Tuesday, September 27, 2011

First Three Weeks of New Sem

Assalamualaikum.

Pergh..busy gila. (konon)


1) Busy dengan kolej. Pindah-pindah bilik, angkat barang macam nak pengsan. Cramp kaki sebab penat sangat..huhu.

2) Lepas tu weekend pergi Shah Alam raya.

3) Telematch..kena setelkan pasal makanan.

4) Memantau junior-junior..ehehehe. Bermesra dengan junior..wee~

5) JPA
! Kena pegi tanya bendahari. HEP..heshh

6) Setelkan pasal program sulung Sinergi. :D

7) Jumpa mentor..gulp~

8) Pergi Sunway. Ada program MPS.

9) Pergi Ehsan..pagi dengan Azie, Petang bawak Ku dengan Kak Da plak.

10)
Aktiviti kolej ((tipu). Eh betul la, pergi jamuan raya. Jamuan mesti kena pegi. Hik3

11) Pergi AGM PSIPUM. Belajar cara diorang buat meeting. Nanti bak buat untuk PerFIUM plak. InsyaAllah :D

12) Pergi KPS, daftar jadi ahli PERMANIS! Ngee~


Upcoming event:

1) Annual gathering

2) Buddy outing..kalau jadi la.

3) Telematch



4) Graduasi, FESKUM! Hoyeah~ Best shopping kat FESKUM sebab banyak benda murah. Ehehe.



5) Program sulung SINERGI

6) CONASSSSSSSSSSSSSSSSSSS


Bila nak balik rumah ni? =(

Sunday, September 11, 2011

Ujian Iman





Patutkah

 manusia

menyangka

bahawa mereka akan

dibiarkan dengan hanya berkata:

Kami beriman”,

 sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

(Al-'ankabut ayat 2)

Saturday, September 10, 2011

Inilah Dugaan

Assalamualaikum.

Sekarang ni aku dah ada kat dalam bilik kat kolej. Seorang. Huhu. Bakal-bakal rumet tak tau la ke mana..masuk tadi memang takde orang, cuma ada barang je.

Tadi abah yang hantar,dari rumah naik bas. Lepas tu naik LRT dan akhirnya naik teksi untuk sampai ke kolej.

Masa kat LRT Ampang Park tadi, abah cakap duit tinggal RM*00. Lepas tu abah keluarkan semua, so sekarang tinggal zero. Ya Allah, nak menitis air mata aku masa tu jugak. Hari ni baru 11hb. Nak tunggu gaji lambat lagi. Lepas tu abah bagi kat aku separuh, aku kata tak payah tapi abah kata ambik je dulu.

Semalam GG call tanya JPA dah masuk ke belum sebabb dia nak bayar duit kawan yang dia pinjam.  Aku suruh dia pakai duit raya dulu tapi dia cakap takut nak guna nanti.

Aku pun nasib baik dapat duit raya lebih sikit, boleh la nak beli barang-barang keperluan. Tu pun beli ala kadar je.

Sedih, tapi aku redha. Ini dugaan dan ujian buat kami sekeluarga. Ujian datang menyapa di saat hati merasa ketandusan kasihNya. Moga dengan ujian dapat mendekatkan diriku padaNya. Sungguh aku rindu saat diriku meletakkan sepenuh penuh pengharapan kepadaNya. Meyakini akan janji dan pertolonganNya. Agar jiwa ini tidak lagi rapuh.

Pening memikirkan tentang hal ini. Tapi aku tau abah mesti lebih lagi merasakan beban ini. Bil api un tertunggak tak bayar lagi. Ya Allah, ini dugaan untuk kami kerana Kau Maha Mengasihi. Kuatkanlah kami, cekalkanlah hati kami dan permudahkanlah urusan kami.

