Sunday, September 16, 2012

Kekasih


Album : Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Hari ni genap umur aku 21 tahun. Pagi ni aku dengar lagu ni. Korang pernah dengar tak? Actually lagu ni reminds me of my parents. Mak dengan abah. Tambah lagi dengan klip video tu. Macam watak mak dengan abah. And the characters in the video clip, just like them. :'(

Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati
This..is.. :'(
Dulu kami duduk setinggan, lepastu rumah sewa kat keramat. 
lepastu baru dapat duduk rumah sendiri. 
rumah tu umpama mahligai, istana walaupun sederhana je..
semua hasil kerja keras abah.. :(


Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati
mak permaisuri hati abah..dan kami adik beradik

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua
Masa ni mak dah start sakit.. :'(

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati
Dan mak pun pergi dulu.. 

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu
kami ingin hidup bahagia bersamamu di sana nanti..



Tak tau nak cakap apa. Moga Allah jaga mak kat sana. Kakak selalu doa, moga Allah tak hukum mak dengan dosa-dosa yang akak lakukan. Kakak takut.. :'( Kakak nak mak bahagia kat sana.

Dulu kakak ingat lagi, masa last birthday kakak time mak ada mak nak beli kek pisang. Mak gurau dengan kakak. Mak..hari ni hari jadi kakak.Kkakak nak kek pisang. Time kakak ada kat MRSM mak pos kad hari jadi kat kakak. 

Mak..terima kasih sebab lahirkan kakak. Dan adik-adik. 
Adik-adik kakak sayang..jangan lupa doakan mak ya. 
Kami saaayang mak. 

Allah..tolong jaga mak kami kat sana. Kami nak jumpa mak kami lagi. :')

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...