Sunday, June 26, 2011

Siapa Cakap Jadi Surirumah Ni Senang? [Part 2]

Assalamualaikum.



Seriously. I'm taking the risk,challenge myself to see how far I can go. Being a student + worker + unofficial housewife at a time. And today I decided to resigned. LOL!

Seems like I can't go on. I thought I can do my assignment or study the Physiology stuff after I came back from the clinic.But I end up by the books covering my face with the laptop still on. Thank God that my assignment still there because I haven't save them yet before I accidentally fall asleep. Until today, I have one day and a half to finished it.

I had make a timetable to manage the time but its excluded working time. So, I can't stick on the schedule.
Its not easy. When you go home, still need to study. And tomorrow morning you have to rush  to do everything and send your child to school, cook, sapu sampah and so on.

Penat.

Tapi yang paling penat mesti la abah. Balik kerja dia yang masak kalau aku tak ada. Lipat baju, susun, kemas rumah..

Memang tabik springgggg la kat orang yang ada family, ada anak kecik, bekerja tapi still boleh sambung study. Tapi anak-anak dengan family dia still terjaga. Tak terbiar. Wah! :O

Bukan nak merunut ke apa. Sendiri yang carik pasal kan. Orang lain cuti seronok-seronok, ang kena mengadap buku lagi. HAHA.

Takpe..cabaran ni. Orang lain tak pernah rasa. Pengalaman ni yang mematangkan kita. Menjadikan kita lebih dewasa. Menjadikan kita lebih tabah. Lepas ni belajar lagi teknik menjadi suri rumah yang baik ea.

Chaiyok MIMI! :D

Saya Nak Resign

Assalamualaikum.

Hari ni hari Isnin, so dah satu..dua tiga...lima hari aku kerja. Masuk hari ni enam.la.

Aik, takkan baru enam hari kerja tak kan dah nak berhenti?


     Erm..nak buat macam mana, I love my Tasya more than I love this job. Mana tak nya, kalau kerja  petang masuk pukul 4 sampai 10. Dia balik sekolah nak ikut aku pergi klinik. Nanti abah balik ambik dia pukul lima lebih camtu. Lepas tu Sabtu lepas dia menangis kat bilik air. Bila tanya kenapa, dia cakap nak ikut kakak. Maka dia pun ikutlah aku kat klinik dari pukul 8 sampai la pukul 5. Anak doktor ada tak pe la, boleh buat kawan. Main game kat iPhone sama-sama. iPhone sehhh.

     Kesian pulak kat adik kesayanganku itu. Semalam abah cakap dia nangis masa abah cakap aku kerja pagi. Maknanya dia kena duduk rumah pengasuh. Tak tau la kenapa dia taknak duduk sana. Sebelum ni masa aku ada kat UM ok je. Kot.. Perasaan budak-budak, sukar nak selami. Tambah-tambah lagi yang susah nak bukak mulut macam Tasya. Macam kakak dia masa kecik. Sebijik. Sekarang tidak lagi. Hehe.

     Niat aku nak kerja bukan apa, aku nak kena gerak sana-sini pergi UM banyak kali tapi duit dah kering. Takkan la nak mintak kat abah. Huhu. JPA tak tau masuk bila tah. Adoi. Lagipun cuti panjang kan, ingat nak kerja la sampai bulan sembilan ke. Masalahnya, assignment nak kena hantar Rabu ni yang oii..tak siap-siap lagi ni! Uwaaa.. Ingat nak siapkan pagi ni tapi tak terdaya la. Macam banyak je lagi. Maklumat semua dah ada cuma nak susun, taip-taip..pening. Huu~ Phisio pun tak terbaca.

Nak pergi kerja pun tak senang mengingatkan kerja tak siap lagi.
Kalau nak mintak berhenti hari ni boleh tak. Hari ni last kerja.
Takpe la, nanti oyak kat Kak Shida molek-molek. Mugo-mugo dio pehe. Amin..