Aku curahkan di sini bukan untuk menagih simpati, tapi untuk kalian tau bukan semua orang hidup senang.Juga peringatan untuk diriku supaya di masa depan, bila aku menoleh kembali aku akan tersenyum bila aku melihat kembali masa silamku. Lagipun aku tak mampu simpan seorang tapi aku tak tau kepada siapa aku nak berkongsi cerita.Aku jadi kelu jika mahu berkata-kata.
.
Jadi aku harap, sahabat yang membaca dapat mendoakan kami.

SMKTP In Memories

Assalamualaikum..

Yo..zaman sekolah memang seronok kan. Tak kisah la sekolah biasa ke, asrama ke, pasti meninggalkan seribu satu kenangan.

Masa sekolah menengah aku pergi tiga buah sekolah:

SMK Padang Tembak (Form 1)

SMK Tasek Permai (Form 2-awal Form 4))

MRSM Tun Ghafar Baba (Form 4-Form 5)


Post ini adalah untuk SMK Tasek Permai.


Sekolah ni dalam kategori luar bandar. Kalau lalu kat highway Hulu Langat boleh nampak. Letaknya atas bukit. Bukit yang curam. Kalau nak sampai kena naik bukit atau tangga. Tangga tu pun nak macam Batu Cave dah. Tak hairan la budak sekolah ni slim dan sihat-sihat belaka. Aku pun suka lepak atas bukit kat tepi kantin tu. Boleh usha-usha orang dari atas. Hee :D

Student dia pulak memang lengkap dengan pelbagai bangsa. Melayu, Cina, India.. Yang Indon pun ada, ramai. Ehehehe.

Aku pindah sekolah ni sebab pindah rumah kat Ampang. Mula-mula tu gerun jugak la. Mana pernah pindah sekolah, suasana baru. Huhu. Tapi tak sangka aku dapat adapt cepat. Masa mula-mula macam biasa la, kena kenalkan diri kat depan. Masa tu tali kasut tercabut, cikgu suruh betulkan. Malu~

Waa..tetiba terlintas banyak benda pasal sekolah ni. Nak taip semua tak larat la..

Kat sekolah ni aku jadi pengawas. Eheh.Dan jadi pengawas kat sekolah ni memang mencabar memandangkan aku ni budak yang agak skema. Muahaha. Sakit hati kalau budak tak dengar cakap. Lepas tu diorang pun tak suka aku. HAHA. Aku pantang tengok budak main henset dalam sekolah. Aku report kat cikgu. Padan muka! Masa perhimpunan pun aku suka aim budak-budak yang buat hal ni. Masa rehat budak-budak tak boleh masuk kelas so aku kena jaga laluan utama ke kelas. Memang aku hadang, kalau sape-sape nak masuk kena soal jawab dulu. Tapi ade je yang lepas..Haihh..

Dan aku ada ramai kawan baik kat sini. Sara, Haslinda, Sufia, Alfiyah, Syahira, Ainil..tak lupa jugak Suhilah, Fairus dan ramai lagiiii.. Diorang ni tinggal dekat rumah aku je so kalau cuti boleh je nak jumpa. Banyak kenangan best dengan korang.

Ingat tak, masa hari Jumaat kita selalu main nyorok-nyorok masa orang pergi solat Jumaat. Habis satu sekolah kita kecohkan. Haha. Seronok kot. Lepas tu biasanya hari Jumaat ada bacaan Yasin masa pagi kalau sekolah pagi, tengah hari kalau sekolah petang.

Masa nak dekat PMR kita study group sama-sama. Memang kita sangat struggle masa tu. Kita tak lokek nak kongsi ilmu. Siap tukar-tukar nota dengan buku latihan. Tapi study group kita ramai, sampai 10 orang kadang-kadang tu. Tapi kita still boleh get along, study sama.-sama. Sangat berkesan kot. Cikgu pun puji..hihi. Dalam kelas kalau dapat homework matematik tu kita akan buat habis-habisan. Maybe sebab takut dengan cikgu Shum yang garang tu. Hehe. Mana-mana soalan yang kita tak dapat buat, kita akan diskus. Saling memberi tunjuk ajar. Cewah~So..tak hairan la most of us dapat result gempak. Ramai yang dapat pergi MRSM.

