Thursday, July 28, 2011

Hikmah JPA Masuk Lambat

Assalamualaikum.

Selamat hari Jumaat. Alhamdulillah pagi ni hujan turun. Sejuk. Semoga membawa rahmat kepada seisi isi dunia.

Menanti JPA masuk memang memeritkan. Huwaa~ Walaupun tak start sem lagi tapi nak jugak duit! $$$$$
Mungkin ada hikmah kot JPA masuk lambat.



1) Duit takde so tak boleh pergi mana-mana. Duduk rumah diam-diam. No manoey no walk. Bila ada kat rumah boleh buat benda-benda yang berfaedah sikit. Kalau bosan-bosan kemas almari baju, CD.. kemas balik almari CD, jumpa balik CD lama-lama. La ni orang tak tengok CD dah..pakat download je semua. Banyak cerita hindustan dalam stok CD kat umah ni. Hee. Lepas tu kumpul-kumpul letak tepi mana yang nak tengok. Yeay. Kan best tu. Layan Hindustan..yeay!

2) Masuk lambat habis pun lambat jugak la. Kot. Yela, macam sem satu dulu..lambat gilaaak masuk. Nak dekat final exam baru masuk, lepas tu ada la lebih. Kalau masuk awal, mak aih, mau nya shopping sakan. Dah la nak dekat raya (nak dekat puasa sebenarnya). Boleh beli baju..eh, baju-baju raya. Ngee.

3) Mengajar kita susahnya hidup kalau takde duit. Haa, ni yang penting. Merasa susahnya hidup kalau takde duit. Memang la duit bukan segalanya dan tak mampu membeli kebahagian tapi peritnya hidup kalau tak ada duit. Sekurang-kurangnya kita dapat makan lagi paling sikit pun tiga kali sehari. Bersyukur dan belajarlah susah payah. Kira bertuah la kita dapat JPA. Ada orang sampai kena kerja untuk bayar yuran.

4) Dapat kurangkan aktiviti luar. Macam sama dengan yang nombor satu tu. Asyik nak enjoy je apa salahnya sekali sekala luangkan masa dengan orang-orang yang dekat engan kita. Contohnya roomate. Buat aktiviti roomate ke, tengok movie (download je la) sama-sama, hias bilik ke sama-sama. Yang ada kat rumah luangkan masa dengan keluarga. Jangan asyik nak merayap je.

5) Masa ni la kita nak bodek kawan-kawan yang dah dapat JPA awal. Ngee. Belanja! Buat muka seposen kat diorang, sampai diorang simpati dan empati. Masa diorang tengah banyak duit ni la nak bodek. Lepas tu time kita dah dapat buat senyap je. Hehe. Shhh..

6) Boleh la belajar nak jimat cermat. Sementara tak dapat JPA ni mesti duk kira-kira cukup tak duit yang tinggal ni sampai sebulan lagi. Takpun sape yang dapat duit dari parents tu kena budget jugak. Belajar berbelanja dengan cara yang berhemah dan tak beli benda yang tak perlu.

Kesian budak-budak UM tambah-tambah budak medic yang dah start sem baru. Merana-rana diorang tak dapat JPA lagi. Aku pun nak merana jugak dah ni. Urghh~

Di pagi Jumaat yang penuh barakah ni, dengan hujan yang membasahi bumi aku doakan JPA masuk la minggu depan. Amin! :D

Sekian.
2)

Wednesday, July 27, 2011

No-Thing

Assalamualaikum.

Gambar hiasan, tiada motif.


Third post for today menunjukkan betapa free nya aku sekarang. Dah lama tak online kan. Lima hari tu lama kot. Bayangkan duduk rumah takde benda nak buat, sesaat tu rasa lama sangat. 

Well, exam dah habis kan. Nak rehat la konon. Ya.. EXAM FISIO DAH HABIS. Pheww~ Baru nak rasa cuti ni. Alhamdulillah, beres suda. Nak tunggu result je nih. Kalau ok mungkin situasi untuk next sem akan berubah sikit. Berubah banyak sebenarnya. 

Wehh, jap. Erm..gosip jap.

Hari tu aku tengok Harry Potter dengan Zaty! Akhirnya dapat jugak tengok. First and last. Bestnya~
(itu bukan gosip)

Erm..aaa..Tasya merajuk semalam~
(itu bukan gosip jugak)

Takde..banyak sangat gosip kat FB tu kan.. Rasa macam nak buat penjelasan. OK tak?

Kami hanya kawan biasa, tak lebih dari tu..
Tolong jangan buat spekulasi..


Haha.
 
Erm..ok tak ok tak?
Cukup la tu.. Tak tau apa motif. Cuma..
Tapi yela..ermmm..takpe la! Chow~









Cinta Hingga Ke Syurga


Assalamualaikum.



Hilal Asyraf: Cinta itu apabila kita mahu bersama mereka yang dicinta di syurga.

Bagaimana bercinta dengan redha Allah?

Hilal Asyraf: Mudah. Kalau sudah jatuh hati, selidik dulu latar belakangnya. Lihat bagaimana profilnya. Tidak salah kalau hendak mengkaji hidupnya. Tanya kawan-kawannya. Ini untuk mereka yang rasa hendak berhati-hati memilih pasangan. Tetapi kalau sudah suka sangat, terus terang sajalah. Hantar surat cakap terus terang. Tidak salah.

Bukan aku yang kata, Hilal Asyraf yang kata ^^


Tapi kalau tengah tercungap-cungap nak habiskan baca nota tebal, exam dengan test tiap-tiap minggu, duit pun nak mengharapkan JPA yang kasik, tunggu dulu la deyy.

Err..tu je kot. Simple post. :D
Sekian.


Bola La La 2: Singa vs Harimau

Assalamualaikum.

Apa habaq penyokong-penyokong Harimau Malaya semua? Semoga terus memberikan sokongan padu kepada wira-wira kita yang akan berjuang malam ni! Hoyeah~

Imbas kembali perlawanan kat Singapore hari tu, nampak Singa lagi banyak conquer bola. Lepas tu peluang-peluang keemasan untuk menggegar gawal gol diorang sia-sia macam tu je. Walaweyh.~

Mula-mula main dah okey. Tak sampai satu minit dah jaring gol. Malam ni boleh tak kasik gol for each and every minut? Muahaha.

