Tuesday, May 31, 2011

Tak Baik Tipu

Assalamualaikum.

Sekadar gambar hiasan. 


Di suatu petang yang indah, aku dengan dua orang lagi kawan jalan-jalan la kat Masjid India. Masa kat tanga nak turun dari LRT tu ada la orang-orang tepi jalan berbaju biru dengan lambang syarikat telekomunikasi terkenal sapa kitorang, ''Akak saya bagi sim card percuma. Akak pakai apa eh sekarang?'' bla bla bla..... Tettt~malas nak layan. Jalan jerr..

Tengok-tengok aku jalan sorang je. Kawan aku yang dua orang tu kena tahan. Hahaha..patah la balik nak selamatkan diorang. Kecek banyak betul la orang ni..grrr. Lepas dia kecek banyak-banyak tu, kawan aku dua orang tu macam tertarik. So diorang pun macam setuju dengan apa yang orang baju biru offer. Dia kata, tukar mana-mana nombor yang korang ada kepada diorang punya perkhidmatan yang biru tu. Alaa..yang kaler biru muda tu. Tak le nak oyak nanti kena saman plak. Huhu.

Kononnya, kitorang tukar servis je tapi nombor tetap sama.Tapi pakai postpaid la yang ni. Kiranya pakai bil laa.. Kontrak sebulan. Dalam masa sebulan tu kalau pengunaan tak lebih daripada RM50 tak payah bayar. Lepas tu internet free sebulan. Perghh.. Lepas tu dia cakap dalam masa sebulan tu, kalau dah tak nak pakai boleh terminate n tukar kepada yang asal. So, dengar-dengar macam ok la.

Dengan itu, aku pun korbankan la no maxis kesayangan ke nombor yang company biru tu. Dia kata tunggu seminggu kot baru dia bertukar. Macam cerita sailormoon tu, BERTUKAR~ Last sekali lama jugak nak tunggu notification dia tu. Tak sabar dah ni nak pakai internet free sebulan. Then, suatu hari tu dia pun hantar mesej cakap aku punya perkhidmatan dah bertukar.

Sedangkan hakikatnya no maxis tu jarang pakai pun. Lepas dia dah bertukar tu berapa kerat mesej je aku hantar. Tak ada call banyak mana pun. Alahai, kalau topup RM5 pun takkan habis laa.. Pastu aku pun pakai la internet, pasang kat moderm. Sehari pakai lepas tu dah tak boleh. Kena terminate dah nombor tu. Check check rypanya dia kata dah sampai limit. Eh, kata internet free. Asal plak lebih limit ni. Grrrr..

Tak lama lepas tu balik rumah, dapat surat dari syarikat biru tu. Mak aihhh..bil RM2**.**!!! Bila masa plak aku pakai banyak sampai macam tu! Waa.. Kat dalam tu dai kata penggunaan internet sampai mencecah 2K! Tapi sebab diorang baik la kononnya, just bayar.2K. Aku buat dek je la surat tu..bukan aku pakai pun. No yang dulunya maxis tu pun dah tak boleh pakai untuk mesej or call. Tapi still bole dapat pangilan dengan mesej. Sebab tu la kadang-kadang tak reply. Haha.

Lepas tu, lepas dua bulan aku still tak bayar. Nombor tu pun maleh dah nak on. Bukan boleh pakai pun.Sobss~ Tapi lepas tu dapat bil lagi, dah meningkat jadi RM366.**. Wehh..apaan ini! So aku pun pergi la syarikat biru center. Dia cakap kena bayar. Tapi aku tak bayar jugak sampai la minggu lepas ,dapat surat amaran. Kakaka..Kalau tak nanti kena tindakan tatatertib. Hahahaha. Lantak demo la..ceitt. PENIPU!

Ingatkan nak sorok dari abah. Tapi abah tau jugak..tak boleh la nak secret-secret ni. Huhu. Abah kata, postpaid untuk orang kaya jee.. Memang pun. Huuu..

Hari tu dah pergi maxis center nak tukar balik. Tapi tak boleh sebab company biru tu tak kasi. Grrrr. Kalau tukar pun dah jadi plan biasa, bukan youthclub lagi.

Takpe la, jadikan pengajaran. Lain kali jangan layan sangat orang-orang tu. Tak kisah la biru ke, merah ke, oren ke, kuning ke....

Yang penting, langsaikan hutang dulu. OK? Tak OK! Habis duit kawe..nak buat lesen tak cukup. Waaaaaaaaaaa~punoh maso depe.. T__T

P/S: Lu pikir la sendiri!

3 comments:

  1. Salam mimi...

    Nie dah kes menipu,kurang asam tul la dorang nie...sabar mimi =)

    ReplyDelete
  2. aduhaiiii miii....len kali jmpa owg cmtuh,amek high heels ketuk jeh ats kpala diorg...sya restui~~~hahahak

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...