Friday, April 13, 2012

Bila Kau Bersahabat

Ini nukilan hati saya buat ingatan diri saya dan sahabat-sahabat.

Saya teringat mesej yang saya dapat dari seorang sahabat. Bunyinya lebih kurang macam ni:


Kalau engkau ingin bersahabat janganlah kerana rupanya. Kerana bila rupa itu berubah kelak engkau akan meninggalkannya.

Kalau engkau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya. Kerana jika ilmu itu hilang kelak engkau akan meninggalkannya.

Kalau engkau ingin bersahabat kerana kelebihan yang ada pada dirinya. Kerana jika kelebihan itu sirna kelak engkau akan meninggalkannya.

Bersahabatlah kerana Dia. Kerana dia hanya insan biasa seperti dirimu jua.

Tak tau nak cakap apa tapi saya rasa ralat. Saya menyesal dan sangat kesal dengan apa yang saya dah buat. Saya berterima kasih kat dia sebab dia sudi bagi tau salah yang selama ni saya tak sedar. Saya baru nampak di mana kelemahan saya yang selama ni saya tak sedar. Saya sedih sebab kerana kesalahan yang sa dah buat saya kehilangan dia. Kalau saya tak pernah buat kesalahan tu mesti sampai sekarang kami bahagia macam dulu. 

Tapi saya tak boleh marah, saya tak boleh salahkan sesiapa atas kesilapan yang saya buat atas kelemahan saya. Ini jian buat saya.

Saya tak pandai berkata-kata tapi apa yang saya tulis ni lahir dari lubuk hati saya. 

Mungkin awak nampak saya gembira. Tapi saya akan lagi gembira kalau awak ada dengan saya macam selalu. 

Saya tak tau nak buat apa. Semua salah saya. Nak maafkan diri sendiri pun saya tak mampu.

Maafkan saya, saya tak sempurna.









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...