Satu je la. Macam yang orang duk bising-bising pasal barisan pertahanan tu, memang nampak la kelalaian dan keterlepaspandangan. Sonang-sonang je skuad Singa bolos. Pastu kelam kabut kat kotak penalti sampai bagi free kick kat diorang. Maaaa..manyak lugi~!!

Sekarang Safiq takde. Aidil masuk. Apek keeper. Erm..come on Malaysia! Aidil kasi ikat itu Duric. Rajagopal kasi malu itu Raddy. Berlagak gler coach Singa tu.  Kalau kita boleh patahkan sayap garuda kenapa tidak taring si Singa! (singa ada taring tak eh)

Kepada penyokong semua, malam ni gegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil dengan ngauman kita! (macam la aku pergi stadium). Aku mengaum kat rumah je la..hehe.

Ada orang kata, kita bukan nak skuad Harimau Malaya masuk Piala Dunia, tapi sekurag-kurangnya mereka jadi yang terbaik di rantau ini. Step by step, terbaik Asia Tenggara, Asia then baru la boleh nak masuk Piala Dunia. Semua stesen TV dengan radio cakap pasal bola. HotFM pun dah tukar trademark diorang jadi 'Lebih Bola daripada Biasa'. Walau apa jadi malam ni, teruskan sokongan kepada mereka. =)



Malaysia Aummmmmmm!

Wordless Wednesday 3

Sunday, July 17, 2011

Kisah Teladan

KISAH ORANG BAIK




Pada suatu hari, saya dan kawan saya Zaty Taty pergi ke Digital Mall. Zaty mengajak saya menemaninya ke sana. Kami berdua menaiki teksi. Semasa di dalam teksi, saya buat-buat la nak keluarkan duit. Hehe. Last-last Zaty yang bayar tambang. Sya pun meletakkan kembali beg duit ke dalam beg. Tapi malangnya, saya cuai. Saya tak letak betul-betul dalam beg.

Saya sedar akan kehilangan beg duit itu setelah kami turun dari teksi dan telah memeasuki DM itu. Ouh..macam mana ini. Saya pernah sebutkan kisah in i kalau tak silap. Tapi takpe, cerita lagi.

Saya cuba mengawal keadaan dan berlagak tenang setenang nya. Tak caya tanya la Zaty. Hee :D
Masa tu bawak buku ASB. Ingat boleh la nak keluarkan buat tambang dan sebagainya, tapi IC pon tadaaa..aiyaa

Zaty yang baik hati itu membelanja saya KFC Chicken Chop. Hoyeahh~ Lepas tu saya dihubungi oleh pihak bank mengatakan bahawa akaun saya telah disekat sementara waktu kerana ada orang melaporkan kehilangan beg duit saya. Saya pun bertanyakan tentang orang yang melaporkan tentang kehilangan itu dan akhirnya saya dapat menghubunginya. Yezza~

Alhamdulillah. Saya dapat beg duit saya kembali. Banyak 'harta' kot dalam tu. Haha. 

Terima kasih kepada pemandu teksi dan isterinya dan jga anaknya yang perasan da beg duit kat tempat duduk belakang tu. :D

Tamat.





KISAH ORANG TAK BAIK



Berlaku kepada kawan saya. Ketika dia berada di Hentian Putra.

Dia didatangi oleh seorang perempuan yang kononnya keseorangan dan meminta kawan saya menemaninya. 
Dipendekkan cerita, perempuan tu berlakon punya baik sampai kawan saya tak syak apa-apa masa tu. 

Kemudian mereka pergi ke surau untuk menunaikan solat. Semasa kawan saya mengambil wudhu' perempuan itu telah mengambil kesempatan mengambil barang-barang berharga.

Pendek cerita lagi, kawan saya telah kehilangan RM3K dari akaunnya. MasyaAllah.



Pengajaran daripada kedua-dua peristiwa tersebut, berhati-hatilah kerana kita tidak tahu dengan siapa kita berurusan setiap hari. Banyakkan berdoa supaya mendapat perlindungan Allah. Segala apa yang berlaku, jadikanlah iktibar. Chill~

Sekian.




[Cerpen]: Nota Cinta

Nota Cinta
www.iluvislam.com
Oleh: mushroom16
Editor: fazly_90

"Hari ni, saya menang pertandingan pidato di sekolah. Esok, saya ada lagi pertandingan bahas. Lusa pula, ada persidangan di UIA. Awak jaga diri sementara saya takde ye? Bukan saya tak nak mesej, tapi saya sibuk. Jangan tinggal solat."

Hafiz membaca mesej itu dengan perasaan berbunga. Wardah, gadis yang memang disayanginya dari dulu lagi. Wardah, bagi Hafiz memang sesuai dengan namanya. Wardah memang sekuntum mawar nan indah. Harum mewangi. Sukar didekati dan indah di hati.

Namun Hafiz tidak pernah bertemu Wardah. Sekadar mendengar suaranya yang lunak dan bisa menggugat hati. Bukan dia tidak berkeinginan untuk bertemu, namun tempat tinggal mereka sangat jauh. Mereka berkenalan melalui seorang kawan pada dua tahun lepas.

Wardah tersenyum. Selama 2 tahun perkenalan mereka, Hafiz menjadi permata hatinya. Wardah memang seorang wanita solehah. Namun perkenalannya dengan Hafiz menjadi titik tolak perubahannya. Dia lupa makna zina hati yang dia laungkan pada tazkirah di sekolah. Dia lupa pesan ustazah agar jangan bercinta pada usia muda, tambahan lagi untuknya yang masih bersekolah. Apatah lagi dia akan menduduki peperiksaan besar SPM pada tahun itu.

“Wa, aku tengok kau dah lain. Kau dah pandai layan lelaki kan? Aku tahu kau sukakan Hafiz tapi ingatlah Wa, cinta sejati hanya pada Allah,” Ujar Fiza, sahabat Wardah pada suatu hari.

