Sunday, June 26, 2011

Saya Nak Resign

Assalamualaikum.

Hari ni hari Isnin, so dah satu..dua tiga...lima hari aku kerja. Masuk hari ni enam.la.

Aik, takkan baru enam hari kerja tak kan dah nak berhenti?


     Erm..nak buat macam mana, I love my Tasya more than I love this job. Mana tak nya, kalau kerja  petang masuk pukul 4 sampai 10. Dia balik sekolah nak ikut aku pergi klinik. Nanti abah balik ambik dia pukul lima lebih camtu. Lepas tu Sabtu lepas dia menangis kat bilik air. Bila tanya kenapa, dia cakap nak ikut kakak. Maka dia pun ikutlah aku kat klinik dari pukul 8 sampai la pukul 5. Anak doktor ada tak pe la, boleh buat kawan. Main game kat iPhone sama-sama. iPhone sehhh.

     Kesian pulak kat adik kesayanganku itu. Semalam abah cakap dia nangis masa abah cakap aku kerja pagi. Maknanya dia kena duduk rumah pengasuh. Tak tau la kenapa dia taknak duduk sana. Sebelum ni masa aku ada kat UM ok je. Kot.. Perasaan budak-budak, sukar nak selami. Tambah-tambah lagi yang susah nak bukak mulut macam Tasya. Macam kakak dia masa kecik. Sebijik. Sekarang tidak lagi. Hehe.

     Niat aku nak kerja bukan apa, aku nak kena gerak sana-sini pergi UM banyak kali tapi duit dah kering. Takkan la nak mintak kat abah. Huhu. JPA tak tau masuk bila tah. Adoi. Lagipun cuti panjang kan, ingat nak kerja la sampai bulan sembilan ke. Masalahnya, assignment nak kena hantar Rabu ni yang oii..tak siap-siap lagi ni! Uwaaa.. Ingat nak siapkan pagi ni tapi tak terdaya la. Macam banyak je lagi. Maklumat semua dah ada cuma nak susun, taip-taip..pening. Huu~ Phisio pun tak terbaca.

Nak pergi kerja pun tak senang mengingatkan kerja tak siap lagi.
Kalau nak mintak berhenti hari ni boleh tak. Hari ni last kerja.
Takpe la, nanti oyak kat Kak Shida molek-molek. Mugo-mugo dio pehe. Amin..

Sekian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...