Sekarang ni ada semua dah terbang merata. Ada yang baru masuk alam menara gading. Ada yang ,asuk poli. Semoga kita berjaya dalam haluan masing-masing.

Ni bukan gambar aku..haha. Tapi ni kat depan Bilik Disiplin.

Ni antara member-member SMKTP. Masa ni aku dah pindah.

Lencana sekolah

Cikgu-cikgu kat sekolah ni terbaikkk..memang terbaik. Antara cikgu-cikgu yang hebat tu, ada seorang yang paling banyak berjasa. CIKGU MUSALMAH.

Cikgu ni la yang berjaya mengesan bakat berpantun dalam diriku ini. Hehe. Takde la berbakat pun, tapi boleh belajar benda ni. Tak susah pun. Terima kasih cikgu sebab percayakan saya. Dan cikgu ni yang banyak bagi nasihat, dorongan dan motivasi kat aku dan kawan-kawan lain. Lagi satu, cikgu Musalmah yang bagi galakkan aku masuk MRSM. Dia pun ada bagi sumbangan duit dengan baju-baju kurung beserta tudung. Memang sangat terharu masa tu. Dan cikgu-cikgu lain memang hebat. Kalau tak takkan sampai aku dapat 8A masa PMR. Bagi aku salah satu tips nak berjaya adalah hubungan yang baik dengan cikgu. Kadang-kadang rasa macam anak emas cikgu plak. Kekekeke.. :P

Ingat dulu masa dapat offer sekolah teknik, masa tu belum dapat MRSM lagi, cikgu-cikgu semua bagi nasihat fikir betul-betul before pergi tu. Cikgu Mat siap panggil aku nak jumpa pasal tu walaupun dia tak ajar. Keprihatinan cikgu-cikgu tu buat aki sebak gila. Meleleh air mata lepas balik dari jumpa cikgu Mat tu..sobss


Puas carik gambar kita yang korang upload kat FB dulu tapi tak jumpa dah. Mana eh? Huhu..

Masa nak pindah MRSM ramai yang sedih. Ada yang bagi hadiah, bagi surat yang aku still simpan sampai sekarang. Thanks to all for being such a wonderful memories.

The rest is history~









Friday, September 9, 2011

Lontong Tu..

Assalamualaikum..

Ahaks..selamat hari raya ke berapa tah. Raya kan sebulan.

Masa raya ni, biasanya tak payah buat atau beli lontong. Sebab nanti sedara-mara akan kasik stok lontong yang cukup. Lagipun pergi rumah orang pun makan lontong jugak. Rumah aku je kot yang ada lemang..huhuhu.

Tapi kan, ada orang yang tak tau lontong tu ape! Mak aih..cemana boleh tak tau nih =.=

Jap eh, nak tunjuk..

Ni lontong namanya.


Ni pun lontong.

Ni pun lontong jgk..haha
Ok, gambar yang first tu lontong. Tapi ada orang yang tak kenal sebab dia kata lontong tu yang ada kuah, kuah masak lodeh namanya..makan dengan nasik impit. HAHAHA

Kat area KL ni banyak kot orang jual lontong dalam daun pisang tu. Personally, aku lagi suka yang tu sebab dia ada aroma daun pisang. Lembut je rasa dia.. Bole je nak makan dengan masak lodeh, makan dengan serunding, rendang, kuah kacang. Sama je dengan nasik impit, bezanya cuma dia letak dalam daun pisang. Tu jee..muahaha~

Orang area Johor maybe panggil nasik impit+kuah masak lodeh tu sebagai LONTONG. Sebab kawan yang tak tau tu orang Johor.

Untungla duduk Malaysia ni, macam-macam makanan adaaa~

Tuesday, September 6, 2011

Buat Awak


copied, edited and pasted! 