“Fiza, aku kan masih solat? Lagipun kami berpesan-pesan ke arah kebaikan. Seperti yang dianjurkan Islam,” Balas Wardah, agak teruji.

“Aku rasa kau dah salah konsep, Wa. Dah habis ke perempuan kat sekolah ni? Ramai lagi aku tengok yang tudung ‘pakai buka’, berkepit dengan jantan sana sini, kau tak nak berpesan-pesan ke arah kebaikan untuk tu ke Wa? La taqrabuzzina, janganlah kau mendekati zina. Wa!”

“Aku harap kau janganlah masuk campur. Soal zina, tak perlu kau ingatkan aku. Aku dah cukup faham maksud itu. Kami tak pernah bertemu. Macam mana kami berzina?”

“Kau dulu pernah beri tazkirah soal zina hati. Takkan lupa? Bila hati saling mengingati, aku tengok kau dah lalai! Lagipun, Allah larang kita mendekati zina, bukan melakukan zina. Kau belum terlewat untuk bertaubat. Lupakanlah Wa, apa tak cukupkah Allah sebagai kekasih kau? Dia yang menemani kau siang malam, Yang Maha Mendengar setiap luahan hati?”

Wardah terdiam. Namun baginya ungkapan Fiza hanya mencurah air ke daun keladi. Dia ingin Hafiz menjadi miliknya!

Hafiz menikmati makan malamnya dengan lahap. Hari ini kepenatan menjeratnya kerana terlalu sibuk dengan tugas kepimpinan di sekolahnya. Namun, Hafiz bersyukur diberi peluang sebegitu. Dia tidak mengeluh dengan tugasan seperti itu. Baginya, segala-galanya adalah tanggungjawab yang diamanahkan. Dan tugasnya adalah sebagai pelaksana. 

Mungkin hari-hari Hafiz tidak seindah ini jika Wardah tidak menemani hidupnya. Walaupun Hafiz menyedari hakikat bahawa mereka menghampiri zina, Hafiz sentiasa terpukau dengan janji manis Wardah bahawa mereka hanya berkawan. Namun perasaannya sukar ditepis sama sekali. Dia manusia biasa yang tidak mampu menafikan perasaan cinta yang mula bertunas dalam hati.

Telefon hafiz berdering.

Pantas Hafiz menggapai telefon bimbit di meja. Panggilan dari Wardah

“Hafiz?”

“Ya, saya,”

“Awak sayang saya?”

“Emm, kenapa awak tanya?”

“Saya tanya sebab nak awak jawab,”

“Wardah, awak perempuan terbaik yang saya kenal. Tak mungkin tiada perasaan cinta saya terhadap awak,”

“Awak cintakan saya?”

“Ya, saya cintakan awak,”

Dan malam itu menjadi saksi antara dua jiwa itu. Sesungguhnya begitulah syaitan merasuki kita, secara terang-terangan ia bukanlah cinta yang hina, namun menjebakkan dua insan itu ke alam yang melalaikan.

“Aku nampak semalam kau keluar dengan Ina?” soal Hafiz curiga. Perbuatan sahabatnya, Aiman, menggugat ketenangan dan kewibawaannya sebagai seorang sahabat karib.

“Jadi?” Aiman seolah-olah mencabar Hafiz.

“Aku tak suka. Perkara tu Allah larang,”

“Hafiz, Hafiz! Mentahnya pemikiran kau. Macam mana pula soal hubungan kau dengan Wardah? Kau ingat aku tak tahu? Habis, yang kau bercinta dengan dia tu? Ada Allah suruh?”

“Aiman, kami bercinta cara Islam. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada engkau!”

“Ahh, bercinta secara Islam. Kenapa ramai yang kabur dengan persoalan itu? Bukankah itu tipu daya syaitan. Walaupun aku dengan Ina, aku dan dia tidak hipokrit macam kau! Ketua pengawas apa kau ni? Sebelum kau kata baju orang lain kotor, tengok baju sendiri, itu nasihat aku!” kata Aiman berang sambil berlalu pergi.

Hafiz tertunduk di situ, di sebuah taman berhampiran rumahnya. Dia menundukkan kepalanya. Perlahan-lahan, dia berjalan pulang. Dalam perjalanannya, dia bermuhasabah. Ya Allah, dosakah aku? Aku marah apabila sahabatku menghampiri zina namun aku juga begitu! Aku ke surau namun aku juga menghampiri lembah syaitan. Manusia apakah aku?

Malam itu Hafiz bertahajud. Bermunasabah dan merenungi segala dosa-dosanya. Bagaimana suara Wardah yang mencairkan hatinya, dan bagaimana dia asyik melayari alam percintaan dengan Wardah. Dia senang begitu, bermunajat sendirian dan mengadu pada Allah. Biasanya pada malam-malam begitu masanya dihabiskan dengan menelefon Wardah hingga lewat pagi. Namun malam itu dia selesa menutup telefonnya dan menyerah pada Allah. Malam itu juga dia harus membuat keputusan.

“Eeesh! Mana Hafiz ni! Biasanya dia telefon aku, ni, mesej pun takde! Telefon pulak off! Dia ada perempuan lain ke?” rungut wardah sendirian. Hatinya gelisah. Walaupun jam menunjukkan pukul empat pagi, namun dia setia menunggu Hafiz. Dia mahu tunjukkan pada Hafiz bahawa dia gadis yang sabar, mungkin, Hafiz mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia menerima mesej daripada Hafiz.

“Wa, jangan tipu saya lagi! Cukup sampai di sini hubungan kita!”

Wardah terkesima. Dia buntu, apa yang Hafiz maksudkan? Perlahan-lahan, dia membalas mesej itu.

“Apa maksud awak? Awak tak sayang saya?”

“Sudahlah Wa. Pergilah dari hidup saya. Saya tak perlukan perempuan macam awak lagi!”

Wardah mula menitiskan air mata apabila mesejnya tidak dibalas. Dia beberapa kali menelefon Hafiz tetapi tidak berjawab. Kali ini dia pasti, Hafiz akan meninggalkannya tanpa sebab!

