Sunday, July 8, 2012

Warna-warni Result #2

Bismillahirrahmanirrahim.

Pertama sekali syukur kepada Ilahi dengan segala kuriaanNya. Walau banyak mana  dosa kita lakukan Allah tetap bagi kita peluang untuk kita bertaubat dengan menghidupkan kita pagi ni. Alhamdulillah.

Berdasarkan pernyataan di atas (tajuk entri), result untuk sem 2 tahun ke-2 dah keluar.
Fuhh. Paling berdebar nak tunggu result AMAN dengan Cognosy sebab dua-dua subjek tu memang not-really well-prepared. Macam la yang lain prepare sangat.


Sebenarnya masa awal sem rasa kurang yakin nak ambik subjek banyak-banyak ni. 8 subjek termasuk elektif dengan English. Semua sekali 19 jam kredit. Yela, sem lepas kan amek 12 jam kredit je tapi result tak gempak jugak, apatah lagi 18 jam kredit. -.-


Tapi alhamdulillah Allah permudahkan di akhir perjalanan.


Tapi sepanjang sem tu bukan senang. Kalau sem 1 tu diuji dengan JPA, sem kedua diui dengan orang-orang sekeliling dan berpunca dari diri sendiri. 


Rasa sangat lega lepas dapat result AMAN. Even pass cukup-cukup makan *bukan dapat A solid macam Nazira tapi tetap bersyukur. sebabnya, masa first test tu fail. Menangis masa jawab test tu sampai air mata jatuh atas kertas soalan. Ingat lagi masa tu. Then second test pass border-line je. Dengan total carry mark yang sekangkang kera tu, memang tak tau macam mana nak lepaskan AMAN tu. Masa study week pula, orang lain pulun AMAN tapi aku study subjek lain. Memang tak sedar diri gamaknya. Dah la minggu yang ada AMAN tu hampir full. Masa jawab exam plak, fuhh fuhh. Soalan MCQ awal-awal lagi wassalam wa cakap lu derr. Haha. Main bantai je sebab memang tak tau. Banyak soalan yang tak tau so aku buat semua betul dengan harapa at least kalau 3 betul 2 salah still dapat 0.2 markah kan? Teehee :D Dengan tak baca nota anti-helmentic anti-malarial tu aku cukup bersyukur lulus cukup makan.


Yeah. Dan result sem ni insyaAllah resul yang terbaik compare dengan setiap sem lepas.Tapi jangan compare dengan orang lain sebab diorang tu semua tiga pointer.Teruk-teruk diorang pun 3 jugak. Takpela, aku tau kemampuan aku takat mana.

Apa-apa pun ALHAMDULILLAH. :)

Seronok study kat sini. Sem depan dapat 6th bole pegi sini selalu. Yeay :D




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...