Thursday, August 2, 2012

Bukan Sempurna Yang Kucari #2

Namanya shiapa?
Abdullah.

Skrin Laptop Lenovo itu memainkan babak-babak akhir filem Indonesia, Ketika Cinta Bertasbih.

''Aku suka gila tengok scene ni. Comel,''. Tiada balasan. Aku menoleh menmandang Sofea.

''Sofea, sampai hati kau biar aku cakap seorang. Huuu.'' Sofea memandangnya. Aku faham riak wajah tu. Gulp, telan air liur.

''Mi, kau ingatkan dia lagi ke?'' Serius wajah Sofea menuturkan soalan itu dari bibirnya. Mataku yang tadi menatap mata Sofea cuba kularikan. Soalannya kubiar begitu saja.

Sofea bertanya lagi,''Mi, aku tanya betul ni. Kau ingatkan dia lagi ke?''

Aku menarik nafas dalam. Perlahan-lahan melepaskan keluhan.''Sofea, aku dah tak harapkan apa-apa dari dia. Tapi kadang-kadang aku rasa macam tipu diri sendiri. Entahlah, aku malas nak fikir,''

Pap! Stu tamparan hinggap di pehanya. ''Adoiiii, sakit! Sofea!!''

''Eleh..mana ada sakit. Aku tepuk pelan je tu. Kau yang feeling habis. Sebelum kau masuk mood Winter Sonata kau tu baik aku kejutkan kau. Ekekeke. Aku nak tanya kau satu soalan ni. Boleh?''

''Sejak zaman bila kau kena mintak izin nak tanya soalan ni. Adoyai,'' mata Sofea dijulingkan ke atas.

''Saja nak bagi suspen sikit. Aku nak tanya, kalau tiba-tiba ada orang lain datang nak masuk meminang kau macam mana?''

Huh. Mana datang idea Sofea nak tanya soalan spesis buang tabiat ni. Adeh.

''Tengok dulu. Kalau orang tu baik, soleh, ala-ala Imam Muda gitu confirm aku terima!'' Mula la datang gedik aku. Ngee.

''Macam mana dengan dia?''. Arghh. Kenapa tanya pasal dia lagi?

''Dia dah lama menyepikan diri. Rasa macam dah lost contact. Biarlah, dia busy kot.'' Sedih jugak aku bila diingat balik. Tapi apa yang diharapkan, kami kawan je. Aku yang mungkin tersalah anggap. Puii, nak feeling plak aku ni.

''Then, kalau ada calon mam muda nak meminang kau, kau terima la?''. Soal Sofea lagi.

Aku gelak besar. ''Sofea..Sofea.. Mana la orang baik-baik ala ustaz nak orang macam aku. Aku baru nak merangkak-rangkak. Tu pun sebab ada kau. Sepatutnya dia pinang kau, bukan aku.'' Ujar aku. Jujur.

''Lain la orang macam Naufal ke. Ehemm..kalau dia pinang aku kau jangan putus kawan dengan aku plak tau Sofea.'' Aku membaling bantal kecik ke arah Sofea.

''Mimi, takde siapa tahu dia lebih baik atau lebih buruk dari sesiapa. Sekurang-kurangnya kau dah banyak berhijrah. Aku, dari dulu macam ni. Nak istiqamah tu susah. Apa-apa pun, bukan kita yang menilai dan menghitung. Allah yang hitung. Allah yang bagi hidayah.'' Sofea jujur mengajuinya.

Sememangnya jika dilihat dari segi zahir aku ada la berubah sikit. Sikit.

Dulu aku pakai tudung biasa. Sekarang aku laabuhkan sikit daripada bidang 45 jadi bidang 50.
Dulu aku tak kisah tudung aku jarang ke tak.Sekarang kalau tudung jarang, aku akan pakai inner.
Dulu baju labuh tu aku pakai suka-suka je, ikut trend. Sekarang baju labuh tu jadi pakaian aku tiap kali keluar.

Tu dari segi fizikal la. Tak payah la masuk bab dalaman, aku pun segan. Memang jauh lagi kalau nak dibandingkan dengan Sofea. Dia tu perfect serba-serbi.

''Uihh..apesal kau termenung ni? Aku kira kau on eh kalau Naufal meminang kau. Hehehe.'' Lain macam betul sengih si Sofea ni.

''Apeper je laa. Kau dah putus fius ni aku rasa. Baik aku sambung tengok KCB 2.'' Mentang-mentang la esok hari Sabtu. Tadi pulak baru lepas habis test. Memang release tension habis la aku malam ni.

''Yelaa. Aku tak cakap dah.'' Nada merajuk yang dibuat-buat.

Sofea bangun dan mengikat rambutnya. Dia mengambil berus gigi dan pencuci muka dari dalam baldi. Kemudian, dia keluar. Nak pergi bilik air la tu. Sofea ni memang biasa tidur awal. Tapi bangun awal gila. Kadang-kadang pukul 3 pagi dah bangun lepas tu tak tiidur sampai la waktu Subuh.

Lagu ketika cinta bertasbih berkumandang.











No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...