Thursday, July 26, 2012

Mana Yang Datang Dulu?

Bismillahirrahmanirrahim.

Rabu lepas berjaulah di kedai buku di Wisma Yakin, Masjid India.
Kak Miza bagi task, baca satu buku lepas tu share.
Banyak buku yang aku belek.
Antaranya buku ni.


Dan aku pun terbaca salah satu petikan yang ada dalam buku ni.

Nikmat dan ujian. Dua-dua akan datang dan pergi dalam hidup kita.
Beliau memberi satu kisah yang lebih kurang begini.

Situasi pertama. Suatu hari kita mendapat wang bonus sebanyak RM2000 contohnya. Setelah beberapa waktu, kereta kita rosak sampai kena bayar RM2000 untuk repair.
Apa yang ada dalam fikiran kita lepas dilanda musibah tu? Kita tak ingat yang Allah dah bagi nikmat pada kita sebelum tu.

Situasi kedua. Reverse dari event di atas. Kereta kita rosak. Kena bayar RM2000 untuk baiki., Tiba-tiba dapat bonus RM2000. Kita akan rasa lega.

Nak cakapnya di sini, yang mana yang datang dulu pun kita tetap akan diuji samaada dengan nikmat atau musibah.

Bila didatangkan musibah ingatlah Allah pernah memberi kita nikmat yang tak terhitung. Bersabarlah dengan ujian musibah.

Bila didatangkan nikmat ingatlah Allah boleh tarik nikmat tu bila-bila dan datangkan musibah. Bersyukurlh dengan nikmat yang ada.

Faham tak?

Kalau tak faham beli la buku ni. Hehe.

By the way, salam 7 Ramadhan.
Malam ni nak balik Taiping. :)

Daaaa :DD

Saturday, July 14, 2012

Type A Me




Which blood group are you?

A, B, AB or O?

Me is A.



Let see the personality of Type A person.

Type A love with no conditions. 
Yup.

Type A would sacrifice themselves for their partners. 
Yeah.

Type A are touched by the smallest things. 
Ha. This is true. 

When Type A are in love, there is one, and only one, person in the world to them. 
Oyeah. Maybe. 

Type A are usually first to end a verbal argument, but Type O are usually first to end the hard feelings. 
Verbal arguments? I never win. I choose to stopped. I choose not to say anything.

Type A will back off after a while in an argument, especially when they are not so sure of their stand. 
Hurmm.

Type A are nice to everyone. If they dislike someone, they wouldn't even know. 
Really? 

Type A don't say aloud they are having a hard time, but hint heavily through actions, hoping someone will notice. 
Yeah. Hoping someone will notice so that I know that I am not alone.

When Type A say they love you, they really mean it.  
 I love you. I love them. Trust me, I really mean it.


Type A accumulate stress because they refrain from saying and doing many things. 
Huwahh.

Type A are full of emotions they don't verbalize. Instead, they express it in different ways such as writing or drawing. 
Me don't verbalize. I'm expressing in different ways. 

Its good for us to know about ourselves. So, are you Type A person? 


[TGB]: 510 Mini Reunion

Assalamualaikum wbt..


Yay.Tadi pegi Kosas, ada kenduri kawen kakak kepada presiden kelas, Shahid. Seronok ::D
Dah empat tahun tak jumpa depa.


Mula-mula pegi LRT Ampang tunggu Afiq. Pastu Faidhi dengan Hanafi ambik kitorang. Then makan makan. Lepas tu Eca dengan Marissa datang. Tiba-tiba ada Toyol (?) HAHA. Lepas tu Imad and the Gang pulak datang.


Wahh. Rasa macam ada dalam kelas masa bebudak ni borak-borak gelak-gelak. Haha.


Macam-macam cerita keluar. Lawak betul. 

Rindu sangat kat zaman sekolah dulu. Rinduuuuuuuuuu.

Afiq still macam dulu. Tadi dia takde suara akibat puas melalak kat PD. A
Afiq gerak dari rumah. Dia tengah cuti sekarang.

Marissa still sama macam dolu. Cute je.
Marissa dari Seremban.

Eca pon sama jugak.
Dia dari UNITEN, Shisha pick her up at Uniten.

