Tuesday, May 17, 2011

Wanita Melayu Menjadikan Allah sebagai Jin Lampu

Bismillahirrahmanirrahim.

Hatiku merayu rindu, 
kasihku padaMu syahdu,
munajat hamba padaMu,
mengharap kasih sayangMu...

Semalam, baca blog ustaz ni. Tajuknya: Wanita Melayu Menjadikan Allah sebagai Jin Lampu

Masa baca tu terkesima seketika. Antara petikan yang membawa terkesan:

Ramai wanita tidak menyedari bahawa sebenarnya apa yang dianggap sebagai perasaannya itu hakikatnya adalah nafsu. Perasaan cinta itu adalah nafsu, perasaan sayang itu adalah nafsu dan perasaan suka dan berkehendak itu juga adalah nafsu. Nafsu ini boleh membawa kepada kerosakkan dan kehancuran jika tidak dapat dikawal oleh keimanan.


Dan ini lagi: 

 Mereka beragama juga demi kerana menghilangkan rasa bersalah dan kerana mahu menjaga kestabilan perasaannya. Agama mampu menjaga perasaan dan merasakan diri mereka sedang dalam keadaan dirahmati dan dilindungi oleh tuhan. Perasaan demi perasaan kaum wanita menjadi panduan dalam kehidupan apabila segala-galanya bermula daripada soal jodoh, makanan, pekerjaan dan kehidupannya adalah ditentukan oleh perasaan dan bukanlah lagi Al-Quran dan As-sunnah mahupun Allah selaku tuhan.


Erm..memang betul pun kan? Kadang-kadang kita buat sesuatu untuk jauhkan diri kita daripada rasa bersalah atau berdosa. Tutup aurat dengan sempurna supaya tak aa orang yang pandang serong kat kita, supaya kita tak rasa bersalah dengan diri sendiri, supaya orang nampak yang kita ni baik dan sebagainya. Ya Allah, sesungguhnya kami hambaMu yang lemah. Perkara begini pun kami masih tak mampu nak ikhlaskan diri semata-mata hanya keranaMu. Ampunilah kami..

Seperti yang dinyatakan dari petikan yang seterusnya:   



 Tanyakanlah mereka kenapakah kamu bersolat ?


Mereka akan menjawab kerana solat itu dapat membuatkan hati menjadi tenteram 
dan perasaan saya menjadi tenang. Kasihan mereka yang sudah terkeliru dalam sembahan apabila menyangka bahawa kehidupan mereka itu sebenarnya untuk memenuhi perasaan mereka sendiri bukannya untuk mengabdikan diri kepada tuhan di waktu senang dan di waktu sempit.

   
Teguran untuk diri sendiri. Moga bermanfaat. =)  




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...