Sekian.

Saturday, June 25, 2011

Denggi O.o

Assalamualaikum.

No Aedes No Dengue. Terngiang-ngiang lagu Kempen Cegah Denggi tu.

No aedes no dengue!


Tadi dapat khabar kawan masa Asasi dulu, si Jijan kena denggi.  Oh no, dengue!!
Tapi dia dah sihat dah. Alhamdulillah.

Teringat masa darjah 6 dulu. Aku pun pernah kena denggi. Huhu.
Masa tu tengah tidur pastu rasa sejuk yang tak pernah aku rasa. Sejuk lain macam. Meringkuk kalah ulat gonggok. Selimut tak cukup ambil tuala. Mula-mula ingat demam biasa tapi dah berapa hari tak kebah-kebah jugak demam.

Pergi klinik doktor ambik darah. Esoknya klinik call suruh pergi hospital sebab dah sah aku kena denggi.
Pergi hospital HKL. Lepas tu naik ambulans tolak kat bahagian Paediatrik. Hehehe. Masa tu kan kanak-kanak lagi. :D Masa nak naik ambulans tu naik wheelchair. Memang tak larat nak bangun.

Mula-mula tu nak cucuk tangan untuk ambik darah dengan masukkan air. Branula kot nama benda tuh.. Memang tak tahan sakitnya. Dah la doktor praktikal, dia salah masuk. Lepas tu cabut balik. Masa tu arwah mak ada kat sebelah. Menangis-nangis aku masa tu. Sakit woo..tambah-tambah masa kena cabut balik..uwaaaaaa~

Lepas tu masuk wad. Arwah mak teman beberapa hari tidur kat sana. Best jugak la..makanan best la jugak. Biasa orang kata makanan hospital tak sedap tapi aku makan je kot. Free.

Dokotor pesan, kalau nak buang air kecil kena sukat. Malu nak cerita tapi pengalaman manis tu. Ngee.
Kena buang sukat lepas tu bagi tau nurse berapa mililiter buang air . Huuu. Apa motif tah?

Sekali tu aku buang air besar. Lepas tu doktor datang buat check up. Dia tanya ada buang air besar tak. Aku tanya..''Doktor, buang air besar pun kena sukat ke?'' Tettttttttttttt. Hahahaha. Yang tu tak boleh blah. Masa tu saya kanak-kanak lagi eh, boleh dimaafkan. Takkan la nak sukat kot..eeeeeeuuwww~

Doktor kata kalau nak cepat baik kena minum air banyak-banyak. Aku punya semangat. Dalam masa sejam nak habiskan air botol besar. Jadi, aku makan keropok Twisties yang warna oren. Perisa apa tah. Sampai sekarang tak pernah jumpa dah keropok Twisties warna oren. Kalau kari warna coklat, tomato purple.
Keropok tu pedas gila. Bila pedas aku pun minum la air banyak.

Pastu kena makan makanan yang boleh tambah darah. Hati lembu aku tak makan. Pastu jiran aku masakkan kerang, my favourite. Weee~ Syoknya..

Pastu orang yang datang melawat mesti selit-selit duit. Ngeee..tak mintak pun, orang yang bagi. :D

Sampai la sihat..masa nak balik tu nurse cabut branula dari tangan. Ngiluu..huhu. Darah la sikit.
Berapa lama tah tak pergi sekolah. Sobs~

Tu je la kenangan aku kena denggi. Tak tau dari mana aedes tu datang, rumah ke sekolah tah. Cikgu ada tanya takut kat sekolah ada sarang pembiakan denggi. Kat rumah pun maybe jugak. Entah la, lupa pulak nak tanya aedes tu dia lahir kat mana. Hihi.

Bersyukurlah aku tak kena denggi berdarah. Tapi orang kata kalau dah kena sekali, then kena lai ada probability nak kena denggi berdarah pulak. Nauzubillah. Mintak dijauhkan. Cukuplah sekali.

