Thursday, September 20, 2012

Live the Life

Assalamualaikum. Salam Jumaat :D

Today is Friday. Busy Friday.
Pagi ada car wash kat Fakulti,
tengah hari ada meeting Pembina kat KK4,
petang ada kelas sampai pukul 5,
5.30ptg dah nak gerak untuk program kolej sampai malam.

Esok ada kursus dengan kolej dengan bengkel induksi Pomanih. Tapi tak dapat nak pergi dua-dua. T__T

This weekend will be such a looooong days.

This is my life. A new life.

Actually tahun ni, datang banyak tawaran *ayat retis jap* untuk jadi AJK dan sebagainya dari kolej, Pembina dan Permanis. First time jadi Exco, First time join aktiviti kolej, first time nak menabur bakti dengan lebih serius untuk Pembina. First time after two years studying in this uni life.

Masa first year, serius tak join apa-apa pun kecuali Farmasi punya stuff la.Kolej langsung langsung tak pernah join. Permanis pun setakat join aktiviti je. Pembina cuma jadi ahli usrah je. Tapi sekarang tiba masa untuk memberi pulak. Yeah. Erti hidup pada memberi kata Ustaz Hasrizal.

Ada kawan cakap, ''kau busy tu busy jugak, tapi study jgn jatuh weh''. Thanks sebab ingatkan. Memang pun, rasa cuak tu still ada tambah-tambah lagi dah third year ni dah start tahun kinikal.

Tapi actually being this way is better for me. I mean, nanti bila busy aku akan rasa hidup ni bermakna. Dah puas dah dua tahun duduk je kat UM ni takbuat apa-apa. Masa sem lepas banyak jugak join itu ini tapi cuma picisan je la. Jadi biro makanan untuk tiga event, join Permanis punya program pergi sana-sini, usrah Pembna yang konsisten. Tapi result masa sem lepas yang paling ok. Masa first year second sem, mana ada masuk apa-apa. Datang kelas study, balik kolej, keluar jalan-jalan. Thats all. Tapi result tengok la.. -.-

And after two years living in this life, I feel useless because I just the one who sit beside and watch peoples doing their works. Now, by joining all these, I feel that I also can contribute somethng. I dont feel that I am useless anymore.

I have been observing myself. Masa Asasi, masa sekolah, my result will be better when I have something to do and not just sitting by doing nothing.

I know my result yang before ni memang teruk even I study hard and isolated myself from joining all those things. But I will be better if I keep myself busy. The thing is, I will have adrenaline rush that will raise my spirit. Kalau tak buat apa-apa rasa bosan gila. Nak study pun malassssss. So lebih banyak buang masa. Bila busy, bila ada time free je rasa masa tu berharga sangat. So, takde masa yang terbuang sia-sia. *yeke? ekeke

And the last thing is, I always remember this quote since my secondary school: Nobody can predict what height you can soar, not even you. Until you spread your wings.

Even rasa macam terlambat pun ada, yela..dah third year baru la join aktiviti kolej la..itu la ini la.. Sebenarnya dari dulu nak cuma tak berpeluang. Sekarang ni Allah bagi rezeki, banyak peluang datang bergolek-golek sem ni. Kat Farmasi aku hanya picisan. So, kita tengok dunia luar macam mana.

Semua benda ni tak dijangka. Exco Permanis, MT Projek Kolej, AJK Pembina etc... biasa je pun tapi semua ni perlukan komitmen. I will try giving my best. Semoga Allah permudahkan semuanya. Betulkan niat, buat semua kerana Allah. Untuk berbakti dan untuk memberi. Marilah menderma darah! Eh? *iklan jap hehe*

Live the life to the fullest! :D


[Cerpen]


Sebuah kisah muhasabah yg dibina oleh 5 orang sahabat tanpa melihat permulaannya. Moga bermanfaat ;)


Ketika aku duduk berseorangan, aku ternampak sepotong hadith rasul Allah yg bermaksud "tidak sempurna keislaman seseorang sekiranya tidak
 meninggalkan sesuatu yg sia2 baginya".
................................................................

