkat doa insan-insan lain jugak. ;') I passed all the paper except for Pharm Ana. Itu memang expected la sebab jawab pun tak habis. Ralat betul rasa. Tapi takpe la, boleh redeem. InsyaAllah Allah permudahkan. Result official pun dah keluar, InsyaAllah takde masalah dah dengan JPA. :D

Sekarang, aku makin percaya pada kebergantungan kepada Allah. Dan keberkatan masa. Kita niatkan semuanya kerna Allah, luangkan masa untuk hadiri majlis-majlis memperingatiNya pasti Dia akan tolong kita. O Allah, tha k you! :))

So, sem depan pun ada banyak program. Hiks. Tak sabar nak start sem baru. Weee~ Azam untuk sem depan, nak kurangkan emo. Bak kata adek-adek. Kikiki. OK, adios!




Friday, January 18, 2013

Welcom to D&T

D&T? Apekah itu?
Donat dan teh?

Ahaks. Tak lah. Maksudnya dakwah dan tarbiyah.

Untuk lebih spesifik, orang panggil usrah atau nama famous dia sekarang, bulatan gumbira~

Hoi. Dari sekolah dulu ada usrah or so called halaqah kot. Setiap Jumaat lepas solat Isyak nanti BADAR suruh duduk dalam bulatan pastu nanti ada akak naqibah bawak tajuk ikut tema minggu tu. Heh. Takde la jakun sangat :P

Tapi lepas tu habis sekolah. Semua tu dah tak ada. TAK ADA! :'(

Takde lagi BADAR suruh pegi surau. Takde lagi ustazah membebel masa hari Jumaat time budak lelaki solat Jumaat. Takde lagi kena denda kalau tak pegi Fardhu Ain. Takde lagi kena pegi zikir kat dataran time uzur. Takde lagi baca ma'thurat pepagi masa lepas solat jemaah. Takde lagi ta'lim baca al-Mulk reramai pastu tazkirah lagi dan lagi. Huwaa.

Tipu. Sape kata takde?
ADA~

Ustaz, ustazah, cikgu, BADAR, senior selalu cakap, ''Masa kat sini la kamu nak latih diri kamu. Nanti kamu dah keluar dari maktab dah takde dah semua tu. Kalau nak kena cari sendiri. Semua bergantung pada diri sendiri.''

Mereka mereka semua betul.

Mana ada orang nak jaga kita lagi. Jaga diri sendiri.

Kalau kita mahu, pasti ada jalan yang Allah bagi. Bila ada jalan terbuka depan mata adakah kita membutakan mata dan menafikan saja perasaan itu?

Contohnya, kat kolej ada surau. Rasa rindu ada la jugak nak solat jemaah macam dolu-dolu. Tapi takpe la. Tu masa sekolah je.

Lepas tu ada kawan ajak pegi join usrah. Senyum je. Segan nak geleng kepala. Hmmm.

Ada ceramah kat sekian sekian tempat. Eh, jauh kot. Kawan-kawan pun takde yang nak pegi.

Sana-sini ada je majlis ilmu anjuran sekian sekian. Ada semua tu. Kita je yang mau atau tak mau. Pffft.

Macam off topic sikit. Ehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...