Gambar hiasan semata-mata



Awak jgn terlalu baik dgn sye, sbb nnti sye akn mula suka pada awk…

Awak, jgn lah msj sye kalau awak xda pape kpentingan, sbb nnti sye jadi rindu pada awk…

Awak, jgn buat sye t’lalu gembira dgn p'hatian yg awk berikn pada sye, tolonglah.., sye xdptt nak elak dari menyenanginya

Sye tahu walaupun awk layan sye macam tu, awak anggap sye kawan je kn? Awak, sye nak bgitahu awk, perempuan hati dia lembut n cepat t’sentuh…

Bila sye dah start suke kat awk, baru awk cakap awk anggap sye macam kawan je. Bila sye dah start syg pada awk, baru awk cakap kita just kawan je. Sekarang sye paham kenapa Allah dah letak garis panduan dlm hubungan sesame muslimin n muslimat

Sebab Allah tak nak sye n perempuan yg lain t’luka...kerana wanita hanya punya satu cinta~

Hahaha..ada yang terasa? No no no..bukan awak ok? :P



Fasa-fasa Raya

Pilu..hati ini makin sayu..
Rindu..terkenangkan desa permai..

Raya masa kecik kat Batu Kurau.

Sejak dari kecik sampai la aku darjah berapa eh? Tak ingat la bila last sekali raya kat Batu Kurau. Tapi masa arwah tokwan dengan opah ada lagi la. Masa diorang still sihat tiap-tiap tahun memang balik Batu Kurau, kampung belah mak. Nak balik kampung abah kena naik kapal terbang. Eheh. Tak pernah lagi sampai seberang sana.

Kat Batu Kurau memang kampung betul. Tak ada air paip, pakai air telaga je. Rumah jauh-jauh, dekat ladang kelapa sawit, banyak pokok. Best suasana tu. Hurm.

Kalau dulu raya, biasanya keluarga aku yang sampai dulu umah opah dengan tokwan. So mak ayah aku la yang akan kemas umah tu, sapu sampah, buang sawang, buat kuih raya. Lepas tu sedara yang lain datang. Pagi raya biasanya kaum lelaki je yang pergi solat raya sebab surau agak jauh dan kami pun takde kenderaan. Pergi surau naik basikal je. 

Tokwan pasang panjut, bakar lemamg sambil main bunga api, malam raya mak dengan opah busy kat dapur, pagi-pagi kena bangun awal, mandi kat telaga..sejuk woo..lepas tu hantar kuih raya kat rumah jiran, kena kejar dengan angsa..tunggu orang datang rumah.Pak lang dari Johor, cik dengan cik Man dari Kamunting, pak tam, pak andak, mak teh, angah, pak long. Kalau semua berkumpul memang penuh la rumah tu. Dengan sepupu sepapat semua.. .hurmm.. Masa dulu tak ada kamera digital lagi. Kamera kodak je ada, and the rest is history. Tersimpan kemas dalam lipatan memori.

Kalau raya kat kampung duit raya tak banyak sangat. Balik je KL, baru dapat duit banyak. Kat KL raya dengan sedara-mara belah abah plak. Yuhuu. Masa kat Keramat raya la rumah jiran-jiran semua. 

Tapi tu dulu. Long long time ago..



Raya tahun 2008.

Masa aku form 5. Raya terakhir dengan arwah mak kat Taiping. Tapi tak balik Batu Kurau dah. Raya kat rumah Cik Ani kat Kamunting. Masa tu tok wan dah takde. Tinggal opah je tapi tu pun dah tak berapa sihat. Siapa sangka ni tahun terakhir kami beraya dengan arwah mak.



Dalam gambar ni mak sihat lagi.



Raya tahun 2009.