3 bulan berlalu dengan perit. Wardah sedaya upaya melupakan Hafiz. Setiap hari Wardah memeriksa peti emelnya sejak Hafiz memadam telefonnya. Hafiz pasti akan meninggalkan sesuatu! Hafiz bukan sejahat lelaki lain. Wardah tahu itu semua.

Hinggalah pada suatu hari, Wardah memperoleh berita yang dinanti-nantikan. Terketar-ketar jarinya tatkala membuka emel yang bertajuk ‘Nota Cinta’ itu…

Subject:

Nota Cinta

From:

“Hafiz Haikal”

To:

wardah@yahoo.com

Assalamualaikum...

Kehadapan Wardah, mawar yang dirahmati Allah

Mungkin semasa awak membuka emel ini perasan awak sangat jelik, benci, kecewa dan banyak lagi terhadap saya.Saya faham itu semua, tapi apa saya harus buat, ini saya lakukan semua untuk mencari redha Allah. Saya pun tak tahu nak mula dari mana, tapi saya harap awak faham apa yang saya tulis.

Sebenarnya mesej yang saya hantar pada pagi itu memang dirancang. Mesej itu sengaja saya reka untuk saya jauhkan perasaan cinta saya kepada awak. Mungkin awak terkejut dengan sikap saya, tapi ada makna di sebalik semua tu.

Sebab utama saya hantar mesej macam tu sebab nak biar awak benci kat saya dan menjauhkan diri dari saya. Kenapa saya nak jauhkan diri dari awk?.. Selama kita menzahirkn rasa cinta dan sayang semenjak tu la hati saya rasa lain. Untuk pengetahuan awak bila saya lafaz sayang dan cinta kepada awak dan awak pula membalasnya saya terasa jiwa saya jauh dari Allah, nafsu syahwat saya naik, rasa ke arah maksiat tu ada walaupun kita tak pernah bersua. Agak remeh kan kalau orang lain baca, tapi untuk saya yang mempunyai iman yg rendah macam2 boleh jadi kat saya. Mungkin awak sebagai wanita tak rasa keadaan begitu tapi saya seorang lelaki memang menyebabkan saya lemah. Saya takut akan Allah, kekadang saya nasihatkan kawan saya jangan buat benda 2 tapi saya buat jugak. Orang pandang saya selalu pakai songkok kat sekolah macam alim, pergi masjid tapi buat benda tu, tak ke saya ni munafik?

Saya sedar apa yang saya buat mendukacitakan hati awk. Hati mana yang boleh terima difitnah begitu. Tapi bila saya buat begitu saya juga rasa berdosa sebab memfitnah wanita yang solehah. tapi apa kan daya desakan hati. 

Awak memang wanita hebat, setiap kali awak menceritakan kejayaan awak memang saya cemburu. Kekadang saya fikir kenapa saya tak boleh jadi macam awak. Tapi saya tetap bersyukur dapat kawan dengan awak. Serius saya katakan awak sahajalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya, yang lain cuma kawan biasa, jarang saya berhubung dengan mereka. 

Untuk terakhir sekali, perasaan cinta dalam diri saya terhadap awak memang tertanam dalam hati saya, sebab awak cinta pertama saya. Saya tak pernah bercinta. Masalah yang saya hadapi sekarang mcm saya katakan di atas tu la. Walaupun agak remeh tapi saya pandang serius terhadap benda ni. Sebab Allah tak redhai sebuah hubungan selain daripada pernikahan. Saya harap dengan penjelasan saya awak akan faham lebih-lebih lagi awak belajar dlm aliran agama. Sekiranya kita ada jodoh tak kan ke mana. Itu janji Allah.


Wassalam..
Ikhlas dari hamba yg mencari redha Allah:
HAFIZ HAIKAL

Malam itu Wardah bersujud, pada Allah dia serahkan diri… Hari-hari dilaluinya dengan redha, tanpa rasa dendam sedikitpun terhadap Hafiz. Nota cinta Hafiz telah mengubah hidupnya. Hinggalah Wardah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaannya dan Berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti al-Azhar, Mesir.

Wardah merenung jauh ke Tasik Titiwangsa yang damai itu. Dilihatnya pasangan-pasangan muda berpegangan tangan tanpa segan-silu. Dia bermuhasabah dalam hati. Andai satu ketika dulu dia hanyut dibuai cinta dengan Hafiz, pasti gelaran doktor pakar mustahil disandangnya. Sejenak dia memikirkan kata-kata Umminya semalam…

“Wa, bila nak menikah? Ummi teringin nak bermenantu,”

Soalan Ummi itu menggegar tangkai hati Wardah. Kenangan yang cuba diluputkannya bertahun-tahun dahulu kembali mengusik. Jauh di sudut hati, Wardah masih mengharapkan Hafiz yang entah ke mana itu. Dengan menarik nafas panjang, Wardah menyahut,

“Sesiapa sahaja yang Ummi carikan, dialah jodoh Wardah,”

Wardah merenung cincin perkahwinan di jarinya. Cantik! Sekali pandang Wardah tahu, suaminya pasti dari kalangan orang berada. Hatinya masih berdebar-debar. Sejak akad nikah tadi, dia masih belum melihat wajah suaminya. Walaupun Hafiz berada dalam hatinya, dia redha. Biarlah, pilihan Ummi pasti yang terbaik buatnya. Wardah memejam mata rapat-rapat, ditahan air matanya dari menitis. Dia ingin menjadi bintang timur buat suaminya. Biarlah dia seorang…

“Wardah Alia binti Syukri, sesungguhnya cinta itu lebih indah melalui sebuah ikatan mulia bernama perkahwinan…” Bisik suaminya, suara yang mendamaikan hatinya.

Wardah membuka matanya, dan menatap wajah penaung jiwanya kini… Hafiz Haikal…

-happy ending-

                                                              :)

Thursday, July 14, 2011

Wordless Wednesday (Yesterday) 2

Tengok tu. Bunga ni tak layan kumbang. ^^

Tahniah..Farmasi UM

Assalamualaikum.



