Tuesday, November 22, 2011

Bola Lalala 3: Harimau Muda

Salam perpaduan.. :D

Fuhh..dari semalam orang tak habis-habis cerita pasal bola. Yela..M alaysia menang kan lawan Indon.
Masa start Sea Games ni aku folow every match. Mula-mula masa lawan dengan Singapura tu aku tengok depan tv kat umah. Masa tu aku tak kenal lagi skuad Harimau Muda yang baru. Macam Mahali, Fadhli Shaz, Asra, Apek and Fakri tu kenal la sebab diorang kan dalam skuad kebangsaan.

So dalam banyak-banyak mata aku tertumpu kat kelibat pemain no 18..Syahrul Azwari! Hehe..
Lepas tu yang lain macam Wan Zahirul aka Kechik, Izzaq Faris, Nazmi Faiz tu..fuhh..hebat la diorang! Tangkas dan energetik kot..kadang-kadang aku rasa diorang better lagi dari team senior especially defendr. Tapi defender orang sama je kan? Kalau tak silap..|



''Syahrul Azwari Ibrahim born 12 January 1993, Tanah Merah, Kelantan & Nazmi Faiz born 16 August 1994, KualaLumpur..aset terbaruyg semakin menyinar..2 3 tahun lg insyaAllah bertambah ligat..boleh pakai lama''


Lepas diorng menang ni ada match dengan Bahrain pulak. Masa tu Si Nami ni kasi gol sebijik. Cantik punya gol. Serious. Luar dari kotak penalti kot. 


Lepas tu, tak lama lepas tu banyak gila fan pag dia kat FB. Official Fanpage pun banyak tapi nampak sangtat la fake. Kejap je dah puluh-pjuluh ribu orang like page tu and mostly perempun. Hey, kalah artis diorang ni. Nampak sangat perempuan tengok bola tak ikhlas. Nak tengok player jer..baik takyah.



Kan? 


Cuba tengok Safee Sali, dia bukan la tak hensem tapi Nami memang comel la kan dari dia. Padahal aku rasa Safee lagi banyak jasa masa piala AFF Suzuki tu. Ye dak? 

Apa bukti perempuan tengok bbola sebab player?

2/12/2012


Adoi..nampak? Fanpage Nazmi yang fake tu pun dah ada lagi banyak orang like dari Fanpage Safee yang ori tu. 
Padahal fanpage Safee Sali dah wujud berbulan-bulan before fanpage Nami.



To Nami, teruskan fokus dan perjuangan anda. Stu je nak request kat Nami dengan pemain Malaysia yang lain, pakai la seluar panjang masa main na.. =)



**Semalam aku tengok kat bawah Blok D. Budak-budak perempuan penuh! Pastu tengok duk jerit-jerit sampai berdesing telinga aku..eeee, geram. Tak kusyuk aku tengok.. T__T

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...