Friday, September 14, 2012

Kisah Duit 5 Sen

Aku sekeping duit lima sen. Aku malu dengan diri aku. Aku la yang paling tak bermakna sekali dalam hidup manusia. Dulu bukan aku yang berada paling bawah sebab dulu ada satu sen. Sekarang satu sen dah takde. Maka akulah yang paling tak bermakna. Ce tanya kat manusia-manusia kat luar tu, kalau aku jatuh kat tanah mesti diorang fikir banyak kali nak angkat ke tak. Takde sape pun nak pandang aku.



Cuba tengok duit kertas. Kalau jatuh ke tanah mesti cepat-cepat tuan dia angkat balik. Sedihnya..aku rasa kesepian. Aku rasa hidup aku takde makna. Baik tak payah buat duit lima sen kalau tak dihargai. Betul tak?

Aku rasa macam nak lari jauh-jauh. Aku benci dengan duit yang lain sebab diorang semua disimpan elok-elok dalam beg duit. Aku ni orang campak-campak je. Sedihh.

Tapi suatu hari aku tercampak kat surau. Biasalah duit sekeping macam aku ni masuk tabung surau. Kawan aku ramai kat dalam tabung tu. Hewhew.

Suatu petang tu ada beberapa akhawat datang. Mereka buat apa tah. Mula-mula mereka berkumpul lepas tu salam-salam laga pipi. Lepas dalam lima minit tu ada la dalam enam orang akhawat kat situ. Mereka baca Quran sama-sama. Lepas tu aku dengar mereka cakap-cakap. Aku rasa mereka tengah mentadabbur ayat Quran kot.

Lepas tu mereka main satu permainan. Seorang diberikan nilai mata wang. Akhawat pertama jadi 20 sen. Akhawat kedua jadi 5 sen. Akhawat ketiga dan keempat jadi 50 sen. Akhawat kelima jadi RM1.

Mula-mula akhawat yang seorang lagi bagi arahan. Mungkin tu la naqibah mereka. Mereka kena berkumpul ikut matawang yang naqibah tu sebut. Kalau tak dapat, kena denda.

Pertama sekali mereka kena kumpul 70 sen. Nampaknya akhawat pertama dang ketiga je yang dapat sebab mereka cepat mengikut arahan. Yang dua orang lagi kena denda jawab soalan. Kali kedua mereka kena kumpul 75 sen plak. Bukan main seronok lagi akhawat yang jadi lima sen tu sebab dia jadi rebutan antara dua orang akhawat yang jadi 50 sen tu. Kekeke. Kelakar je aku tengok mereka main. Kalau la aku yang jadi rebutan macam tu. Haih..rasa sedih lagi.

Aku pun duduk sandar pada tabung tu. Memasang telinga mendengar prbualan akhawat-akhawat tu. Masing-masing memberi resolusi daripada game simple tadi. Ada seorang ni cakap, setiap daripada kita ni berharga. Semua ada peranan masing-masing. Kalau seorang takde, takkan lengkap rasanya dalam sesuatu gerakan mahupun dalam keluarga. Jangan la kita rasa kita ni tak berharga. Setiap daripada kita ada sumbangan yang boleh disumbangkan untuk Islam.

Betul jugak kata mereka. Ada sebab kenapa Allah jadikan aku macam ni. Aku pergi mana-mana pun aku dipinggirkan. Aku tak popular, aku tak jadi rebutan, aku tak cantik, aku tak bernilai kat mata manusia-manusia lain. Tapi sebenarnya ada sebab dan hikmah Allah jadikan aku macam ni. Allah nak pelihara aku. Allah taknak aku berbangga diri. Cuba bayangkan Allah jadikan akuRM 50. Entah-entah aku akan jadi duit yang bongkak/ Tapi sebenarnya aku ada sumbangan yang aku boleh sumbangkan. Takkan sempurna RM 50 tanpa 5 sen sebab nati dia akan jadi RM49.95.

Aku harap orang faham apa yang aku namsampaikan ni. Kadang-kadang kita rasa down. Rasa diri kita tak penting. Siapalah kita ni kan. Tapi yang penting, siapa kita pada pandangan Allah. Bersyukur dengan apa yang Allah dah kurniakan pada kita dari segi paras rupa, harta, pangkat dan segalanya. Nah, akulah 5 sen yang akan menyumbangkan diri aku pada jalan Allah. Walaupun nilai aku sikit tapi aku akan tetap beri sumbangan di jalan Allah. Lebih baik 5 sen ini dibelanjakan di jalan Allah daripada RM 50 yang menjadi token di pusat hiburan saja.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...