Wednesday, May 18, 2011

M Islamic Health/Medical Center (?)

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya akan membentangkan projek atau angan-angan saya untuk masa akan datang. Saya mendapat ilham selepas membaca novel Denyut Kasih Medik yang dikarang oleh Dr. Farhan Hadi. =)

M Islamic Health/Medical Center adalah satu projek amal yang berteraskan kesihatan, pusat rawatan dan pemulihan fizikal dan kerohanian. Bak kata Dr. Farhan Hadi dalam novelnya, jadilah doktor yang bukan sahaja merawat fizikal pesakit tetapi jua merawat rohaninya.

Mula-mula, berkenaan nama yang diberi, M adalah sempena nama saya, Mimi dan juga diadaptasi daripada nama group masa asasi iaitu Group M. Memandangkan majoriti ahli group ni yang akan bergelar doktor dan yang menambil kursus yang berkaitan perubatan. Dan health/medical center ini hendaklah berteraskan suasana keislaman dari segi pelaksanaan, kakitangan, pengurusan dan sebagainya. Contohnya:

1) Semua staf dan kakitangan daripada yang paling bawah dan paling atas hendaklah mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.

  • Tidak dibenarkan meninggalkan solat. 
  • Pada waktu solat, pekerja dan kakitangan yang tiada hal kecemasan digalakkan mengerjakan solat secara   berjemaah di surau.
  • Menunjukkan akhlak yang. baik


2) Kebajikan pesakit.

  • Tiada rungutan berkenaan masa menunggu lama mahupun layanan jururawat yang tidak mesra kedengaran lagi. 
  • Wad pesakit lelaki dan perempuan diasingkan. 
  • Para pesakit perlu menutup aurat.
  • Sebaik-baiknya pesakit lelaki akan dirawat oleh doktor lelaki dan sebaliknya melainkan keadaan memerlukan. 
  • Pesakit akan diingatkan agar menunaikan solat pabila  tiba waktunya.   
  • Pesakit akan diajar mengenai cara-cara berwudhuk dan solat mengikut keadaan mereka. Oleh itu setiap kakitangan wajib mempunyai ilmu ini.
3) Suasana, infrastruktur dan lain-lain.

  • Akan ada satu tingkat khas yang mempunyai surau yang besar dan selesa, tempat berehat yang dipasang ayat-ayat al-Quran dan mempunyai pelbagai buku panduan. Tempat ini hendaklah selesa dan mampu mendamaikan perasaan.
  • Di dalam bangunan tersebut, hendaklah digantung ayat-ayat yang memberi kata-kata semangta dan harapan kepada pesakit.
  • Bukan sahaja pusat rawatan, malah ada juga klinik gigi, farmasi, pusat fisioterapi, kafe, lengkap laa senang kata. 
  • Pesakit akan diajar doa-doa mustajab khusus untuk mengubati penyakit tertenru dari al-Quran.
  • Malah, ada satu pusat untuk penyakit-santau, penyakit dalaman, ala-ala al-Hidayah tu.
  • Daripada segi makanan yang disediakan, ubat-ubatan, perkakas dan sebagainya hendaklah pasti sumbernya dari sumber yang halal.
  • Apa lagi..erm..mengenai bayaran, bagi pesakit yang tidak berkemampuan boleh meminta bantuan melalui Yayasan Perubatan Islam (belum ditubuhkan). 
  • Doktor, ahli farmasi, pakar-pakar, pekerja profesional yang lain bekerja denga bayaran yang rendah kerana matlamat utama adalah untuk beramal. Mereka bekerja secara part time dan jika ada yang mah menabur bakti dengan bekerja sepenuh masa adalah amat dialu-alukan.
  • Sesiapa yang berminat dengan perubatan Islam, akan diadakan bengkel pada setiap bulan.
What else? Cukup rasanya pembentangan saya setakat ni. Pendek kata, health/medical center ni memang lengkap dengan pakej yang menurut syariah. 

Adakah ini sekadar angan-angan? Tak salah kan berangan-angan. Kalau la suatu hari nanti impian ni jadi kenyataan. Entah la. Tapi kalau la boleh, bestnya!

Setakat ni tak tau la kat Malaysia ada ke tak tempat macam ni. Tak buat research pun. Kalau ada alhamdulillah. Tapi kalau belum, harap-harap suatu hari nanti ada la. Walaupun daripada orang lain. =)

Sekian sahaja pembentangan saya. 

Macam ni kot suasananya nanti.. :D
Selesa dan ceria.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...