Tuesday, July 12, 2011

Menu Istimewa Seksyen 2 Shah Alam

Air Bandung RM1.20

Assalamualaikum.

Eh, malasnya nak study! Erm..lapar tak? Tak sarapan lagi pagi ni..huhu

Nampak kan gambar kat atas ni. Haa..itu la AIR BANDUNG special dari Dataran Cendekia Shah Alam. Kat kedai yang belakang Bank Islam tu. RM1.20 je.. Colourful dan sedap! Memang tak hairan la masa nak beli air ni pun kena beratur panjang. Sedap diminum macam tu terus ataupun kasi goncang dulu tapi nanti warna dia dah tak jadi macam tu la. 

Selain daripada ni, aku suka beli air capucino. RM1.40 untuk satu cup. Kat kedai yang ada jual Gelas Besar  a.k.a GB tu . Ahaa..GB, minum ramai-ramai. Best! Biasa air buah la seronok minum dalam GB nih. Pastu mintak air pelik-pelik macam epal cincau, laici+epal tembikai laici..macam-macam la. Tapi harga sama je, RM2. Weee~

 Lagi, malam-malam ada jual kerang bakar! Nyummy~

OK, daripada DC beralih ke Melati plak. Yang paling special mesti la nasi lemak! Yabeda beduu..rindunya nasik lemak mak cik ni. Murah pun murah beb.. Aku dengan rumet aku Tipa, hari-hari makan pun tak jemu. Dah la nasik dia pun banyak..puas hati makan! :D

Lepas ru ada air mangga apa tah nama dia. Lemak manis! Tambah manis kalau abang tu yang buatkan. Ooops :P Tipa yang cakap, bukan aku.

Lepas tu ada wedges yang lagi sedap dari KFC, cayolah cakap den ni haa.. Kedai yang jual nasik kerabu  and bermacam-macam jenis lauk pauk timur tu pun ramai orang, tapi aku tak beli kat situ la.

Hesyy..betul-betul dah trigger conditioned reflex nih. Gastric juice pun dah effect my stomach's mucusal.barrier. (Kena la practice fisio sikit-sikit..next week nak exam dah!)

Cukup la tu kot kat Melati. Kita beralih ke Seksyen 2! Ahah.

Kat Sek.2 macam-macam adaa..murah dan sedap.
Nasi lemak Cinta Rasa Sayang, Nasi Goreng Student a.k.a Nasi Goreng Bajet yang aku tak jumpa kat tempat lain selain kat sini. Special sebab harga dia RM2.50 je dengan daging masak merah + telur mata kerbau. Sup tak payah cakap la, semua menu nasi goreng wajib dihidangkan dengan sup.

Nasi Goreng Student RM2.50

Tu diaa.. tapi ni yang kat gerai no.20 punya. Kat kedai lain, lain la rupa dia. Nampak lebih kurang macam NG USA kan? Ahh..yang penting, perut kenyang, duit jimat. Hehe.

Lepas tu, ni dia. ABC paling sedap di alam semesta~ :D

ABC RM 2.50
Waaa..sedapnyaaaaaa! Ni haa..ABC paling sedap di alam semesta! Nampak tak biskut yang warna hijau tu? Biadanya dia letak biskut yang panjang tu, tapi masa ni dia letak yang petak plak. Dalam dia ada banyak kacang, likee~  Series sedap. Kat tempat lain biasa dia letak susu pekat semata-mata dengan pewarna. Nampak pucat. Tapi yang ni, tengok je pun dah tau sedap!

OK..cukup. Haha. Takkan habis kalau nak cerita. Belum lagi makanan kat Sek.7, kat Fakulti Sains Gunaan. Ouh..roti canai kat FSG sangat sodap...semua memang sodap!!!!

Nak tau sila la cuba. Apa yang penting, penjal makanan ni semua mostly Bumiputera. Orang Melayu kita. Kat UiTM memang sifat keusahawanan ni memang nampak terserlah among the students. Kat kolej Melati sendiri pasar malam setiap Isnin dengan Khamis. Bazar Ramadhan hari-hari. Lepas tu kalau ada event apa-apa kat DC memang akn full dan meriah. Tempat nak habiskan duit yang paling dekat. Tak payah nak pergi jauh-jauh Hee :D .

Dan yang aku suka, kat sini diorang buat macam kat Jepun tu. Jual something, pastu letak kat mana-mana. Then, letak bekas duit kat tepi tanpa ada orang yang tunggu. Air mineral, keropok, nasik lemak pun ada jugak. Kalau haus masa kelas tu keluar je kelas, kat tepi tu ada orang letak air mineral. Letak duit kat dalam bekas, ambik air, chow. Bagus betul.

Jangan tanya lagi kenapa saya sayang UiTM! Ok? =)

Sekian.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...