Lalu, akupun berfikir sejenak mengenang perkara-perkara yang telah aku lakukan. Adakah aku masih di takuk yang sama? Masih tidak melakukan sebarang perubahan yg mendatangkan kebaikan kepada diri aku sendiri?

...................................................................
Ya Allah, apa nak jadi dengan aku ni? Sampai bila? Puas aku memikirkan bagaimana hendak berubah. Saban kali aku cuba untuk menguatkan semangatku untuk istiqamah, menjadi seorang yang lebih bertaqwa, godaan syaitan tidak mampu untukku kawal.

................................................................
Sampailah suatu hari, aku tewas lagi dengan bisikan syaitan. Aku rasa putus asa. Mungkin memang aku dilahirkan untuk jadi jahat. Selepas itu, berbulan-bulan aku hidup terumbang-ambing. Al-quran ke mana...Solat pun kalau rasa nak je. Aku jadi kosong. Putus asa...
Tapi, suatu hari aku terjumpa pelangi. Ada sinar. Aku terjumpa dia. Dialah yang menarik aku semula...

....................................................................

Dialah seorang rakan yang aku hanya pandang sebelah mata dahulu. Rakan yang telah ku kenali 10 tahun dahulu pada waktu sekolah rendah. Namun, takdir telah menemukan kami kembali sebagai roomate di universiti. Keikhlasan dalam dirinya berjaya membuka hati dan mataku. Aku kembali tersedar dari diulit bisikan jahat. Alunanan bacaan al-Quran yang merdu dari bibirnya, zikrulallah yang sentiasa basah dibibirnya berjaya melembutkan hatiku yang sekeras batu di pesisir pantai. Betapa hebat al-Quran, apatah lagi penciptanya, pencipta kami semua, ALLAH SWT. Aku mencari keberanian di sebalik dosa-dosa silamku untuk bertaubat. namun, tidak terjangkau di fikiranku apabila ku kenangkan kembali perjalanan hidupku. Semua ini akan berlaku. namun, syukur Alhamdulilah hatiku dipilih Allah untuk diberikan taufik dan hidayahNya yang tak ternilai harganya. Semoga aku sentiasa berada di jalanNya. Amin..
 



Sunday, September 16, 2012

Kekasih


Album : Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Hari ni genap umur aku 21 tahun. Pagi ni aku dengar lagu ni. Korang pernah dengar tak? Actually lagu ni reminds me of my parents. Mak dengan abah. Tambah lagi dengan klip video tu. Macam watak mak dengan abah. And the characters in the video clip, just like them. :'(

Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati
This..is.. :'(
Dulu kami duduk setinggan, lepastu rumah sewa kat keramat. 
lepastu baru dapat duduk rumah sendiri. 
rumah tu umpama mahligai, istana walaupun sederhana je..
semua hasil kerja keras abah.. :(


Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati
mak permaisuri hati abah..dan kami adik beradik

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua
Masa ni mak dah start sakit.. :'(

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati
Dan mak pun pergi dulu.. 

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu
kami ingin hidup bahagia bersamamu di sana nanti..



Tak tau nak cakap apa. Moga Allah jaga mak kat sana. Kakak selalu doa, moga Allah tak hukum mak dengan dosa-dosa yang akak lakukan. Kakak takut.. :'( Kakak nak mak bahagia kat sana.

Dulu kakak ingat lagi, masa last birthday kakak time mak ada mak nak beli kek pisang. Mak gurau dengan kakak. Mak..hari ni hari jadi kakak.Kkakak nak kek pisang. Time kakak ada kat MRSM mak pos kad hari jadi kat kakak. 

Mak..terima kasih sebab lahirkan kakak. Dan adik-adik. 
Adik-adik kakak sayang..jangan lupa doakan mak ya. 
Kami saaayang mak. 

Allah..tolong jaga mak kami kat sana. Kami nak jumpa mak kami lagi. :')

Friday, September 14, 2012

Kisah Duit 5 Sen

Aku sekeping duit lima sen. Aku malu dengan diri aku. Aku la yang paling tak bermakna sekali dalam hidup manusia. Dulu bukan aku yang berada paling bawah sebab dulu ada satu sen. Sekarang satu sen dah takde. Maka akulah yang paling tak bermakna. Ce tanya kat manusia-manusia kat luar tu, kalau aku jatuh kat tanah mesti diorang fikir banyak kali nak angkat ke tak. Takde sape pun nak pandang aku.