Esok result UPU untuk lepasan Asasi/STPM keluar. Lup-dup

Kepada kawan-kawan yang tengah tunggu tu, doa banyak-banyak. Semoga dapat apa yang dihajati. Kalau dapat benda yang tak dipinta, nasihat saya PASTI ADA HIKMAHNYA.

Pengalaman diri sendiri dan kawan-kawan, ramai jugak sebenarnya tak dapat apa yang diorang nak. But then diorang terima tawaran tu, ada jugak yang reject. Ada yang tiba-tiba dapat UPNM. Perempuan. Mau nak meraung. Lepas tu diorang terima tawaran pergi Indon. Buat Medic. Mula-mula mesti rasa tak seronok, sedih, kecewa tapi cuba tanya kat diorang sekarang. Nak tak nak diorang akan redha jugak akhirnya.

Macam aku? Erk.

Dan lepas tu diorang buat rayuan. Ada kawan yang dapat tukar uni. Dari UM Farmasi pergi UiTM Medic. Ada jugak yang dapat tukar course tapi uni sama. Farmasi pergi Dental, Dietetik pergi Medic, Imaging pergi Farmasi, Farmasi pergi Medic. Haa..kan? InsyaAllah, bak kata Maher Zain..  ada jalannya~ InsyaALLAH.


Imbas kembali.

Masa dapat result tu..alamak aii.. UM tu. Uni yang TOP kat Malaysia. (sekarang top lagi ke tak eh...) Nasib baik ada kawan yang dapat kat UM jugak. Phewww~

Couse: FARMASI. Alamak ai.. FARMASI tuu.

Fakulti: PERUBATAN. Alamak aii..aal FAK PERUBATAN? Tak ada fak sendiri ke? Ahaa..dengan bangganya, UM adalah satu-satunya di Malaysia yang tak ada fak sendiri. =)

Kolej: KK Ungku Aziz. Perghh..KUAZ tuuu.

Dah. Nak tak nak, terima je la. Kalau reject nak buat apa lepas tu? Tunggu orang masuk meminang. Tett.

Kemudian, aku cuba adapt dengan dunia baru. Dunia budak Degree la konon. Masuk UM, banyak jugak benda prtama yang aku buat seumur hidup nih.

1) Performance atas pentas. First sekali masa MHS (Minggu Haluan Siswa). Apresiasi puisi. Takyah ingat la. Malu je..ngahaha. Lepas tu Koir masa Annual Gathering. Gee gee gee gee..baby baby baby..lalalala. Lepas tu aku cuba lari kalau ada kena buat performance apa-apa. Ada lagi. Masa NoGAPS, aku masuk Candle Light Performance dengan Mario. Yang ni takpe..tak nampak muka. :D At the end, I enjoyed myself. =)

2) Sports. Can I call myself as an athlete? Sudda la..jadi simpanan je pun. Ceitt. Next year cuba lagi ya. Seronok jugak main bola tampar ni. :D Kayak, bukan first time tapi dah banyak time. Walaupun air tasik varsiti tu erm..wangi..tapi puas dah aya banyak kali. Hehe. Teringin nak join the club

Erm..lagi. Malas la nak cerita. Tak perlu pun sebenarnya.. Erm. Yang teruk pun ada. Haihh.

Yang paling teruk UM mengajar aku apa itu GAGAL. Haa

.

ALLAH itu Maha Adil dan Mengetahui. Masa lower form aku kat atas, masuk upper form low balik. Masa Asasi atas la jugak. Hampir nak down tapi bole catch up lagi. Masuk degree buat masa ni masih kat bawah. Bukan tak naik tapi BELUM naik. Mana tau masa kerja nanti ke naik balik. Tak mustahil kan? =)

Oyeah..tiga tahun lagi. Yang paling penting terus bertahan, jangan putus asa. Orang kata ibarat perencah dalam kehidupan la.


UM, honestly I still can't fully love you but I like you laa. Hee. :D

Lasty.. GOOD LUCK TO ALL. And maybe my future buddy. Ngegege. CUDIPT!

Sekian. ^^

Tuesday, July 12, 2011

Menu Istimewa Seksyen 2 Shah Alam

Air Bandung RM1.20

Assalamualaikum.

Eh, malasnya nak study! Erm..lapar tak? Tak sarapan lagi pagi ni..huhu

Nampak kan gambar kat atas ni. Haa..itu la AIR BANDUNG special dari Dataran Cendekia Shah Alam. Kat kedai yang belakang Bank Islam tu. RM1.20 je.. Colourful dan sedap! Memang tak hairan la masa nak beli air ni pun kena beratur panjang. Sedap diminum macam tu terus ataupun kasi goncang dulu tapi nanti warna dia dah tak jadi macam tu la. 

Selain daripada ni, aku suka beli air capucino. RM1.40 untuk satu cup. Kat kedai yang ada jual Gelas Besar  a.k.a GB tu . Ahaa..GB, minum ramai-ramai. Best! Biasa air buah la seronok minum dalam GB nih. Pastu mintak air pelik-pelik macam epal cincau, laici+epal tembikai laici..macam-macam la. Tapi harga sama je, RM2. Weee~

 Lagi, malam-malam ada jual kerang bakar! Nyummy~

OK, daripada DC beralih ke Melati plak. Yang paling special mesti la nasi lemak! Yabeda beduu..rindunya nasik lemak mak cik ni. Murah pun murah beb.. Aku dengan rumet aku Tipa, hari-hari makan pun tak jemu. Dah la nasik dia pun banyak..puas hati makan! :D

Lepas ru ada air mangga apa tah nama dia. Lemak manis! Tambah manis kalau abang tu yang buatkan. Ooops :P Tipa yang cakap, bukan aku.

Lepas tu ada wedges yang lagi sedap dari KFC, cayolah cakap den ni haa.. Kedai yang jual nasik kerabu  and bermacam-macam jenis lauk pauk timur tu pun ramai orang, tapi aku tak beli kat situ la.