So, jaga lah lebersihan kawasan persekitaran anda. Lakukan gotong-royong di rumah setiap minggu yea.

Sekian ^^

Friday, June 24, 2011

Gelombang

Assalamualaikum.

Aha..asal nak buat assignment, tapi tangan gatal nak update blog. Huhu.
OK, promise, pasni sambung buat assignment. (n_n)v

GELOMBANG. Pernah rasa tak? Semua orang mesti pernah rasa. Hehe.

Gelombang~~~


Contohnya:

1) Semalam tiba-tiba teringat kat sorang kawan lama ni, tiba-tiba hati ni dia mesej.

2) Baru je minggu lepas mimpi kan orang tu, tetiba hari ni jumpa dia. Dia cakap dia nak call kita minggu lepas tapi tak jadi.

3) Seorang ibu mesti dapat rasa perubahan anak dia. Sebab tu anak susah nak tipu mak.

4) Seorang ibu juga dapat merasakan sesuatu yang tak kena jika ada kesusahan yang jadi kat anak dia, ataupun anak dia sedang ditimpa kesusahan.

5) Pasangan kembar pun dapat rasa apa yang kembar dia rasa. Kadang-kadang, kalau kembar dia sakit dia pun rasa tak sihat jugak walaupun diorang duduk berjauhan.

6) Pasangan suami isteri pun lebih kurang..


7) Kalau kita rindu  kat seseorang, mesti kita teringat kat dia. Dia pun mungkin akan ingat kat kita. :D


So, dapat tak klu sikit-sikit pasal gelombang ni? Macam ni...menurut DR HM TUAH ISKANDAR dalam novel dia yang bertajuk AKU DIHATIMU. Dalam novel tu dia cakap, bila kita teringat kat seseorang kita akan hantar gelombang kat orang tu dan orang tu akan ingat kat kita balik.

Tu la kadang-kadang selalu dengar dialog ''eh, baru je ingat kat ko semalam..tetiba ko call aku.'' dan yang sewaktu dengannya.

Jadi, kalau kita nak orang ingat kat kita..ingat la orang tu selalu. ^^ hehe

TAPI..mungkin jugak gelombang yang kita produce tu tak sampai kat orang yang kita fikirkan Sebabnya, gelombang tu lemah dan bersimpang siur dengan gelombang-gelombang lain yang sedang ke udara.

Awak..hari-hari saya ingat kat awak..harap-harap awak ingat kat saya jugak eh. Tettt. (Pesanan Penaja)


Selain itu, sebagai hamba Allah yang baik..kita kena selalu ingat padaNya supaya dia akan ingat kita juga. 
Yang tu paling penting. Jangan sampai ingatan kita pada manusia-manusia lain melebihi ingatan kita padaNya. InsyaAllah.

Sekian.

Monday, June 20, 2011

[TGB]: Five-Ten

Five Ten


Masa nak pegi Pengkalan Balak. Nama tmpt tu Pengkalan Balak kn? Err

Muna punye keje



     Al-kisah..tersebutlah al kisah di sebuah kota yang ternama dan masyhur, kota MRSM Tun Ghafar Baba. Dalam salah satu kerajaan yang pada mulanya terletak di kawasan baru yang berwarna purple,berhadapan dengan padang dan kemudiannya berpindah penempatan ke kawasan terpencil..tempat jin bertandang orang kata. Dekat dengan blok budak laki. Haha.