Cuba tengok duit kertas. Kalau jatuh ke tanah mesti cepat-cepat tuan dia angkat balik. Sedihnya..aku rasa kesepian. Aku rasa hidup aku takde makna. Baik tak payah buat duit lima sen kalau tak dihargai. Betul tak?

Aku rasa macam nak lari jauh-jauh. Aku benci dengan duit yang lain sebab diorang semua disimpan elok-elok dalam beg duit. Aku ni orang campak-campak je. Sedihh.

Tapi suatu hari aku tercampak kat surau. Biasalah duit sekeping macam aku ni masuk tabung surau. Kawan aku ramai kat dalam tabung tu. Hewhew.

Suatu petang tu ada beberapa akhawat datang. Mereka buat apa tah. Mula-mula mereka berkumpul lepas tu salam-salam laga pipi. Lepas dalam lima minit tu ada la dalam enam orang akhawat kat situ. Mereka baca Quran sama-sama. Lepas tu aku dengar mereka cakap-cakap. Aku rasa mereka tengah mentadabbur ayat Quran kot.

Lepas tu mereka main satu permainan. Seorang diberikan nilai mata wang. Akhawat pertama jadi 20 sen. Akhawat kedua jadi 5 sen. Akhawat ketiga dan keempat jadi 50 sen. Akhawat kelima jadi RM1.

Mula-mula akhawat yang seorang lagi bagi arahan. Mungkin tu la naqibah mereka. Mereka kena berkumpul ikut matawang yang naqibah tu sebut. Kalau tak dapat, kena denda.

Pertama sekali mereka kena kumpul 70 sen. Nampaknya akhawat pertama dang ketiga je yang dapat sebab mereka cepat mengikut arahan. Yang dua orang lagi kena denda jawab soalan. Kali kedua mereka kena kumpul 75 sen plak. Bukan main seronok lagi akhawat yang jadi lima sen tu sebab dia jadi rebutan antara dua orang akhawat yang jadi 50 sen tu. Kekeke. Kelakar je aku tengok mereka main. Kalau la aku yang jadi rebutan macam tu. Haih..rasa sedih lagi.

Aku pun duduk sandar pada tabung tu. Memasang telinga mendengar prbualan akhawat-akhawat tu. Masing-masing memberi resolusi daripada game simple tadi. Ada seorang ni cakap, setiap daripada kita ni berharga. Semua ada peranan masing-masing. Kalau seorang takde, takkan lengkap rasanya dalam sesuatu gerakan mahupun dalam keluarga. Jangan la kita rasa kita ni tak berharga. Setiap daripada kita ada sumbangan yang boleh disumbangkan untuk Islam.

Betul jugak kata mereka. Ada sebab kenapa Allah jadikan aku macam ni. Aku pergi mana-mana pun aku dipinggirkan. Aku tak popular, aku tak jadi rebutan, aku tak cantik, aku tak bernilai kat mata manusia-manusia lain. Tapi sebenarnya ada sebab dan hikmah Allah jadikan aku macam ni. Allah nak pelihara aku. Allah taknak aku berbangga diri. Cuba bayangkan Allah jadikan akuRM 50. Entah-entah aku akan jadi duit yang bongkak/ Tapi sebenarnya aku ada sumbangan yang aku boleh sumbangkan. Takkan sempurna RM 50 tanpa 5 sen sebab nati dia akan jadi RM49.95.

Aku harap orang faham apa yang aku namsampaikan ni. Kadang-kadang kita rasa down. Rasa diri kita tak penting. Siapalah kita ni kan. Tapi yang penting, siapa kita pada pandangan Allah. Bersyukur dengan apa yang Allah dah kurniakan pada kita dari segi paras rupa, harta, pangkat dan segalanya. Nah, akulah 5 sen yang akan menyumbangkan diri aku pada jalan Allah. Walaupun nilai aku sikit tapi aku akan tetap beri sumbangan di jalan Allah. Lebih baik 5 sen ini dibelanjakan di jalan Allah daripada RM 50 yang menjadi token di pusat hiburan saja.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...