Wednesday, May 18, 2011

Kerja Dua Hari

Asalamualaikum..

Ngehehe..masa cuti mana boleh duduk diam. Seminggu dua cukup la duduk rumah tak buat apa-apa selain kerja-kerja rumah yang wajib dibuat tu. Kalau pagi-pagi kemas rumah, siap masak awal, nanti dah tak ada kerja nak buat. Kadang-kadang malas nak kemas awal-awal, nanti dah tak ada kerja nak buat. Err..bukan sebab malas ye.. :P

Jadi, jawapan terbaik untuk hilangkan kebosanan ialah  dengan keluar kerja. Cari pengalaman, cari duit.
Tetiba teringat kat bos Pak Arab tu. Dua hari lepas pergi Spectrum lalu kat situ dah tak ada dah kedai dia? Pergi mana Pak Arab ni??

Haha. Lepas asasi dulu konon dah tak nak kerja kat klinik tu. Nak cari kerja dekat kedai buku atau kedai-kedai biasa yang tak banyak kerja. Cari punya cari dapat la kerja dengan Pak Arab ni. Bukan main seronok lai. Kedai dia macam booth je, ada jual buku-buku agama, kaset and CD ayat-ayat Quran, frame, minyak wangi and banyak lagi la.

Ingatkan boleh la baca buku free. Gaji tak ada la banyak sangat. Lepas tu ada komisyen. Cuti dya minggu sekali..yang ni berat sikit la. Dah la kerja dari 10pg-10mlm. Adeh.. Tapi mula-mula ingat ok kot. Tak banyak kerja sangat pun. Duduk je sambil baca buku, dengar CD..

Hari pertama kerja, uwaaaaaaaa..bosannya! Hari biasa tak ada orang sangat . Nak cakap dengan orang pun  segan sebab bos pun ada kat situ jugak. Buat-buat la betul-betulkan buku. Lap-lap habuk. Lepas tu tengok orang lalu lalang. Waktu makan aku makan bekal je, biskut. Hoho.. Tapi dia baik, pai-pagi dia bawak roti pastu bagi aku sikit. Lepas tu dia makan kuaci, bagi aku jugak. Auww..so sweet. Haha.

Tapi Pak Arab ni tak tau la nak kata baik ke tak. Ada la pak guard ni selalu lalu lalang depan kedai tu. Dah memang dia kerja kat situ mesti la selalu lalu kat depan kedai Pak Arab ni. Kalau dia lalu dia tengok la tapi kerap sangat kot sampai Pak Arab tu perasan. Dia cakap kat aku, dia tak suka kalau ada orang lelaki kacau-kacau atau tengok-tengok aku. Siap pergi sound tu lagi. Lepas tu dah jarang dah Pak Guard tu lalu depan kedai. Dia lalu jalan lain kot. Hahaha.

Waktu solat je la boleh lari kejap. Dah la tak boleh nak jalan-jalan. Memang betul-betul bosan.
Dah dua hari kerja, I decided to resign. Muahaha.. Tak sampai hati nak cakap kat bos, aku mesej dia. Esok pagi dia call marah-marah. Aku cakap la minta maaf banyak-banyak. Laipun aku dah dapat kerja kat tempat lain, lagi dekat dengan rumah. Harap-harap dia maafkan la..sobbsss

Akhirnya, kembali kerja kat klinik. Memang ditakdirkan aku hidup dengan bau ubat kot.. :D

Sekian.

1 comment:

  1. huhu....situasi same ngan akak...hahaha
    resign cmtu gak...huhu =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...