Friday, July 8, 2011

See You In Court!

Assalamualaikum.



Pernah pergi mahkamah tak? Ala..court tu mahkamah la, bukan gelanggang main badminton tu.

Kalau nak rasa pergi la sekali. Banyak lawyer hensem. Haha. Ok, thats not the point. :P
Yang penting dalam masa terdekat ni korang takkan pernah terfikir kan nak singgah kat tempat ni. But trust me one day later we are going to be judge. Really..but not by human. By the Almighty God. =)

Masa cuti lepas asasi tu dalam sejarah hidup aku yang tak sampi lagi dua abad ni telah menjejakkan kaki ke beberapa bangunan mahkamah kat area KL dan Selangor. Atas urusan memfailkan surat bantahan kepada JPA kerana tak bagi student kawen masa tengah study. Tetttt. 

Haha. Mula-mula pergi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. 

.
Tu dia. Besar kot tempat ni. Masa masuk tu pergh..ingatkan masuk hotel 6 star. Haha.
Tengok orang datang pakai smart jeh. Aku je yang nampak selekeh. Ngehehe. Nampak benor budak tak matang lagi :P

Cuak. Siyesly. Tengok semua orang dalam tu jalan cepat-cepat pegang beg dengan fail. Pastu cakap-cakap soksek. Muka serius je. Pastu pergi la kat ruang pertanyaan. Pastu makcik tu suruh aku naik atas, pakai lif. Sekali lagi aku dikelilingi orang-orang yang cakap entah pasal apa kat dalam lif tu. Aku yang jakun ni pun mata pandang sana sini. tengok dunia Tapi control ayu. Hehe, Kot-kot ada peguam hensem tanya jalan ke. Ahaks.

Lepas keluar dari lif tu aku jalan ikut arahan makcik tu. Pastu masuk satu pintu ni. Lalu kat bilik perbicaraan. Oh...dalam ni la kot yang diorang sibuk cakap ''saya bantah Yang Arif'' tu. Melopong lagi mulut. Last sekali urusan aku tak boleh disettlekan kat situ. Aku pon balik. 

Next, Mahkamah Syariah KL. Dekat dengan stesen KTM lama. 


Yang ni agak usang kalau masuk. Dari luar pun nampak usang dah pun. Kat bawah tu ada polis jaga. Abang polis tu suruh aku naik kat ofis kat atas,. Mekasih abang polis ;)

Kat sini tak cantik macam mahkamah kat KL tu. Mahkamah syariah, bukan setakat hal-hal nikah, kahwin, cerai tapi urusan harta pusaka dan sebagainya, Sunyi je kat sini. Scary jugak la.. Tapi masuk kat ofis dia ramai  je orang. 

Sekali lagi salah tempat. OK, takpe. Pergi Mahkamah Syariah Kajang pulak. Kali ni aku takut nak pergi seorang. Ajak la kawan kesayangan aku si Fatin tu. Naik bas..jalan-jalan tanya orang cemana nak pi sana. 

Akhirnya selamat sampai. Macam pengembara plak rasa. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan, ni la tempat yang sebetulnya yang aku kena pergi. Tapi tak bawak pulak dokumen yang diperlukan tu. Nak failkan kes pun kena bayar, duit pun tak bawak. muahaha. Balik lagi. Before balik tu jenjalan dulu kat Metro Kajang. Ngeee.

Lepas tu aku pegi sana sorang la. Dah settle failkan kes sume, tunggu tarikh perbicaraan plak. Lup dup la aku~ Akak tu kata nanti kena bawak ayah jadi saksi. Jeng3~

Banyak kali jugak la aku ulang-alik pergi Kajang. Alang-alang SATE KAJANG sekali la derr. :D

Ni ha..pergi sana baru nampak dunia luar. Macam mana laki bini gaduh depan orang. Masa tu sebelah aku ade sepasang yang masih suami isteri. Dengan anak sorang and mak perempuan tu. Laki bini gaduh cakap aku kau. Mak perempuan tu pun temankan la si anak. Anak kecik dia nangis. Muka diorang muda lagi kot. Tak sampai 30. Aku terdengar la diorang cakap-cakap. Sape suruh cakap kuat, kan aku dah dengar. Alkisahnya si suami tu tak balik rumah lama gilak. Pastu kiranya si isteri mintak fasakh la. Dah nafkah pun tak kasi. Derr.