Hanafi makin tinggi dan kurus.
Dari Klang. Dia datang awal tidur umah Shahid.

Faidi masih maggi. Ops.
Ni paling jauh dari UTP. Dia pun tidur rumah Shahid.

Shahid nampak matang. Perghh.
Tuan rumah. Busy layan tamu.

Imad. Cett. Aku tak nampak Imad ><
Imad dari mana tah. Haha.

Hailaa..kalau la semua boleh datang tadi mesti best.

Kelas kitorang tak pernah buat reunion macam kelas lain. Ni la first time jumpa diorang since form 5. Masa amek result bukan jumpa semua pun.

Masa balik tadi sakit perut gila. Terpaksa singgah kat Petronas.

Apa tah motif aku cerita ni?
Sebenarnya rasa seronok sangat sebab dah lama tak jumpa diorang.
Nanti plan nak bukak puasa sesama. Harap-harap jadi. Boleh jumpa yang lain-lain. :D




 Me is missing the old time. ><







Sunday, July 8, 2012

Aku Ada, Kau Ada?

Eh. Ni bukan entri pasal filem AAKA tu ye. Pinjam tajuk je. Hehe.

Dalam hidup kadang-kadang kita merasakan orang lain tak rasa apa yang kita rasa. Orang lain tak diuiji sepertimana kita diuji.  Orang lain tak faham apa yang kita lalui.

Kan?

Saya pun pernah macam tu.
Saya pun macam tu.

Tapi lepas terbaca satu kisah ni saya sedar tentang sesuatu.

Kisah tentang seorang doktor dan seorang ibu. Ibu memarahi doktor tersebut kerana anaknya masih di salam ICU. Dia cakap doktor tu jahat dan tak bertanggungjawab sebab dia lamabt datang untuk selamatkan anak dia. Tapi sekarang anak dia dah selamat. Sebenarnya dia tak tau doktor tu baru kehilangan anak dia dan dia terus bergegas untuk selamatkan anak perempuan tu walaupun majlis pengebumian anak dia tak selesai lagi.


See. We never knows what others had gone through and how can we say that they are not tested as we are? 


Bila ada masalah kita akan mengadu kepada manusia dan manusia itu akan cakap, sabarlah dan redhalah. Ini ujian untukmu. Apa respon kita? A. Kau cakap senang la..kau tak rasa! atau B. Betul tu. Ini ujian untuk akau. Aku kena sabar.


Bukan. Bukan nak menyalahkan dan cakap aku betul, kau salah.
Tapi mari sama-sama kita renung semula.


Bukankah Allah uji kita ikut kemampuan kita?


Adakah kita cuba mengatakan Allah itu tidak adil kerana menguji kita sedemikian rupa?


Cuba ingat balik berapa banyak ujian yang kita dah lepasi untuk berada di hari ini?
Banyak kan? Tapi masa sedang diuji tu rasa macam dunia ni nak berakhir je. Tapi tengok kat mana kita sekarang. Kita mampu tersenyum dan berbangga sebab dah lepasi ujian-ujian tersebut. Ye ke tak?

Yes cakap memang senang. Bak kata lagu nasyid tu, bibir mudah mengucap sabar tapi hatilah yang remuk menderita.


Jadi, kesimpulannya...

Kita berbeza dan kemampuan kita berbeza. Sebab tu ujian kita berbeza.

Jangan ingat yang orang lain tak faham apa yang kita rasa. Mungkin mereka pernah alami benda yang lebih teruk daripada tu. 

Cubalah bersabar dan terus bersabar. Ujian untuk kita meningkatkan darjat. Ujian kerana Allah sayang. Makin kita dekat makin Allah uji.

Sekian. Salam muhasabah.















Cuai

Sejak kecik dulu, arwah mak selalu pesan, ''jangan cuai' sebab dia tau anak dia macam mana. Dan sampai sekarang baru aku sedar yang aku dah lupa pesan mak, jangan cuai.

Jangan cuai kakak.

:'(

Warna-warni Result #2

Bismillahirrahmanirrahim.

Pertama sekali syukur kepada Ilahi dengan segala kuriaanNya. Walau banyak mana  dosa kita lakukan Allah tetap bagi kita peluang untuk kita bertaubat dengan menghidupkan kita pagi ni. Alhamdulillah.