Hesyy..betul-betul dah trigger conditioned reflex nih. Gastric juice pun dah effect my stomach's mucusal.barrier. (Kena la practice fisio sikit-sikit..next week nak exam dah!)

Cukup la tu kot kat Melati. Kita beralih ke Seksyen 2! Ahah.

Kat Sek.2 macam-macam adaa..murah dan sedap.
Nasi lemak Cinta Rasa Sayang, Nasi Goreng Student a.k.a Nasi Goreng Bajet yang aku tak jumpa kat tempat lain selain kat sini. Special sebab harga dia RM2.50 je dengan daging masak merah + telur mata kerbau. Sup tak payah cakap la, semua menu nasi goreng wajib dihidangkan dengan sup.

Nasi Goreng Student RM2.50

Tu diaa.. tapi ni yang kat gerai no.20 punya. Kat kedai lain, lain la rupa dia. Nampak lebih kurang macam NG USA kan? Ahh..yang penting, perut kenyang, duit jimat. Hehe.

Lepas tu, ni dia. ABC paling sedap di alam semesta~ :D

ABC RM 2.50
Waaa..sedapnyaaaaaa! Ni haa..ABC paling sedap di alam semesta! Nampak tak biskut yang warna hijau tu? Biadanya dia letak biskut yang panjang tu, tapi masa ni dia letak yang petak plak. Dalam dia ada banyak kacang, likee~  Series sedap. Kat tempat lain biasa dia letak susu pekat semata-mata dengan pewarna. Nampak pucat. Tapi yang ni, tengok je pun dah tau sedap!

OK..cukup. Haha. Takkan habis kalau nak cerita. Belum lagi makanan kat Sek.7, kat Fakulti Sains Gunaan. Ouh..roti canai kat FSG sangat sodap...semua memang sodap!!!!

Nak tau sila la cuba. Apa yang penting, penjal makanan ni semua mostly Bumiputera. Orang Melayu kita. Kat UiTM memang sifat keusahawanan ni memang nampak terserlah among the students. Kat kolej Melati sendiri pasar malam setiap Isnin dengan Khamis. Bazar Ramadhan hari-hari. Lepas tu kalau ada event apa-apa kat DC memang akn full dan meriah. Tempat nak habiskan duit yang paling dekat. Tak payah nak pergi jauh-jauh Hee :D .

Dan yang aku suka, kat sini diorang buat macam kat Jepun tu. Jual something, pastu letak kat mana-mana. Then, letak bekas duit kat tepi tanpa ada orang yang tunggu. Air mineral, keropok, nasik lemak pun ada jugak. Kalau haus masa kelas tu keluar je kelas, kat tepi tu ada orang letak air mineral. Letak duit kat dalam bekas, ambik air, chow. Bagus betul.

Jangan tanya lagi kenapa saya sayang UiTM! Ok? =)

Sekian.

Friday, July 8, 2011

See You In Court!

Assalamualaikum.



Pernah pergi mahkamah tak? Ala..court tu mahkamah la, bukan gelanggang main badminton tu.

Kalau nak rasa pergi la sekali. Banyak lawyer hensem. Haha. Ok, thats not the point. :P
Yang penting dalam masa terdekat ni korang takkan pernah terfikir kan nak singgah kat tempat ni. But trust me one day later we are going to be judge. Really..but not by human. By the Almighty God. =)

Masa cuti lepas asasi tu dalam sejarah hidup aku yang tak sampi lagi dua abad ni telah menjejakkan kaki ke beberapa bangunan mahkamah kat area KL dan Selangor. Atas urusan memfailkan surat bantahan kepada JPA kerana tak bagi student kawen masa tengah study. Tetttt. 

Haha. Mula-mula pergi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. 

.
Tu dia. Besar kot tempat ni. Masa masuk tu pergh..ingatkan masuk hotel 6 star. Haha.
Tengok orang datang pakai smart jeh. Aku je yang nampak selekeh. Ngehehe. Nampak benor budak tak matang lagi :P

Cuak. Siyesly. Tengok semua orang dalam tu jalan cepat-cepat pegang beg dengan fail. Pastu cakap-cakap soksek. Muka serius je. Pastu pergi la kat ruang pertanyaan. Pastu makcik tu suruh aku naik atas, pakai lif. Sekali lagi aku dikelilingi orang-orang yang cakap entah pasal apa kat dalam lif tu. Aku yang jakun ni pun mata pandang sana sini. tengok dunia Tapi control ayu. Hehe, Kot-kot ada peguam hensem tanya jalan ke. Ahaks.

Lepas keluar dari lif tu aku jalan ikut arahan makcik tu. Pastu masuk satu pintu ni. Lalu kat bilik perbicaraan. Oh...dalam ni la kot yang diorang sibuk cakap ''saya bantah Yang Arif'' tu. Melopong lagi mulut. Last sekali urusan aku tak boleh disettlekan kat situ. Aku pon balik. 

Next, Mahkamah Syariah KL. Dekat dengan stesen KTM lama. 


Yang ni agak usang kalau masuk. Dari luar pun nampak usang dah pun. Kat bawah tu ada polis jaga. Abang polis tu suruh aku naik kat ofis kat atas,. Mekasih abang polis ;)

Kat sini tak cantik macam mahkamah kat KL tu. Mahkamah syariah, bukan setakat hal-hal nikah, kahwin, cerai tapi urusan harta pusaka dan sebagainya, Sunyi je kat sini. Scary jugak la.. Tapi masuk kat ofis dia ramai  je orang. 

Sekali lagi salah tempat. OK, takpe. Pergi Mahkamah Syariah Kajang pulak. Kali ni aku takut nak pergi seorang. Ajak la kawan kesayangan aku si Fatin tu. Naik bas..jalan-jalan tanya orang cemana nak pi sana. 

Akhirnya selamat sampai. Macam pengembara plak rasa. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan, ni la tempat yang sebetulnya yang aku kena pergi. Tapi tak bawak pulak dokumen yang diperlukan tu. Nak failkan kes pun kena bayar, duit pun tak bawak. muahaha. Balik lagi. Before balik tu jenjalan dulu kat Metro Kajang. Ngeee.