     Rakyatnya yang masih muda dan bijaksana telah diperintah oleh ketua darjah yang bernama Shahid. Shahid, wajahnya manis. :P Presiden kelas masa Form 5. Masa form 4 tak ingat la..dia jugak eh? Dulu alah dengan kamera, mesti dia lari nyorok. Ada sekali tu aku dah terlukakan hati dia. Pada suatu malam prep yan nyaman, entah apa tah yang jadi masa tu tapi aku ingat aku cakap camni, ‘’alaaa..campak dia kat luar , orang tak nampak punye..’’ Erk..merajuk kot presiden kelas aku sorang ni..alamak aiiii.. Jenuh nak pujuk. Aku beli cekelat Crispy yang besar tu bagi kat dia. Tak penah kot seumur hidup aku masa tu bagi cekelat kat orang. Ko patut berbangga Shahid. Muahaha. Sekarang tak tau la dia stdy katne..ktne eh?

buO~


Bushro..penolong presiden..merangkap orang yang buat kerja presiden masa presiden ‘MC’. Badar, PKBM, Kelab Robotik, Taekwando..ape lagi..memang aktif gler ah kawan aku sorang ni. Tabik spring! Seronok borak-borak dengan dia. Mata dia sepet sikit.. Petang-petang aku rajin gak jalan dengan dia, round2 blok. Buoo…sayang awak….. huu. Sekarang dia amek engine kat UTM. Fuiyoo~

Muna Aqilah. Orangnya cenonet je..hik3. Muna bendahari..garang. Tambah lagi kat geng2 liat nak bayaq..hari tu jumpa Muna kat USM. Muna main futsal sehhh.. :D Muna ni dulu JPA, errr..haa, JPA, betul la.. sekarang Muna kat CUCMS. Course sama dengan aku, Farmasi. Muna, jumpa next NPSC eh! :D


Kawan baik Muna, Afiqah a.k.a Afiq. Afiq!! I lap u.. :D do u remember me? Haaa..Afiq ni comey sebenarnya budak nye..walaupun nampak ala-ala otai, tapi  kiut kot..tambah-tambah kalau dia amek gambar sendiri..haha. Afiq…ingat tak masa kita study Sejarah sama-sama dulu. Sampai petang kita stay kat kelas. Kalau bosan duduk dalam kita duduk kat bangku luar tu. Habis buku Sejarah tu kita khatam. Nak lawan si Nasyar yang masa tu dah khatam 2-3 kali..kakaka. Afiq kat UPM, bakal dotor….haiwan. :D Cayalah Afiq! 

Haa..Nasyar. Oii..apecer? Ko kat Sabah ke Sarawak eh?  Tak ingat. Yang ingat last sekali dia bagi tau dia amek Medic.  Nasyar si budak rajin. Antara budak lelaki dalam kelas yang boleh diharap. Kot…yeke? Haha. Yang aku ingat, dia ni pun sama macam Buoo..budak robot..huhu.  

Cikin. Ni lagi sorang budak robor. Merangkap Koopers. Oi mak cik Ckin.. Dia suka cerita kat aku. Kalau Bio tu maleh nak baca suruh dia cerita. Ingat lai masa Form 4, sampai kat depan toilet dia bawak buku nak cerita kat aku pasal Bio. Muahaha. Dalam kelas Bio dia yang kena serang dengan cikgu Siti sebab ngantuk..kikiki. Ckin…miss u. J Sekarang kat Mesir, tak ingat U mane..bakal doktor…gigi :D

Fariza Hani. Tablemate aku masa Form 4. Gila-gila sikit dia nih. Dia geng aku la kira, budak gogo.. (panggilan utk budak yang sekolah biasa/bukan MRSM masa lower form). Geng dia..Tikah. Kecik ila budak ni. Tapi pandai kot..masa Form 5 dia amek RC-Reka Cipta..Sorang lagi  Eca. Eca diam sikit kot antara geng diorang ni..hari tu, jumpa Eca kat PWTC masa pesta buku. Alhamdulillah. Sejuk je mata tengok. Hehe. Geng diorang ni la yang meriahkan kelas..haha. Fariza preparation kat KYT kot kalau tak silap. Tikah tak sure..Eca hari tu kat INTEC..ke GMI tah.. sori..tak ingat. Huhu.