Berdasarkan pernyataan di atas (tajuk entri), result untuk sem 2 tahun ke-2 dah keluar.
Fuhh. Paling berdebar nak tunggu result AMAN dengan Cognosy sebab dua-dua subjek tu memang not-really well-prepared. Macam la yang lain prepare sangat.


Sebenarnya masa awal sem rasa kurang yakin nak ambik subjek banyak-banyak ni. 8 subjek termasuk elektif dengan English. Semua sekali 19 jam kredit. Yela, sem lepas kan amek 12 jam kredit je tapi result tak gempak jugak, apatah lagi 18 jam kredit. -.-


Tapi alhamdulillah Allah permudahkan di akhir perjalanan.


Tapi sepanjang sem tu bukan senang. Kalau sem 1 tu diuji dengan JPA, sem kedua diui dengan orang-orang sekeliling dan berpunca dari diri sendiri. 


Rasa sangat lega lepas dapat result AMAN. Even pass cukup-cukup makan *bukan dapat A solid macam Nazira tapi tetap bersyukur. sebabnya, masa first test tu fail. Menangis masa jawab test tu sampai air mata jatuh atas kertas soalan. Ingat lagi masa tu. Then second test pass border-line je. Dengan total carry mark yang sekangkang kera tu, memang tak tau macam mana nak lepaskan AMAN tu. Masa study week pula, orang lain pulun AMAN tapi aku study subjek lain. Memang tak sedar diri gamaknya. Dah la minggu yang ada AMAN tu hampir full. Masa jawab exam plak, fuhh fuhh. Soalan MCQ awal-awal lagi wassalam wa cakap lu derr. Haha. Main bantai je sebab memang tak tau. Banyak soalan yang tak tau so aku buat semua betul dengan harapa at least kalau 3 betul 2 salah still dapat 0.2 markah kan? Teehee :D Dengan tak baca nota anti-helmentic anti-malarial tu aku cukup bersyukur lulus cukup makan.


Yeah. Dan result sem ni insyaAllah resul yang terbaik compare dengan setiap sem lepas.Tapi jangan compare dengan orang lain sebab diorang tu semua tiga pointer.Teruk-teruk diorang pun 3 jugak. Takpela, aku tau kemampuan aku takat mana.

Apa-apa pun ALHAMDULILLAH. :)

Seronok study kat sini. Sem depan dapat 6th bole pegi sini selalu. Yeay :D




Sunday, July 1, 2012

Fardhiyyah dan Jamai'yyah

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah Sabtu lepas dapat join daurah pertama dengan Pembina. Malam MABIT tak dapat join sebab ada kelas sampai pukul 10. Dari pagi ada kelas lepas tu pergi Hsah Alam pastu malam ada lagi kelas. Fuhh. Tapi sekarang rasa rugi plak. Waa. 


Masa daurah tu, kak Aishah cerita pasal Fardhiyyah dan Jamai'yyah. Apa itu Fardhiyyah dan Jamai'yyah? 
Setakat yang dapat diingat secara ringkasnya Fardhiyyah adalah jati diri manakala Jamai'yyah adalah jemaah. 
Kak Aishah kata kita kena seimbangkan kedua-duanya. Nak explain panjang lebar pun saya ni kurang ilmunya, takut tersalah. Cuma masa dengar tu saya rasa macam mendapat konklusi untuk apa yang dah dialami sepanjang sem lepas.

Apa yang dah jadi tak perlu dibincangkan. Cumanya, saya merasa ada benarnya kata kak Aishah tu.
Cuma konsepnya, yang ni lebih kepada perihal duniawi. Dan dari situ, aku pun imbas balik semua yang dah terjadi. Termenung seketika.

Pada masa tu mungkin terlebih Jamai'yyah sehinggakan bila terkontang-kanting seorang rasa sukar. Sehingga Fardhiyyah itu di-develop-kan supaya seimbang.

Faham tak? Haha. Tak faham tak pe la. :P

Terima kasih Allah kerana menjadikan semua ini. Tarbiyyah yang diterima daripada kesilapan diri sendiri dan teguran daripada sahabat-sahabat. Terima kasih kerana memaafkan dan menegur kesilapan diri ini.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...