Saturday, May 21, 2011

Aku Cemburu


Seorang muslimah berbaju ungu dengan tudung labuh yang sedondon lalu di sebelahku.
Aku cemburu..

Di sebuah majlis, ada seorang muslimah maju ke hadapan berhujah. Dia mampu memetik ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis nabi beserta huraian yang cukup senpurna.
Aku cemburu.

Aku lihat lagi, ada seorang muslimah yang sentiasa tersenyum, wajahnya terpancar kejernihan hingga aku tidak jemu memandang wajahnya.
Aku cemburu

Dan aku berjalan lagi. Aku terdengar seorang gemersik suara mulimah itu berbicara. Suaranya lembut sekali. Penuh budi bahasa dan santun.
Aku cemburu.

Aku kenal seorang muslimah. Amalnya tidak pernah kurang. Sentiasa istiqamah. Sentiasa lebih baik hari ke hari. 
Aku cemburu.

Di hening malam, ku dengar seorang muslimah beresak-esak menangis dihadapanMu, walau bagiku dia seribu kali lebih baik dariku.
Aku cemburu.

Muslimah itu pula, mampu menjaga hubungannya dengan orang lain apatah lagi dengan si Adam, tiada pernah mana-mana Adam mendekatinya. Bahkan mereka menghormati keperibadiannya.
Aku cemburu.

Ya Allah, aku cemburu. Aku mahu jadi seperti mereka.
Terlalu banyak dosaku ya Allah. 
Aku malu memohon keampunanmMu.
Telah berulang kali aku bertaubat tapi aku jatuh semula.
Aku malu ya Allah. 
Entah kali ke berapa aku menghadapMu, memohon keampunan. 
Aku malu.
Aku cemburu dengan mereka.

Ya Allah, aku benar-benar ingin menjadi seperti mereka. 
Tapi mengenangkan dosa-dosa yang kulakukan, aku merasa kerdil.

Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang lurus, jalan orang-orang yan kau beri nikmat.
Bukan jalan mereka yang kau murkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
Amin..




.

2 comments:

  1. salam Mimi =)

    Indah nama blog mimi nie....sukela (^ ^,)

    ReplyDelete
  2. jom..tambah ilmu tambah amal..i'allah..kite sama2 mencapainya..cemburu utk kebaikan ..xsalah..^^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...