Wednesday, July 27, 2011

Bola La La 2: Singa vs Harimau

Assalamualaikum.

Apa habaq penyokong-penyokong Harimau Malaya semua? Semoga terus memberikan sokongan padu kepada wira-wira kita yang akan berjuang malam ni! Hoyeah~

Imbas kembali perlawanan kat Singapore hari tu, nampak Singa lagi banyak conquer bola. Lepas tu peluang-peluang keemasan untuk menggegar gawal gol diorang sia-sia macam tu je. Walaweyh.~

Mula-mula main dah okey. Tak sampai satu minit dah jaring gol. Malam ni boleh tak kasik gol for each and every minut? Muahaha.

Satu je la. Macam yang orang duk bising-bising pasal barisan pertahanan tu, memang nampak la kelalaian dan keterlepaspandangan. Sonang-sonang je skuad Singa bolos. Pastu kelam kabut kat kotak penalti sampai bagi free kick kat diorang. Maaaa..manyak lugi~!!

Sekarang Safiq takde. Aidil masuk. Apek keeper. Erm..come on Malaysia! Aidil kasi ikat itu Duric. Rajagopal kasi malu itu Raddy. Berlagak gler coach Singa tu.  Kalau kita boleh patahkan sayap garuda kenapa tidak taring si Singa! (singa ada taring tak eh)

Kepada penyokong semua, malam ni gegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil dengan ngauman kita! (macam la aku pergi stadium). Aku mengaum kat rumah je la..hehe.

Ada orang kata, kita bukan nak skuad Harimau Malaya masuk Piala Dunia, tapi sekurag-kurangnya mereka jadi yang terbaik di rantau ini. Step by step, terbaik Asia Tenggara, Asia then baru la boleh nak masuk Piala Dunia. Semua stesen TV dengan radio cakap pasal bola. HotFM pun dah tukar trademark diorang jadi 'Lebih Bola daripada Biasa'. Walau apa jadi malam ni, teruskan sokongan kepada mereka. =)



Malaysia Aummmmmmm!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...