Monday, March 19, 2012

JUMP 2012

Alhamdulillah, syukur sangat sangat sangat JUMP baru je selesai. Aku pun baru sampai bilik ni ha..

Tahun lepas aku jadi peserta, kali ni jadi AJK Makanan. plak bersama Zara, Peanut dan Hikmah. Beruntung aku jadi ketua biro dapat AJK macam diorang ni. Semua rajin. Kadang-kadang aku takyah buat kerja pun, tengok je diorang buat air sume. Hee.  Ada sorang lagi AJK tapi dia tak dapat datang.

Serious aku rasa seronok even penat. Mula-mula aku fikir mesti susah sebab aku tak kenal budak AJK yang lain. Tapi sebenarnya seronok tau, dapat berkenalan, yang dah kenal jadi lag rapat bila dapat buat kerja sama-sama. Semua orang ada matlamat yang sama dan semuanya berpaksikan agama dan semua kerja jadi mudah. Alhamdulillah.

JUMP kali ni berbeza sikit dari tahun lepas. Pertama sebab dulu aku jadi peserta sekarang AJK. Kedua sebab pengisian daripada ustaz-ustaz jemputan termasuk Imam Muda Fakhrul. Aktiviti plak ada yang bertambah dan ada yang berkurang. Dan yang paling penting, killer slot. Masa tu aku rasa meremang bulu roma tengok semangat peserta-peserta.

Banyak yang aku belajar especially nak urus makanan. Ngahahha. Agak kelam-kabut masa nak serve ustaz tapi semuanya okey :D

Pergi dengan balik dengan budak farmasi yang lain. Redzuan, Acap, Cik Rin dan Jijah. Pergi balik pecah perut aku gelakkan bebudak ni. Slah jalan la, terlajak jalan, salah masuk lorong, Acap terkejut sebab nampak polis. Macam-macam. Hahahhaha.

Lagi best kalau ada budak farmasi jadi peserta tapi takpe la. Diorang ada test Isnin tu.

JUMP 2012 in memories. Salam ukhuwah. =)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...