Thursday, July 28, 2011

Hikmah JPA Masuk Lambat

Assalamualaikum.

Selamat hari Jumaat. Alhamdulillah pagi ni hujan turun. Sejuk. Semoga membawa rahmat kepada seisi isi dunia.

Menanti JPA masuk memang memeritkan. Huwaa~ Walaupun tak start sem lagi tapi nak jugak duit! $$$$$
Mungkin ada hikmah kot JPA masuk lambat.



1) Duit takde so tak boleh pergi mana-mana. Duduk rumah diam-diam. No manoey no walk. Bila ada kat rumah boleh buat benda-benda yang berfaedah sikit. Kalau bosan-bosan kemas almari baju, CD.. kemas balik almari CD, jumpa balik CD lama-lama. La ni orang tak tengok CD dah..pakat download je semua. Banyak cerita hindustan dalam stok CD kat umah ni. Hee. Lepas tu kumpul-kumpul letak tepi mana yang nak tengok. Yeay. Kan best tu. Layan Hindustan..yeay!

2) Masuk lambat habis pun lambat jugak la. Kot. Yela, macam sem satu dulu..lambat gilaaak masuk. Nak dekat final exam baru masuk, lepas tu ada la lebih. Kalau masuk awal, mak aih, mau nya shopping sakan. Dah la nak dekat raya (nak dekat puasa sebenarnya). Boleh beli baju..eh, baju-baju raya. Ngee.

3) Mengajar kita susahnya hidup kalau takde duit. Haa, ni yang penting. Merasa susahnya hidup kalau takde duit. Memang la duit bukan segalanya dan tak mampu membeli kebahagian tapi peritnya hidup kalau tak ada duit. Sekurang-kurangnya kita dapat makan lagi paling sikit pun tiga kali sehari. Bersyukur dan belajarlah susah payah. Kira bertuah la kita dapat JPA. Ada orang sampai kena kerja untuk bayar yuran.

4) Dapat kurangkan aktiviti luar. Macam sama dengan yang nombor satu tu. Asyik nak enjoy je apa salahnya sekali sekala luangkan masa dengan orang-orang yang dekat engan kita. Contohnya roomate. Buat aktiviti roomate ke, tengok movie (download je la) sama-sama, hias bilik ke sama-sama. Yang ada kat rumah luangkan masa dengan keluarga. Jangan asyik nak merayap je.

5) Masa ni la kita nak bodek kawan-kawan yang dah dapat JPA awal. Ngee. Belanja! Buat muka seposen kat diorang, sampai diorang simpati dan empati. Masa diorang tengah banyak duit ni la nak bodek. Lepas tu time kita dah dapat buat senyap je. Hehe. Shhh..

6) Boleh la belajar nak jimat cermat. Sementara tak dapat JPA ni mesti duk kira-kira cukup tak duit yang tinggal ni sampai sebulan lagi. Takpun sape yang dapat duit dari parents tu kena budget jugak. Belajar berbelanja dengan cara yang berhemah dan tak beli benda yang tak perlu.

Kesian budak-budak UM tambah-tambah budak medic yang dah start sem baru. Merana-rana diorang tak dapat JPA lagi. Aku pun nak merana jugak dah ni. Urghh~

Di pagi Jumaat yang penuh barakah ni, dengan hujan yang membasahi bumi aku doakan JPA masuk la minggu depan. Amin! :D

Sekian.
2)

1 comment:

  1. waaaaa..tu laaa..merana taw..huhu..amiinnn~~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...