Masa ni mak dah sakit teruk. Memang tak balik kampung dan tak pergi mana-mana pun. Mak pun baring je tapi macam mana pun mak gagah jugak buatkan rendang ayam untuk kami. Mak tak boleh makan sembarangan. Orang datang makan rendang mak tengok je. Mak kata nanti dah sihat boleh makan rendang.
No pics untuk raya kali ni.

Raya tahun 2010..

Kami balik rumah cik. Before raya tu balik kampung. Cik ajak pergi cari kain nak buat baju raya. Aku dapat rasa yang cik tak nak kami rasa sedih. Kain yang dibeli tu pun separuhnya cik yang bayar. 

Pertama kali raya tanpa mak. 

Tapi raya kat Ampang meriah tahun tu. Dapat raya dengan kawan-kawan lama. Tour rumah ke rumah. Best! 



Raya tahun 2011.

Tahun ni......tak best langsung.

1) tak balik kampung..sobss (tak cukup bajet),

2) takde baju raya baru..uwaa. tapi dapat hadiah baju kurung dari kawan maktab, Nabilah Najib. So, pakai baju tu je la. ^^ baju lama pun ada lagi. So, brsyukurlah.

3) time ni semua kawan busy dengan persiapan nak masuk u, balik kampung,. raya tak habis-habis, So tak dapat la tour raya macam tahun lepas. Tapi dapat makan soto rumah Alfiyah..tapi tak dapat lagi bakso. Nak bakso! 
 
4) takde gambar raya macam orang lain. Orang lain semua upload gambar raya dengan family masing-masing. Jeles kot.

5) maybe sebab jauh dengan sedara-mara kot. Yela, atuk nenek dua-dua belah takde. Sedara belah mak semua kat utara nun. Belah abah ade la..tapi kami takde kereta so tak boleh la nak pergi raya jauh-jauh. Setakat area Keramat je. 

Takpe, nanti kakak dah beli kereta kakak bawak abah, adik dengan abang raya merata-rata ok!

Tapi..yang bestnya..

1) dapat banyak duit raya! Wee~ kira banyak la jugak untuk aku yang dah berumur ni..eheh

2) dah reti masak rendang! Rendang ikut resipi internet la. Ngehehe. Boleh la..untuk orang yang baru belajar. Sehari je dah habis rendang ayam..hihi. 

3) dapat kenal kawan baru. ^^

Takpe..nanti dah kawen mesti meriah kan? Sebab family dah berkembang..hua3~


Tahun lepas seingat aku aku cuma bagi mesej raya kat orang yang bagi kat aku je..sebab takde mood. Tahun ni ingatkan tak nak kasik jugak tapi bila difikir balik, masa raya ni la nak rapatkan hubungan balik. Kadang-kadang masa raya ni je la dapat contact kawan-kawan lama so aku pun send to many~ haha.

Sekian. Selamat hari raya buat semua. :)



 



Sunday, September 4, 2011

[Lagu]: Langkah Tercipta



Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,
(Rangkap yang ni memang betul kena batang hidung..siapa yang tak kecewa dengan result exam tu kan..ada dua paper lagi kena repeat..sem depan pun boleh ambik 12 jam kredit je..sobss)

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
(kadang-kadang rasa macam nak tukar kos..takpun duduk rumah je jaga Tasya)
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan
(ya..inilah dugaan..memang dugaan)


Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta..


Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu 
(amin..aku harap sem baru yang 
akan mula tak sampai seminggu je lagi ni 
akan membuka lembaran baru..
aku perlukan semangat baru..
semoga diberi kekuatan)


Jangan mengeluh, teruskan mencipta langkah!

Anak Siapa La Ni? [Part 2: Kisah Mastura]

Bismillahirrahmanirrahim..

Gambar hiasan..


Masih ingat lagikah kisah budak dalam LRT tu? 20 Ogos yang lalu, masa tu baru balik dari Bangi. Memandangkan masa tu nak dekat maghrib, aku dengan Shafiqah pun decide untuk buka puasa kat Bandar Tasik Selatan. Masa tu naik komuter dari stesen UKM. Sampai kat BTS tu tak sampai setengah jam before waktu berbuka.

