Monday, May 7, 2012

Mari Membaca

Mari membaca. Saya suka membaca.
Mungkin sebab dari kecik pun mak dengan abah dah ajar baca buku-cuku cerita. Sampai masa sekolah aku nak jadi pengawas pusat sumber sebab senang nak pinjam buku kat library. Ngee~

Ni kat bawah ni, rak buku yang dah sarat. Sebenarnya ada lagi tapi biasa la, buku-buku yang lama tu dah kena buang. Bila diingatkab balik rasa rugi buang. T__T Kalau ada rumah besar macam istana dah lama aku buat satu bilik khas untuk buku. Buat mini library *angan2 dari kecik*

Mungkin sebab tu saya tak banyak sangat cakap. *Yeke?

Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC tu memang tak sah kalau tak pergi. Ada satu tahun tu tak dapat pergi, rasa macam tak kena. Hailaaa~ tapi dulu masa kecik-kecik tak berani nak mintak mak beli buku banyak-banyak. Paling mahal pun mintak beli Harry Potter. Tu kat bawah tu, yang belah kiri no 2 dari atas. Oaling kiri sekali. Ynag tebal tu buku Harry Potter. Ni semua influence Miss Lavina masa kat sekolah. 

Lepas tuu dah dah masuk asasi n degree, dah dapat biasiswa memang borong la. Mana cukup dua tiga buku. Ngeh3

Dan untuk tahun ni, aku beli 7 + 2 buku baru. Yang dua tu beli untuk Tasya.

Buku yang aku baru beli:

Hlovate aA+bB, Versus, 5 Tahun 5 Bulan, Gurindam Jiwa, 
Hilal Asyraf Laangit Ilahi 1, Langit Ilahi 2, Remaja Contoh.
Ramlee Awang Mursyid Vila Karmila.

Sebenarnya dah lama nak beli buku Hlovate, tapi nak jugak tunggu masa pesta buku sebab nak dapat beg Jemari Seni. Hihi.

Buku Hilal Asyeaf pulak dah beli awal, tak dapat nak tunggu pesta buku sebab tak sabaq nak baca. Masa pesta buku tahun lepas nak beli Hero dengan Takdir stok tak sampai lagi. Nak tunggu tahun ni lambat. So dapat baucer RM200 tu aku beli. Hee. Ops. 

Buku Ramlee Awang Mursyid pulak baru nak berjinak-jinak lepas baca 9 Nyawa dengan Fiksyen 302 dari kawan. Satunmalam habis baca satu novel. Perghh. Layann~







Ni ha rak buku kat rumah, dah penuh. 

Majalah National Geographic pun ada. Chronicle Malaysia pun ada.

Ni buku-buku agama

Buku politik. Yaw. Dengan koleksi Mastika.

Sebahagian oleksi buku saya yang ada kat rumah.

Nah. I love books. I like them so much. 

Mari kawan kita membaca
mari rakan timba ilmu dengan membaca
inilah perjuangan sambutlah seruan
jadikan membaca gaya wawasan

Everybody take a book and read
to gain knowledge everyone has to read
Lets reach out open up your mind
Lets get reading, a life style of wawasan.

*Lagu tema bulan mebaca tahun berapa tah.

Yaw.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...