Thursday, August 2, 2012

Bukan Sempurna Yang Kucari #1

''Mimi, esok tolong ingatkan aku tau. Aku nak kena pergi jumpa dengan Naufal pasal paperwork tu. Pastu aku nak kasi pendriv kat diB. Kau temankan aku eh?'' Sofea memandang aku dengan muka bersinar-sinar. Ada senyum tersirat di wajah putih bersih itu.

''Ye la, tade hal. Tapi kan, apesal muka kau tu berseri semacam je? Ehemm..'' Aku dah tau dah kenapa tapi saja buat-buat tak faham. Menyakat Sofea menjadi hobi terbaru aku. Hehe.

''Alaa kau ni, aku segan la. Kau teman tau aku jumpa dia. Kejap je. Lepas aku bagi pendrive tu, aku belanja kau minum. Minum je tau.''

''Cehh. Minum je. Ok, aku nak air bliss perisa mangga yang botol besar tu tau.''

''Amboi mak cik ni. Mengada betoi!''. Dengan itu satu bantal menjadi bahan baling-membaling malam itu.

***

Selesai saja membaca beberapa artikel berkaitan dengan homeopati di skrin laptop itu, aku membuka Facebook. Di halaman Group Balai Islam Kolej Orked, beberapa orang mengepost sesuatu berupa tazkirah berbentuk hadis atau potongan ayat Quran.

''Yang menciptakan mati dan hidup, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun''

Al-Mulk, ayat 2.

5 minutes ago.


Macam tu la. Biasanya 'dia' akan meninggalkan potongan ayat Quran yang pendek pada setiap malam.

Naufal.

***

''Aku solat dulu tau Mi. Kau tak boleh kan?'' tanya Sofea sambil menyarung tudung bidang 60 inci. Aku memerhatikan Sofea memakai tudung berwarna merah jambu lembut itu. Selepas mengemaskan tudungnya, dia menyarug stokin. Ternyata Islam itu mudah. Nak solat tak semestinya pakai telekung, yang penting aurat ditutup dengan sempurna.

''Haah. Kau solat dulu, aku nak baring jap. Kalau aku tertidur kau kejut eh. Hihi.''

Sofea senyum. Dia membentang sejadah dan menunaikan solat Asar. Selalunya kami akan berjemaah bersama. Biasanya dia yang akan menjadi imam. Cuma kadang kala dia menyuruh aku pula menjadi imam. Aku memerhatikannya sambil baring mengiring. Wajah Sofea, sejuk mata memandang. Seolah ada air sejuk yang mengalir dan  mandamaikan hati bagi sesiapa yang memandangnya. Kalau aku lelaki dah lama aku 'cop' budak ni. Hehe.

Sofea adalah teman sebilik aku semenjak dia di tahun ketiga. Kini mereka di tahun terakhir dan masih lagi tinggal sebilik. jodoh panjang kata Sofea. Dan jodoh yang panjang itu mnyelamatkan jiwa aku. Sofea, perangainya agak gila-gila tapi akhlaknya mempesona. Dia bijak mentarbiyah aku dengan caranya sendiri. Tapi pada masa yang sama dia sekepala dengan aku.

Pernah suatu hari, aku pasang radio Sinar.fm yang memutarkan lagu-lagu retro. Pada ketika itu, radio sedang memutarkan lagu Kau Satu-satunya oleh Ukays. Tiba-tiba Sofea masuk ke bilik. Kelas habis awal kata Sofea. Aku memperlahankan sikit radio sebab aku segan dengan dia. Tapi Sofea kata, ''Eh, kenapa perlahankan? Aku nak dengar jugak.''

Aku terkejut. Eh? Biar betul dia ni dengar lagu cintan tangkap leleh.

''Apa pandang aku? Lagu ni best apa. Aku selalu dengar. Lirik dia best,'' kata Sofea seraya menanggalkan tudungnya.

''Eee..kau pun tau lagu ni? Mak aihh. Tak sangka aku.''

''Ermm..lirik dia, kalau kita jadikan kau dalam lagu ni sebagai Kau, K huruf besar, sangat bermakna. Ye dak?''


Tiba-tiba aku rasa kakiku digoyang-goyang. Alamak, terlelap rupanya aku. Sofea usai menunaikan solat.

''Ngeeee..aku mimpikan kau la tadi.''

Diam.

Sofea..'' aku tiba-tiba sebak.

'Hmm?'' pelik Sofea melihat aku tiba-tiba berubah mood.

''Kau pegang tangan aku tau, jangan lepas. Jangan kasi aku jatuh. Sampai bila-bila''.

''Erm. Nanti kau dah kahwin takkan aku nak kena pegang lagi? Marah cik abang nanti.''

Tangan di dada mata ke atas. Mereka gelak bersama,

***

Naufal juga datang bersama Omar, teman sekuliahnya. Selesai menyerahkan pendrive kepada Naufal dan bercakap sesuatu yang tidak didengari butirnya, Sofea mendapatkan aku yang berdiri tidak jauh tapi  membelakangi mereka. Sebenarnya, bagi mengelak memandang jejaka itu. Aku tak tau kenapa, kalau terpandang dia mesti aku rasa semacam. Rasa macam mana tah. Err.

'' Dah, jom beli Bliss.'' Salah satu akhlaknya, tidak pernah memungkiri janji dan sentiasa menghargai.

Sofea memandang aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

''Sudah kau ni kenapa? Sengih lain macam je. Suka la tu dapat jumpa Naufal.''. Suka aku menyakat Sofea. Rupa mereka seiras, jadi aku katakan mereka ada jodoh sebab orang kata kalau muka sama tu ada jodoh. Ekekeke.

Sofea cuba membulatkan matanya yang sepet itu. ''Kau ni kan Mi. Aku cancel Bliss mangga kau karang.''

''Aloloo. Cik Sofea yang cantik menawan, yang solehah orangnya, jangan la tarik muncung macam tu. Nanti cik abang Naufal tak jadi meminang.'' Balik-balik itu je yang jadi modal aku untuk memujuk Sofea. Dan setiap kali Sofea akan mengatakan tidak mungkin Naufal tu akan jadi jodoh dia. Tak mungkin.

Suatu hari nanti kau akan tau jugak Mimi. Sofea tersenyum.

Sampai saja di Pekan Siswa, mereka masuk ke kedai. Beli Bliss mangga!



-TAMAT-


Mungkin bersambung, dan mungkin tak bersambung. Tengok la acane.
Btw, nama-nama watak tiada kena mengena antara yang hidup dengan yang mati ye. ;) Teehee :D








No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...