Tuesday, September 6, 2011

Fasa-fasa Raya

Pilu..hati ini makin sayu..
Rindu..terkenangkan desa permai..

Raya masa kecik kat Batu Kurau.

Sejak dari kecik sampai la aku darjah berapa eh? Tak ingat la bila last sekali raya kat Batu Kurau. Tapi masa arwah tokwan dengan opah ada lagi la. Masa diorang still sihat tiap-tiap tahun memang balik Batu Kurau, kampung belah mak. Nak balik kampung abah kena naik kapal terbang. Eheh. Tak pernah lagi sampai seberang sana.

Kat Batu Kurau memang kampung betul. Tak ada air paip, pakai air telaga je. Rumah jauh-jauh, dekat ladang kelapa sawit, banyak pokok. Best suasana tu. Hurm.

Kalau dulu raya, biasanya keluarga aku yang sampai dulu umah opah dengan tokwan. So mak ayah aku la yang akan kemas umah tu, sapu sampah, buang sawang, buat kuih raya. Lepas tu sedara yang lain datang. Pagi raya biasanya kaum lelaki je yang pergi solat raya sebab surau agak jauh dan kami pun takde kenderaan. Pergi surau naik basikal je. 

Tokwan pasang panjut, bakar lemamg sambil main bunga api, malam raya mak dengan opah busy kat dapur, pagi-pagi kena bangun awal, mandi kat telaga..sejuk woo..lepas tu hantar kuih raya kat rumah jiran, kena kejar dengan angsa..tunggu orang datang rumah.Pak lang dari Johor, cik dengan cik Man dari Kamunting, pak tam, pak andak, mak teh, angah, pak long. Kalau semua berkumpul memang penuh la rumah tu. Dengan sepupu sepapat semua.. .hurmm.. Masa dulu tak ada kamera digital lagi. Kamera kodak je ada, and the rest is history. Tersimpan kemas dalam lipatan memori.

Kalau raya kat kampung duit raya tak banyak sangat. Balik je KL, baru dapat duit banyak. Kat KL raya dengan sedara-mara belah abah plak. Yuhuu. Masa kat Keramat raya la rumah jiran-jiran semua. 

Tapi tu dulu. Long long time ago..



Raya tahun 2008.

Masa aku form 5. Raya terakhir dengan arwah mak kat Taiping. Tapi tak balik Batu Kurau dah. Raya kat rumah Cik Ani kat Kamunting. Masa tu tok wan dah takde. Tinggal opah je tapi tu pun dah tak berapa sihat. Siapa sangka ni tahun terakhir kami beraya dengan arwah mak.



Dalam gambar ni mak sihat lagi.



Raya tahun 2009.

Masa ni mak dah sakit teruk. Memang tak balik kampung dan tak pergi mana-mana pun. Mak pun baring je tapi macam mana pun mak gagah jugak buatkan rendang ayam untuk kami. Mak tak boleh makan sembarangan. Orang datang makan rendang mak tengok je. Mak kata nanti dah sihat boleh makan rendang.
No pics untuk raya kali ni.

Raya tahun 2010..

Kami balik rumah cik. Before raya tu balik kampung. Cik ajak pergi cari kain nak buat baju raya. Aku dapat rasa yang cik tak nak kami rasa sedih. Kain yang dibeli tu pun separuhnya cik yang bayar. 

Pertama kali raya tanpa mak. 

Tapi raya kat Ampang meriah tahun tu. Dapat raya dengan kawan-kawan lama. Tour rumah ke rumah. Best! 



Raya tahun 2011.

Tahun ni......tak best langsung.

1) tak balik kampung..sobss (tak cukup bajet),

2) takde baju raya baru..uwaa. tapi dapat hadiah baju kurung dari kawan maktab, Nabilah Najib. So, pakai baju tu je la. ^^ baju lama pun ada lagi. So, brsyukurlah.

3) time ni semua kawan busy dengan persiapan nak masuk u, balik kampung,. raya tak habis-habis, So tak dapat la tour raya macam tahun lepas. Tapi dapat makan soto rumah Alfiyah..tapi tak dapat lagi bakso. Nak bakso! 
 
4) takde gambar raya macam orang lain. Orang lain semua upload gambar raya dengan family masing-masing. Jeles kot.

5) maybe sebab jauh dengan sedara-mara kot. Yela, atuk nenek dua-dua belah takde. Sedara belah mak semua kat utara nun. Belah abah ade la..tapi kami takde kereta so tak boleh la nak pergi raya jauh-jauh. Setakat area Keramat je. 

Takpe, nanti kakak dah beli kereta kakak bawak abah, adik dengan abang raya merata-rata ok!

Tapi..yang bestnya..

1) dapat banyak duit raya! Wee~ kira banyak la jugak untuk aku yang dah berumur ni..eheh

2) dah reti masak rendang! Rendang ikut resipi internet la. Ngehehe. Boleh la..untuk orang yang baru belajar. Sehari je dah habis rendang ayam..hihi. 

3) dapat kenal kawan baru. ^^

Takpe..nanti dah kawen mesti meriah kan? Sebab family dah berkembang..hua3~


Tahun lepas seingat aku aku cuma bagi mesej raya kat orang yang bagi kat aku je..sebab takde mood. Tahun ni ingatkan tak nak kasik jugak tapi bila difikir balik, masa raya ni la nak rapatkan hubungan balik. Kadang-kadang masa raya ni je la dapat contact kawan-kawan lama so aku pun send to many~ haha.

Sekian. Selamat hari raya buat semua. :)



 



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...