Tak ramai pun orang masa tu. Banyak tempat duduk dengan meja. Kitorang duduk dekat satu sebelah restoran ni. Betul-betul sebelah surau dan dekat dengan tandas. Kat area tu memang sunyi, kalau tak ada restoran tu mesti lagi sunyi.

Sementara nak masuk waktu berbuka tu, kitorang gilir-gilir la masuk toilet. Masa aku masuk tu sunyi je kot. Memang takde orang lain, aku sorang je dalam toilet tu. Lepas tu Shafiqah plak pergi. Pastu ada announcement yang dah masuk waktu Maghrib, dah boleh buka dah ni. Eheh. Pastu baru Shafiqah kuar dari toilet, macam terkocoh-kocoh sikit. Kekeke.

''Mimi, ada budak tu nak bukak puasa sekali dengan kita''. Eh...budak mana plak nih? Budak ni namanya Mastura (bukan nama sebenar). Aku cakap kat Shafiqah jom je la kalau nak bukak sekali. Tapi kitorg beli kuih akok dengan wedges je. Muahaha.

Budak tu ada kat luar toilet tu, mengintai kitorang dari jauh. Before Shafiqah ajak budak tu join kitorang, aku sempat lagi pesan kat dia yang kita kena hati-hati. Zaman sekarang ni helah orang ni macam-macam. Siap sempat lagi cerita kes kawan aku yang kena tipu. Taktik dia macam tu la, kononnya keseorangan.

Tapi tak sampai ati plak sebab budak lagi tu. Baru darjah 6. Kitorang ajak la dia duduk sekali tapi dia tak nak. Kitorang pun minum air je pastu makan wedges cepat-cepat terus masuk surau. Masa dalam surau tu aku  cakap kat Shafiqah solat gilir-gilir. Sorang kena jaga barang.

Hasil daripada soal siasat kami, kisahnya...budak tu mak dengan ayah dia dah bercerai. Dia kata kalau mak dia tau dia datang BTS tu nanti balik kena pukul. Aku pun tak tau la dia sekolah lagi ke tak. Hurmm.

Aku dengan Shafiqah serba salah jadinya. Nak tinggal budak tu kesian tapi at the same time rasa suspicious sangat. At last, kitorang ajak pergi KFC. Tu pun jenuh. KFC sama level dengan surau tapi dia ajak kitorang naik lif. Turun lepas tu naik balik. Hairan tak hairan. Kitorang tak nak la fikir bukan-bukan tapi kan..apesal nak naik lif??

Lepas beli KFC dia tak nak ambik plak. Burger KC tu Shafiqah kasik kat dia. Dia kata dia nak makan nasi plak. Kesian. Entah sahur ke tak budak tu. Dia cakap dia takde duit..

Lepas Shafiqah kasi duit suruh beli nasik, dia pun blah.. Kitorang terkebil-kebil lagi dengan apa yang dah berlaku. Dalam kemelut nak tolong budak tu tapi still rasa suspicious macam ada yang tak kena, dengan rasa nak selamatkan diri dari keadaan yang tak diingini.

Betul la kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pengalaman. Macam dalam cerita Contengan Jalanan karya Hlovate tu. Time Fend dengan K square pergi backpacking kat Australia.

Sebab tu la kita digalakkan bermusafir, dengan cara tu kita boleh tengok realiti kehidupan dan ambil pengajaran. Kita belajar daripada pengalaman diri sendiri dan kehidupan orang lain.Dan pada masa yang sama kita akan rasa bersyukur sebab kita masih ada keluarga yang lengkap, yang ambik berat.

Kepada Mastura, semoga suatu hari dia menemui sinar kehidupan.


Anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa.

Add caption

Ngeh3..siapa yang tak nak keluarga macam ni kan? ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...