Lepas tu aku pegi sana sorang la. Dah settle failkan kes sume, tunggu tarikh perbicaraan plak. Lup dup la aku~ Akak tu kata nanti kena bawak ayah jadi saksi. Jeng3~

Banyak kali jugak la aku ulang-alik pergi Kajang. Alang-alang SATE KAJANG sekali la derr. :D

Ni ha..pergi sana baru nampak dunia luar. Macam mana laki bini gaduh depan orang. Masa tu sebelah aku ade sepasang yang masih suami isteri. Dengan anak sorang and mak perempuan tu. Laki bini gaduh cakap aku kau. Mak perempuan tu pun temankan la si anak. Anak kecik dia nangis. Muka diorang muda lagi kot. Tak sampai 30. Aku terdengar la diorang cakap-cakap. Sape suruh cakap kuat, kan aku dah dengar. Alkisahnya si suami tu tak balik rumah lama gilak. Pastu kiranya si isteri mintak fasakh la. Dah nafkah pun tak kasi. Derr.

Hari yang aku kena bicara tu, aku masuk la dalam bilik perbicaraan tu. Ada hakim. Orang ramai kat dala tu tengah tunggu giliran diorang macam aku.

Yang nak bercerai duduk jauh. Yang nak rujuk kali ke berapa tah duduk dekat-dekat. Senyum je aku tengok.
Hakim akan soal semua benda detail gila. termasuk ''Bila kali terakhir anda bersama dengan si suami?''. So korang, please la..nanti dah kahwin jangan gaduh-gaduh ok. Bawak berbincang kalau ada masalah. Malu la nanti semua hal rumah tangga orang tau. 

Dan yang paling tak boleh lupa. Ada seoang makcik ni. Dia nak tuntut balik anak dia yang sekarang ni ada dengan suami. Si suami pulak tak bagi kerjasama, dah kena panggil banyak kali turun mahkamah tapi tak turun. Hati seoang ibu, sanggup membantah hakim sampai dia kena halau keluar mahkamah tu.  Jadi kecoh sekejap sebab hakim naik marah bila makcik tu jerit kat dia. Tertangguh suda ...dah la lepas tu giliran aku. Huk3. Tak pasal-pasal makcik tu dapa surat menderhaka kepada mahkamah, kalau disabitkan kesalahan kena penjara or bayar denda, Kesiannn :'( Dia cuma nak anak dia je. Tapi tu la, siapa suruh jerit kat hakim. T__T



Tiba giliran aku. Menghadap hakim. Disoal-itu dan ini. Kadang-kadang dia pandang dengan mata tajam macam nak tengok aku cakap betul ke tak. Derr..cuakkk. Abah plak kena duduk kat kandang saksi. Kena angkat sumpah derr. Macam orang buat salah pulak. Sesungguhnya kami tidak membuat apa-apa lesalahan. Hnya ingin membuat tuntutan. Uhuk3. Tak sangka panjang prosedur dia sampai kena angkat sumpah segala. 

Alhamdulillah. Akhirnya selesai. Selesai kat situ je la. Lepas dapat apa yang aku tuntut kena pergia urursan lain kat tempat lain plak. Hurm..

Mahkamah. Tak sangka aku kena jejakkan kaki kat situ. Memang banyak pengalaman yang aku dapat. Belajar susah senang hidup. Belajar daripada pengalaman orang lain jugak. 

Korang bila lagi nak masuk court? Ngahaha.. :P

Pesanan. Kita semua tidak akan terlepas dari Hari Hisab kelak. INGAT TU. Jadi nak buat apa-apa fikir masak-masak dulu ye. Sedangakn yang batin pun tidak akan terlepas dari pandanganNya.

Sekian. 


Thursday, July 7, 2011

Wordless Wednesday (Yesterday)

As long as I can see your smile, I smile by heart~
=)
Picture taken one week ago at Taman Tasik Titiwangsa.

Wednesday, July 6, 2011

Bila Terasa Rindu




Assalamualaikum.

What a good day..

But I feel very lonely..duduk rumah sorang-sorang bila Tasya pergi sekolah.

Tadi masa kemas rumah, tiba-tiba rasa sayu. Terpandang gambar arwah mak dengan abah. Gambar masa mak dengan abah pergi Putrajaya. Masa tu arwah mak dah sakit. Dalam gambar tu memang nampak kerutan muka arwah tahan sakit.

Aku ambik frame gambar tu, aku lap..aku gosok-gosok gambar arwah mak. Tak dapat ditahan, air mata ni mengalir laju je...

Lagu ni..dulu dengar macam tu je tapi sekarang..lagu ni betul-betul bermakna..

Aku terfikir, kalau la arwah ada sekarang ni mesti aku tak sunyi macam ni. Kan?

Kadang-kadang hidup terasa sukar tanpa mak. Tapi kakak kuatkan semangat.

Mak...I miss you so so so much!
Kakak harap mak baik-baik je kat sana.

Ya Tuhan, aku tak berdaya menolak ketentuanMu..
Aku pohon kau kuatkanlah kami sekeluarga menghadapi kehilangan insan yang amat bermakna dalam hidup kami...
Kau peliharalah dia di alam sana..ampuni dosanya..
Tempatkanlah emak dalam kalangan orang yang beriman..
Aku ingin bertemu dengan mak ya Allah..
Amin...






Bila Kukenang

Assalamualaikum.

What a good day. =)

But I feel very lonely..duduk rumah sorang-sorang bila Tasya pergi sekolah.

Tadi masa kemas rumah, tiba-tiba rasa sayu. Terpandang gambar arwah mak dengan abah. Gambar masa mak dengan abah pergi Putrajaya. Masa tu arwah mak dah sakit. Dalam gambar tu memang nampak kerutan muka arwah tahan sakit.

Aku ambik frame gambar tu, aku lap..aku gosok-gosok gambar arwah mak. Tak dapat ditahan, air mata ni mengalir laju je...

Aku terfikir, kalau la arwah ada sekarang ni mesti aku tak sunyi macam ni. Kan?

