Saturday, June 25, 2011

Denggi O.o

Assalamualaikum.

No Aedes No Dengue. Terngiang-ngiang lagu Kempen Cegah Denggi tu.

No aedes no dengue!


Tadi dapat khabar kawan masa Asasi dulu, si Jijan kena denggi.  Oh no, dengue!!
Tapi dia dah sihat dah. Alhamdulillah.

Teringat masa darjah 6 dulu. Aku pun pernah kena denggi. Huhu.
Masa tu tengah tidur pastu rasa sejuk yang tak pernah aku rasa. Sejuk lain macam. Meringkuk kalah ulat gonggok. Selimut tak cukup ambil tuala. Mula-mula ingat demam biasa tapi dah berapa hari tak kebah-kebah jugak demam.

Pergi klinik doktor ambik darah. Esoknya klinik call suruh pergi hospital sebab dah sah aku kena denggi.
Pergi hospital HKL. Lepas tu naik ambulans tolak kat bahagian Paediatrik. Hehehe. Masa tu kan kanak-kanak lagi. :D Masa nak naik ambulans tu naik wheelchair. Memang tak larat nak bangun.

Mula-mula tu nak cucuk tangan untuk ambik darah dengan masukkan air. Branula kot nama benda tuh.. Memang tak tahan sakitnya. Dah la doktor praktikal, dia salah masuk. Lepas tu cabut balik. Masa tu arwah mak ada kat sebelah. Menangis-nangis aku masa tu. Sakit woo..tambah-tambah masa kena cabut balik..uwaaaaaa~

Lepas tu masuk wad. Arwah mak teman beberapa hari tidur kat sana. Best jugak la..makanan best la jugak. Biasa orang kata makanan hospital tak sedap tapi aku makan je kot. Free.

Dokotor pesan, kalau nak buang air kecil kena sukat. Malu nak cerita tapi pengalaman manis tu. Ngee.
Kena buang sukat lepas tu bagi tau nurse berapa mililiter buang air . Huuu. Apa motif tah?

Sekali tu aku buang air besar. Lepas tu doktor datang buat check up. Dia tanya ada buang air besar tak. Aku tanya..''Doktor, buang air besar pun kena sukat ke?'' Tettttttttttttt. Hahahaha. Yang tu tak boleh blah. Masa tu saya kanak-kanak lagi eh, boleh dimaafkan. Takkan la nak sukat kot..eeeeeeuuwww~

Doktor kata kalau nak cepat baik kena minum air banyak-banyak. Aku punya semangat. Dalam masa sejam nak habiskan air botol besar. Jadi, aku makan keropok Twisties yang warna oren. Perisa apa tah. Sampai sekarang tak pernah jumpa dah keropok Twisties warna oren. Kalau kari warna coklat, tomato purple.
Keropok tu pedas gila. Bila pedas aku pun minum la air banyak.

Pastu kena makan makanan yang boleh tambah darah. Hati lembu aku tak makan. Pastu jiran aku masakkan kerang, my favourite. Weee~ Syoknya..

Pastu orang yang datang melawat mesti selit-selit duit. Ngeee..tak mintak pun, orang yang bagi. :D

Sampai la sihat..masa nak balik tu nurse cabut branula dari tangan. Ngiluu..huhu. Darah la sikit.
Berapa lama tah tak pergi sekolah. Sobs~

Tu je la kenangan aku kena denggi. Tak tau dari mana aedes tu datang, rumah ke sekolah tah. Cikgu ada tanya takut kat sekolah ada sarang pembiakan denggi. Kat rumah pun maybe jugak. Entah la, lupa pulak nak tanya aedes tu dia lahir kat mana. Hihi.

Bersyukurlah aku tak kena denggi berdarah. Tapi orang kata kalau dah kena sekali, then kena lai ada probability nak kena denggi berdarah pulak. Nauzubillah. Mintak dijauhkan. Cukuplah sekali.

So, jaga lah lebersihan kawasan persekitaran anda. Lakukan gotong-royong di rumah setiap minggu yea.

Sekian ^^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...