Friday, November 25, 2011

MARHATAN '11

Bismillahirrahmanirrahim..

Phew~ dah seminggu berlalu lepas program MARHATAN '11 bersama PERMANIS UM. Marhatan stands for Mari Berkhatan, Permanis stands for Persatuan Mahawiswa/i Negeri Sembilan.

Kenapa Negeri Sembilan? Bukan Pemarak or Permas or PMK? Haha..
Antara sebab-sebabnya, last sem aku pernah join Permanis punya program PROKAS sebagai peserta. Lagipun kan aku minat team bola sepak Negeri Sembilan.hihi.. So tahun ni aku dengan Jijah pun daftar la jadi ahli rasmi.

So last week is our first event with Permanis. Before ni tak dapat join HATI. Sedeyy~
Kitorang pergi hari Sabtu ke SK Nyatoh, Rantau, N9. Masa kat sana aku jadi akak fasi. 
Hari Sabtu masa sampai tu kkitorang disambut oleh warga sekolah tu dengan meriah sekali. Dengan kompang dan bunga manggar. Aiyok..macam pengantin plak. Teriama kasih la banyak-banyak. Orang-orang nogori baik-baik belaka.

Lepas tu ada aktiviti LDK. Petang tu ada riadah. Malam ada khatam al-Quran punya majlis. Esok tu baru ada majlis berkhatan. HAHA.

Nanti kawe post gambar..nak gi bersiap jap. Nak balik Taiping! Yuhuuu

Tuesday, November 22, 2011

Bola Lalala 3: Harimau Muda

Salam perpaduan.. :D

Fuhh..dari semalam orang tak habis-habis cerita pasal bola. Yela..M alaysia menang kan lawan Indon.
Masa start Sea Games ni aku folow every match. Mula-mula masa lawan dengan Singapura tu aku tengok depan tv kat umah. Masa tu aku tak kenal lagi skuad Harimau Muda yang baru. Macam Mahali, Fadhli Shaz, Asra, Apek and Fakri tu kenal la sebab diorang kan dalam skuad kebangsaan.

So dalam banyak-banyak mata aku tertumpu kat kelibat pemain no 18..Syahrul Azwari! Hehe..
Lepas tu yang lain macam Wan Zahirul aka Kechik, Izzaq Faris, Nazmi Faiz tu..fuhh..hebat la diorang! Tangkas dan energetik kot..kadang-kadang aku rasa diorang better lagi dari team senior especially defendr. Tapi defender orang sama je kan? Kalau tak silap..|



''Syahrul Azwari Ibrahim born 12 January 1993, Tanah Merah, Kelantan & Nazmi Faiz born 16 August 1994, KualaLumpur..aset terbaruyg semakin menyinar..2 3 tahun lg insyaAllah bertambah ligat..boleh pakai lama''


Lepas diorng menang ni ada match dengan Bahrain pulak. Masa tu Si Nami ni kasi gol sebijik. Cantik punya gol. Serious. Luar dari kotak penalti kot. 


Lepas tu, tak lama lepas tu banyak gila fan pag dia kat FB. Official Fanpage pun banyak tapi nampak sangtat la fake. Kejap je dah puluh-pjuluh ribu orang like page tu and mostly perempun. Hey, kalah artis diorang ni. Nampak sangat perempuan tengok bola tak ikhlas. Nak tengok player jer..baik takyah.



Kan? 


Cuba tengok Safee Sali, dia bukan la tak hensem tapi Nami memang comel la kan dari dia. Padahal aku rasa Safee lagi banyak jasa masa piala AFF Suzuki tu. Ye dak? 

Apa bukti perempuan tengok bbola sebab player?

2/12/2012


Adoi..nampak? Fanpage Nazmi yang fake tu pun dah ada lagi banyak orang like dari Fanpage Safee yang ori tu. 
Padahal fanpage Safee Sali dah wujud berbulan-bulan before fanpage Nami.



To Nami, teruskan fokus dan perjuangan anda. Stu je nak request kat Nami dengan pemain Malaysia yang lain, pakai la seluar panjang masa main na.. =)



**Semalam aku tengok kat bawah Blok D. Budak-budak perempuan penuh! Pastu tengok duk jerit-jerit sampai berdesing telinga aku..eeee, geram. Tak kusyuk aku tengok.. T__T

Tuesday, November 1, 2011

Rezeki datang dari Allah

Bismillahirrahmanirrahim.
~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Alhamduliillah, kita masih diberikan rezeki untuk bangun pada pagi ni menghdrup udara segar. Pagi ni aku bangun dan terniat di hati nak tulis something tentang rezeki.

Rezeki datang dari Allah dari pelbagai sudut, dari sudut yang tak terjangka. Klik sini.

Teringat satu cerita yang aku dengar kat IkimFM tentang seorang penjual tempe.
Seorang penjual tempe yang yakin dan percaya rezeki datang dari Allah. Setiap hari dia berdoa dan yakin akan reziki yang telah ditentukan untuknya. Satu hari, tempe yang dia sediakan tak masak. Mentah. Dia berdoa kepada Allah, dan dia yakin lalu dia pergi ke pasar macam biasa untuk menjual tempe yang mentah tu. Siapa la yang nak beli tempe mentah kan? cerita penuh kat sini

Namun rezeki itu ada di mana-mana dengan izin Allah. Lalu ada seorang membeli tempe mentahnya itu. Keesokan harinya orang itu datang kepadanya dan meminta tempahan tempe mentah yang banyak untuk dibawa ke luar negeri. Sebab kalau bawak tempe mentah, bila sampai ke luar negara tempe tersebut akan masak dan masih segar.

Cerita ini nampak mudah tapi sangat mendalam maknanya.

Aku merenung kembali pada diri aku. Bersyukur. Lagi 3 hari raya korban. Masa raya puasa hari tu, aku tak beli baju raya pun. Takpe, aku tak kisah,.Tapi dalam pada itu, Allah telah memberikan rezeki kat aku melalui seorang hamba yang bermurah hati bai aku sepasang baju kurung. Syukur! Alhamdulillah. Siapa sangka?

Mungkin nampak biasa di mata orang tapi bagi aku, aku faham rezeki Allah ada di mana-mana.

Dari itu, bersyukurlah dengan apa yang ada. Ustaz Asri kata dalam satu ceramahnya, kita ingat rezeki itu bila kita dapat sesuatu yang baru tapi kita lupa apa yang kita ada itu juga adalah rezeki.

Rezeki datang dari Allah, berusahalah dan minta dipermudahkan. =)
Manusia tidak akan menghargai nyamannya embun pagi jika tidak pernah merasai panasnya terik mentari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...