Mak...I miss you so so so much!
Kakak harap mak baik-baik je kat sana.

Ya Tuhan, aku tak berdaya menolak ketentuanMu..
Aku pohon kau kuatkanlah kami sekeluarga menghadapi kehilangan insan yang amat  bermakna dalam hidup kami...
Kau peliharalah dia di alam sana..
Tempatkanlah emak dalam kalangan orang yang beriman..

Bola Lalalala

Assalamualaikum.

(Tengah baca fisio tapi tangan gatal plak. Ish3..)

Aumm..ini dia Harimau Malaya!

Team Harimau Malaya..ada lagi player lain sebenarnya.
Depends kat Rajagopal la nak turunkan yang mana..hihi

Eeeyahh!

Jersi yang ni dikatakan bawak tuah sebab bila diorang pakai baju kuning tu tak pernah menang.haha




Bola. Sinonim dengan lelaki tapi apa masalahnya kalau perempuan pun minat bola. Sekadar tengok orang main bola..syok ape~ Ada orang penah cakap kat aku, perempuan zaman sekarang ni pelik sebab suka bola. Derr..

Yezza. Daku mula berkecimpung dalam bidang menonton perlawanan bola sepak ni sejak Piala Dunia tahun bila tah..alaaa, yang masa Brazil menang tu. Ada Ronaldo, Ronaldinho, Roberto Carlos.. Perghh..masa tu la aku mula minat tengok bola. Tengok je la, main tak reti. Tapi masa kecik-kecik main jugak..sepak-sepak gitu je la..hehe

Al-kisahnya, lepas tu aku secara tak sengaja terfollow plak bola sepak tempatan. Masa zaman si kembar pujaan ramai wanita tu mula nak naik. Masa tu diorang baru umur 18 nak masuk 19. Ahaa..muda lagi. Diorang under Skuad Kebangsaan Bawah 20 Tahun.

Masa tu fanatik gila dengansi kembar. Segala majalah yang ada gambar diorang, surat khabar aku kumpul, gunting and tampal kat satu buku. Siap ada dialog yang aku buat sendiri. Haha. Kalau diorang masuk tv emak atau abah akan panggil aku dan aku akn lari keluar dari bilik atau dapur untuk tengok wajah-wajah kesayangan aku tu. Kalau ada match yang ada diorang aku akan follow. Heh.

Dan setelah aku tau diorang player untuk Negeri Sembilan, aku pun terus sokong Negeri Sembilan. Zaman kemuncak diorang masa team N9 dapat kalahkan Kelantan. Pergh...puas hati! Haha.

FYI, kalau yang tak tau nama si kembar ni Muhammad Aidil Zafuan Abdul Razak and Muhammad Zaquan Adha Abdul Razak. Lahir tanggal 3 Ogos. Orang Negeri Sembilan. Aidil abang and Zaquan adik. Yang adik ada tahi lalat kat muka. Hee :D Biasanya Aidil defence, Zaquan attack. Mantap la diorang ni.

Satu hari gosip menular. Si Aildil rapat dengan Rita. Dan lepas tu dia kahwin pulak dengan Rita Rudaini. Alamak aih...melepas. Tapi takpe, adik dia ada lagi..Ngeee... Zaquan lagi sweet dari abang dia.

Aku pun terus sokong diorang tanpa berbelah bagi. Walaupun prestasi Negeri Sembilan kejap naik kejap turun sampai sekarang tak naik-naik..aku still sokong diorang sampai la....Zaquan pun kahwin!!! Uwaaaaaaa..dia kahwin dengan Ayu Raudhah. Sobsss.. Sedeyyyy~

Arghh..jelesh2! Tapi apapun semoga diorang bahagia..peace~
And Zaquan pun dah lama tak dapat main sebab injury kat lutut. Dah lama kot dia injured. Sobss. Lepas dia kahwin aku terus tak sokong N9. Tapi skuad kebangsaan kena sokong beb! Diorang pun dah umur dua puluh lebih.

Baru-baru ni tengok perlawanan Malaysia lawan Taiwan. Masa main kat Malaysia diorang menang! Aidil kasi satu gol. Masa kat Taiwan diorang kalah tapi still dapat dua gol. Hehe. Cayalah.

Komen sikit masa last match dengan Taiwan tu, Malaysia banyak bukak ruang kat bahagian pertahanan. Player Taiwan senang je bolos. Masa dirst half, Malaysia banyak bagi can kat Taiwan. Midfield tak mantap langsung. Lepas tu selalu leka. Masa leka tu Taiwan amek kesempatan la..apa lagi. Tu yang sampai penalti tiga kali tuh.Kelam kabut..Adoi. Apapun, Harimau Malaya..teruskan dan tingkatkan prestasi!!!

Excited tengok bola sampai Tasya pun bagi tau abah ''kakak lompat-lompat tadi''..haishh..diam-diam suda..bese la tu.hee :D

psss..Teringin nak tengok bola live kat stadium!

Sekian.

Sunday, July 3, 2011

Bangun..

Assalamualaikum.

Peace..
Dua mingu tak bukak nota.
Sekarang nak bukak balik.
Tetiba rasa sedih.
Apa ni?
Apa yang aku buat ni?
Nape?
Penuh persoalan?
Mana pergi semangat?
Mana pergi Mimi yangdulu..
Terus bangun kalau jatuh..
Tak pernah putus asa..
Memandang kegagalan sebagai cabaran..
Terus berlari tanpa menyesali...
Tak pandang belakang untuk mengungkiti..
Walau diuji tanpa henti..

Ku soroti sejarah hidup..
bukan tak pernah diuji dengan kegagalan..
acap kali..
namun aku nekad..
menjadikan kegagalan itu satu batu loncatan..
dan akhirnya aku bisa bangun semula..
menebus kembali..
mempelajari kesilapan agar tak diulangi..
tapi kali ni......


Ya Tuhan..berikan ku kekuatan..
semangat..
jalan..
supaya aku dapat terus berdiri..
berlari..
meniti duri..
lindungiku dari putus asa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...