Wednesday, May 18, 2011

Propanolol dan Atenolol..LOL

Assalamualaikum.

Hari ni 18Mei 2011. Maknanya ada lagi kira-kira empat bulan lai cuti! Seronok? Tak jugak..cuti lama-lama pun nanti berkarat otak. Huu.. Lupa nanti segala obat-obat atenolol, propanolol, carvedilol, prednisolone, wafarin, ketokenazole, mivacurium, atropine,  neostgmine, sympatomimetic agent, anticholinergic, anticholinesterase, bla bla bla.. Buku plak tak bawak balik. Kalau bawak boleh jugak baca-bacak untuk sem depan..ahaks! (konon..)

Tolonglah. Masa exam bukan main stress nak hafal benda-benda ni tapi sekarang rasa nak baca balik. Tapi tak de buku so tak payah la..hee

Bila refresh balik, antara banyak-banyak ubat yang aku paling ingat, PROPANOL. Kenapa?
Haa..sebabnya aku dah familiar dengan ubat ni. Masa kerja kat klinik dulu, masa nak key-in ubat-ubat dalam komputer macam-macam jenis ubat ada.. So, jumpa la si PROPANOLOL ni. Tapi pelik sebab kadang-kadang kat sesetengah patient doktor bagi ATENOLOL.



Tertanya-tanya sendiri apa beza antara dua jenis ubat ni?
Dan at last dapat jawapannya masa second sem first year. Ouh..PROPANOLOL tu non-selective beta blocker. So kalau patient yang ada asma, atau respiratory problem atau orang yang mengandung jangan la bagi PROPANOLOL ni.

Sebabnya, nanti dia block sekali dengan beta 2 thus preventing bronchodilation. Exam hari tu keluar, jangan main-main. Hoho.. Tapi tak ingat la sebijik soalan dia cuma dia tanya kenapa in patient kita prefer atenolol instead of propanolol.

Yang ATENOLOL ni plak, dia beta 1 blocker, more specific. Dia tak block beta 2. So, selamat la..

Macam mana certain ubat boleh block certain receptor, enzyme dsb? Sebab dia ada functional group  tertentu yang menghasilkan interaction dan bonding dengan binding site tu. Ouh..banyak lagi benda yang kena tau sebelum jadi ahli farmasi yang berjaya ni. Tapi mengenangkan exam hari tu yang entah macam apa. Bila suruh orang doakan biar tak fail kena marah plak, kenapa cakap macam tu. Uhuk..

Memang la, tapi dah itu hakikatnya. Biochem...PPKU...fisiooo...physical pharmacy....heterooo..wawawawa.. Kalau orang lain sampai tak cukup kertas nak jawab, aku boleh main tengok-tengok orang lagi masa exam. Tengok abang dengan kakak yang jaga tu..mesti dia bosan tungu kitorang sampai tiga jam. Nak je borak-borak dengan diorang kasi hilang bosan..kakaka. Pastu sejuk plak tu, zzzzzz.. Rasa lama gila waktu exam tu..tiga jam, macam-macam cara duduk dah buat. Melunjur, bersila, tegak, bongkok, kepala atas meja..huwaa..kadang-kadang tersedar, eh bila masa terlelap ni.. tengok balik kertas soalan dengan mata bintang-bintang. Urghh..jangan tiru aksi ini semasa menjawab exam ya!

Tapi, kucuba sedaya upaya jawab semua soalan. Yang tak boleh jawab langsung tu macam biochem, bukan lupa tapi ingat separuh-separuh. Mungkin Allah nak uji kot. Baca doa, selawat banyak-banyak pun tak ingat jugak. Ingat muka surat yang mana, still boleh bayangkan tapi tak boleh nak ingat exactly apa yang ada dalam nota tu. Redha je la..pegang kata-kata buddy yang dipetik dari kata-kata Dr. Ib ''Jadilah pharmacist yang berjaya, bukan pharmacist yang pandai..''. Got it? Yeah..I got it.

Ni nak buat esei ke apa ni? Adoi.. Rindu kot nak belajar balik..sobss :P

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...