Friday, December 30, 2011

Bukan Kerja Kita



Merenung kembali sikap segelintir di antara kita tentang keprihatinan dan kepekaan kita terhadap sesuatu benda kecil membuatkan aku berasa kesal. Kesal dengan diri sendiri kerana tidak mampu menegur diri sendiri dan orang lain agar menjadi insan yang celik dan mampu melihat sekecil-kecil perkara.

Lets gostraight to the point. Sebagai contoh, kita meninggalkan botol minuman yang sudah habis di atas bangku di sebuah taman permainan. Apabila ditegur, kita menjawab 'Ala..tu bukan kerja kita. Nanti kan ada orang yang kutip'

Nampak simple kan. Tapi sekecil-kecil perkara itu juga akan dihitung kelak.
Sampai bila kita nak hidup dengan sikap 'Itu bukan kerja kita'?

Cuba bayangkan, yang bekerja sebagai tukang sapu tu adalah mak cik tua yang bekerja untuk menyara anak-anak dia. Mungkin dia bekerja sehari suntuk membuat pelbagai kerja untuk menyara anak-anak yang sedang membesar. Dengan satu pertolongan kecil yang kita buat iaitu memasukkan sampah ke dalam tong sampah, sekurang-kurangnya mak cik tu tak perlu tunduk mengangkat botol yang ditinggalkan oleh kita sedangkan kita  sengaja meningglkannya di situ kerana berfikir 'itu kerja mak cik tu untuk angkat botol yang aku minum dan letak dalam tong sampah'.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Memudahkan kerja orang lain itu adalah semudah-mudah pekerjaan. Kita membantu orang lain tanpa orang tu tau siapa kita adalah satu nikmat.

Prof Dr Muhaya selalu menasihatkan dalam ceramahnya agar kita memudahkan kerja orang lain. InsyaAllah Allah akan permudahkan kerja kita.

Ini adalah satu luahan dan satu teguran untuk saya yang tidak mampu menyampaikan secara berhadapan.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...