Wednesday, May 18, 2011

Kenapa Buat Blog?

Assalamualaikum.

Heh..kenapa buat blog? 
Orang ada blog aku pun sibuk nak buat blog.

Sebabnya, 1) Saya suka menulis. 
Masa sekolah menemgah selalu dapat hampir full mark atau pun betul-betul full mark untuk esei BM. 
Tapi BI tak la. Hee :P
But thats not the point, the point is its my passion. 
I like to write.

Mungkin ikut arwah mak kot.
 Arwah mak pun tak banyak cakap. 
Dia suka menulis.

Lagipun, 2) Seronok apa ada blog. 
Walaupun tak ada orang follow tapi at least rasa puas.
Kalau orang yang suka cakap dia cakap dengar siapa-siapa je walaupun orang malas nak dengar.
So, kat blog kita boleh tulis apa je walaupun tak ada orang nak baca. 
Tak perlu la follower seramai Mr.K dan kawan-kawan seangkatannya.
Tak perlu nak kejar traffic.

Dulu pun kalau tak sebab masuk MRSM mesti aku dah ambil subjek Sastera. Hehe.
Dorongan daripada pantun kot.
Dah berkarat dah sekarang, tak reti dah berpantun lai.
Cikgu Musalmah, maafkan saya...

Lagi, 3)  I learn to look at different site.
Peristiwa yang berlaku dalam hidup ni kadang-kadang nampak biasa..
Tapi apabila direnung segala-galanya akan berbalik pada diri kita. 
Life is an open secret.

Dan yang penting, 4) Dapat jadi medan untuk menyampaikan.
Seperti yang dinyatakan tadi, I'm not a good speaker.
Mungkin ada orang cakap, aku ni tulis je tau tapi cakap depan tak mau.
Nak nasihat orang bukan senang tambah-tambah lagi kawan sendiri.
Kalau tulis kat sini kalau dia tak baca pun sekurang-kurangnya 
boleh ingatkan diri sendiri dan orang lain
supaya tak buat benda yang sama.

Dan mana-mana yang berunsurkan nasihat atau peringatan, tu 
semoga dapat dimanfaatkan.

Dan..meyampaikan apa yang tak terluah. Errr..
Ngahaha..

Sekian. ^^











1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...