Hanafi. Si kurus tinggi. Selalu pakai songkok kalau pegi kelas. Senyap juak masa mula-mula. Tapi lama-lama bising gak..haha. Ni stok-stok yang rajin gi surau la..kan kan? Sekarang ni engine kat UiTM. Dia pun Asasi kat UiTM gak. Masa kat sana pernah nampak dia. Ada sekali tu nampak kat DC. Segan la nak tegur..hee. Go go Hanafi, usaha taqwa mulia.

Rozaini. Wah..bakal cikgu! Sedihnya tak dapat join jadi cikgu..sobss. Pendiam sikit orangnya. Boleh diharap sikit laa. Ni pun stok-stok budak rajin gi surau gak.. (kot…)

Armira. Kelas ni memang banyak budak-budak yang comel, kecik..mini. Kikiki. Dia ni BWP..dah la BWP, pandai plak tu.. Nampak je kecik, tapi kadang-kadang garang. Ar, thanks..banyak tolong ajar selama ni. Kalau dia berdiri dengan barisan BWP lain, kecik je dia terselit kat tengah tu..hihi. Sekarang kat Australia.

Imad. Selagi benadi bernyedut. Kakakaka. Aku tak leh lupa yang tu. Sori Mad..kalau before ni terlebih gurau ke. Huhu.. Tapi at least ko tak pernah merajuk macam Shahid. Hee.. Sekarang ko katne tah?

Jijan. Azizan..jejaka macho..errrr..tak pun. Muahaha. Jarang aku cakap dengan dia. Takpe la..tapi aku ingat kau lagi, kira ok la kan. Yang aku tau ko kat Mesir kot..study ape tak tau laa..huhu. Dulu ada add kat FB, tapi sekarang tak penah nampak pun? Ke manakah?

Atiqah..garang! Tiqah!! Garan lagi tak sekarang? Ngeee~ Ingat lai kalau time dia marah Yop dulu..kakaka. Seronok tengok.. Tiqah, sangat teliti orangnya kalau buat kerja. Kalau nak padam tu padam sampai bersih. Kerja kemas. Like~ Dental kan? Kat Mesir..kalau tak silap

Sherina Nur Rasyiqah. Haaa..panjang kan nama dia. Pangil Shiqa je..atau Sherina. Rajin..berprinsip. Shiqa..rindunya nak ketawa, nangis sama-sama macam dulu. Huu..


Asmira. As…kawan yang paling caring! Sampai la sekarang. Thanks As.. Dia la yan paling banyak share suka duka dengan aku. Manja..anak bongsu laa katakan. Hehe. Apa yang pasti, aku susah nak terima apa yang orang-orang tersebut dah buat kat dia. Tak baik tau aniaya orang. Harapnya, orang-orang tersebut silalah sedar k..kita tak selamanya cantik, hensem, jelita, menawan.. Dunia je semua tu. Ok. Peace~ sekarang dia kat UUM. Tak inat la kos ape..huu

Next..Yop. Atau nama betul dia, Akmal Aiman. Nampak je macam blur budak ni..tapi pandai je sebenarnya. Kalau tak takkan masuk Pasum, kan? Favourite dia rock kapak. Orang yangkata, bukan aku kata. Dulu masa kat kelas selalu disakatkan  kitorang ni..aku pun tak tau la macam mana boleh mula. Yang aku tak boleh tahan, cikgu pun sekali..  Merah padam muka aku ni..adeh..Ok, tu dulu punye citer. Haha, Kelakar kot.. Yop, peace~ :D sekarang dia kat Mesir. Kot..tak sure kos ape.