Hari yang aku kena bicara tu, aku masuk la dalam bilik perbicaraan tu. Ada hakim. Orang ramai kat dala tu tengah tunggu giliran diorang macam aku.

Yang nak bercerai duduk jauh. Yang nak rujuk kali ke berapa tah duduk dekat-dekat. Senyum je aku tengok.
Hakim akan soal semua benda detail gila. termasuk ''Bila kali terakhir anda bersama dengan si suami?''. So korang, please la..nanti dah kahwin jangan gaduh-gaduh ok. Bawak berbincang kalau ada masalah. Malu la nanti semua hal rumah tangga orang tau. 

Dan yang paling tak boleh lupa. Ada seoang makcik ni. Dia nak tuntut balik anak dia yang sekarang ni ada dengan suami. Si suami pulak tak bagi kerjasama, dah kena panggil banyak kali turun mahkamah tapi tak turun. Hati seoang ibu, sanggup membantah hakim sampai dia kena halau keluar mahkamah tu.  Jadi kecoh sekejap sebab hakim naik marah bila makcik tu jerit kat dia. Tertangguh suda ...dah la lepas tu giliran aku. Huk3. Tak pasal-pasal makcik tu dapa surat menderhaka kepada mahkamah, kalau disabitkan kesalahan kena penjara or bayar denda, Kesiannn :'( Dia cuma nak anak dia je. Tapi tu la, siapa suruh jerit kat hakim. T__T



Tiba giliran aku. Menghadap hakim. Disoal-itu dan ini. Kadang-kadang dia pandang dengan mata tajam macam nak tengok aku cakap betul ke tak. Derr..cuakkk. Abah plak kena duduk kat kandang saksi. Kena angkat sumpah derr. Macam orang buat salah pulak. Sesungguhnya kami tidak membuat apa-apa lesalahan. Hnya ingin membuat tuntutan. Uhuk3. Tak sangka panjang prosedur dia sampai kena angkat sumpah segala. 

Alhamdulillah. Akhirnya selesai. Selesai kat situ je la. Lepas dapat apa yang aku tuntut kena pergia urursan lain kat tempat lain plak. Hurm..

Mahkamah. Tak sangka aku kena jejakkan kaki kat situ. Memang banyak pengalaman yang aku dapat. Belajar susah senang hidup. Belajar daripada pengalaman orang lain jugak. 

Korang bila lagi nak masuk court? Ngahaha.. :P

Pesanan. Kita semua tidak akan terlepas dari Hari Hisab kelak. INGAT TU. Jadi nak buat apa-apa fikir masak-masak dulu ye. Sedangakn yang batin pun tidak akan terlepas dari pandanganNya.

Sekian. 


6 comments:

  1. eeyyh??nape cik kulat nk failkan tuntutan tu?xphm...ke hang nk kawen?

    ReplyDelete
  2. eh student JPA xleh kawen masa tgh study eh?? kejam gler! sedih ah camni angah!

    ReplyDelete
  3. @Milo Kora III: ngahahaha..ape nak buat..sob3
    kalu tak dah lame dah angah.........tetttt

    ReplyDelete
  4. seriously, nape wat tuntutan tu? soalan zati pribadi sgt ke?

    ReplyDelete
  5. @ezatieya: haa..tu yg kita nak tau tu..hehe
    pnjg cternya. pendek kata, sebab nak keluarkan duit sspn je pun..huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...