Monday, April 23, 2012

Anak Siapa La Ni? #Part 3 @DK3

Assalamualaikum. Hai hai hai u olss.

Tadi tengah hari lepas makan kat Medicafe (makan soang-sorang) nak masuk la DK3. Dari luar dengar suara budak. "Eh, ada lecture khas ke?'

Pastu aku pun jenguk lah kepala dan aku nampak seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 9-12 tahun. Dia tengah berdiri kat depan cakap kat mikrofon. Ingatkan tak de orang dalam kelas rupanya ada 4 orang budak batch aku.

Lepas tu aku pun masuk, budak tu tanya aku lecturer ke? Pastu dia keluar..

Kawan-kawan aku cakap budak tu tetiba je masuk. Pastu bising-bising kat mikrofon tu.

Tak lama lepas tu lagi ramai kawan-kawan aku masuk. Budak tu datang sekali lagi. Dia merangkak ala-ala tentera plak! Mula-mula aku tak nampak. Bila dia dah sampai tengah DK tu baru nampak rambut budak tu.
Si Eami dah jerit-jerit dah. Mcam Ju-on pun ada jugak budak tu.

Emi pun jerit pastu lari naik atas. HAHA.

Lepas tu Muizz pegi depan cakap dengan budak tu. Lagi dia bsing ada la. Dia keluarkan phone yang lagi canggih dari pdone aku pastu dia pasang suara yang dia recore. Mak aih.berdesing. Tapi tak dapat tangkap pun apa dia cakap. Pastu dia pusing-pusing mikrofon, jerit kat mic kuat-kuat Aku pun tunjuk tangan suruh dia keluar pastu dia angkat jari tengah. Melampau!

Yi Cheng dah hilang sabar pastu dia tengking budak tu. 'Hey excuse me, mana mak u, mana bapak u?'. Adam plak terus turun tarik budak tu keluar. Lepas tu budak tu pun hilang.

Persoalannya, dari mana budak ttu datang? Mana mak ayah dia? Kenapa dia berani sangat?
Ya Allah Geram je rasa. Tapi dia budak lagi.Haih.

Tu je la nak cerita. Esok ada test CVS, OSPE Sterile. Semoga dipermudahkan. =)

Gambar hiasan.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...