Marissa.  Table-mate masa Form 5. Selalu tolak masuk debu ngan habuk kat lubang bawah meja kitorang. Haha. Yang paling tak leh lupe masa peristiwa budak-budak tu baling cicak kat dia. Senyap tiba-tiba pastiu dia jerit, CICAK!!!!!!! Aku yang kat sebelah dia ni jadi mangsa..kuat gila dia pegang aku masa tu. Telinga pun berdesing..kah3.. Shisha sekarang katne? Hoho

Eto. Yawww..peace untuk Eto. Hari tu nampak ko kat Ampang, sempat tegur macam tu je. Eto yang femes dalam kalangan warden. Hehe.  Tapi bila tengok dia berlakon masa drama English tu..perghh..macam romeo sehh.. :P ni pun aku tak tau dia buat ape skrg.

Jimmy! Jimmy mini. Dia ni la presiden untuk kelab mini. Haha. Selalu buat lawak dalam kelas. Takde dia sunyi laa..tapi sebenarnya dia caring. Tak caye? Haa..percayalah. Masa spek aku tengah nazak dulu, skru tercabut, sambung pakai clip paper..dia je yang tanya. Tapi via orang lain la..dia tak tanye direct. Thanks Jimmy. J

Ummu Nasuha. Pipi! Haha. Kenapa tah diorang panggil Ummu ni pipi. Sebab dia tembam kot..hik3. Ummu yang comel.. :D  last sekali tau dia asasi UIA.. Skrg buat ape Ummu?

Faidhi. Faidhi ni tak banyak cakap kot..setakat yang aku tau la. Tapi bila dia present best..lawak sempoi je..haha. sekarang kat UTP kan?

Azfar! Yeah..nasib baik aku tak lupa budak sorang ni. Dia ni suka berdebat. Kalau masa BM selalu je Tanya macam-macam soalan. Kalau mood dia swing jangan la teur..huhu. Aku rasa pilihan ko untuk course yang ko amek sekarang ni memang layak dengan ko. Teruskan k! J

Hurm..sape lagi? Dah kot..harap-harap takde yang tertinggal. Kecuali budak sorang ni, nama dia Mimi. Masa BM dia suka Tanya soalan kat presenttator. Dia saja je nak mencabar orang yang present tu sebenarnya. Masa PAI pun dia salu tanya..tapi yang malangnya dia salu lupe ayat yang dia nak tanya. Bila dia berdiri, tetiba..alamak, saya lupa la ape yang nak Tanya. Dia tak sengaja tau..hahaha. Kadang-kadang intro panjang lebar tapi soalan lupa nak Tanya. Apedaaa.. Dulu dia suka melatah. Cikgu Anis suka kacau dia time sejarah. Adeh.. Mimi tu low profile jer..hihi. Sekarang dia amek Farmasi kat UM. Dulu dia cakap dia nak jadi ciku Math. Takpun amek kaunseling..tapi lain plak jadinya sekarang. Hoho.

Masa prep rasanya kelas ni la yang paling meriah. Haha. Kat kelas ni ade Kamus Sasul. Pantang ade sape-sape yang salah cakap ke ape mesti diorg tulis kat kamus sasul tu..haha. 

Masa Form 5 diorang ade buat BBQ. Best gler ah masa tu. Beli ayam, basuh ayam sama-sama..bakar-bakar ayam kat belakang kelas. Nyummy~ ayam, nasik, kentang..wee~ lepas tu siap warden datang join sekali.  Lepas tu sume orang dapat hadiah bantal kecik sorang satu..mane tah pegi bantal tu..huu. hilang dahh..

Lagi satu time capsule..yang kita tanam lepas SPM kat belakang kelas tu..Ape dah jadi agaknye..korang takmo korek balik ke? Hahaha

Huu..tu je la kot.  Harapnya takde sap-sape yang tertingal atau tak disebut. Maaf la ye.. Apepun, thanks for the memories. You guys memang rock! Nampak je sempoi tapi tengok la sekarang. Sume Berjaya gemilang terbilang kot..fuiyooo. Yang dah fly tu jangan lupe balik Malaysia. Yang bakal fly, selamat fly. Yang duduk kat Malaysia, duduk diam-diam. Jangan gi mana-mana eh.. J
Sekian saja dari saya..peace~ :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...