Thursday, July 26, 2012

Mana Yang Datang Dulu?

Bismillahirrahmanirrahim.

Rabu lepas berjaulah di kedai buku di Wisma Yakin, Masjid India.
Kak Miza bagi task, baca satu buku lepas tu share.
Banyak buku yang aku belek.
Antaranya buku ni.


Dan aku pun terbaca salah satu petikan yang ada dalam buku ni.

Nikmat dan ujian. Dua-dua akan datang dan pergi dalam hidup kita.
Beliau memberi satu kisah yang lebih kurang begini.

Situasi pertama. Suatu hari kita mendapat wang bonus sebanyak RM2000 contohnya. Setelah beberapa waktu, kereta kita rosak sampai kena bayar RM2000 untuk repair.
Apa yang ada dalam fikiran kita lepas dilanda musibah tu? Kita tak ingat yang Allah dah bagi nikmat pada kita sebelum tu.

Situasi kedua. Reverse dari event di atas. Kereta kita rosak. Kena bayar RM2000 untuk baiki., Tiba-tiba dapat bonus RM2000. Kita akan rasa lega.

Nak cakapnya di sini, yang mana yang datang dulu pun kita tetap akan diuji samaada dengan nikmat atau musibah.

Bila didatangkan musibah ingatlah Allah pernah memberi kita nikmat yang tak terhitung. Bersabarlah dengan ujian musibah.

Bila didatangkan nikmat ingatlah Allah boleh tarik nikmat tu bila-bila dan datangkan musibah. Bersyukurlh dengan nikmat yang ada.

Faham tak?

Kalau tak faham beli la buku ni. Hehe.

By the way, salam 7 Ramadhan.
Malam ni nak balik Taiping. :)

Daaaa :DD

2 comments:

  1. sbenarnya kes 2-2 tu cam lbh kurang sama kan..maybe sbb kita lg sedih kalau kesenangan hilang n gembira bila musibah yg hilang.

    huuu..

    ReplyDelete
  2. sama je. cuma bila susah datang kita selalu lupa kita pernah senang. dan bila senang datang kita lupa kita pernah susah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...