Thursday, April 14, 2011

Kata Akhir Sem 2

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, habis sudah kuliah untuk sem kedua ni..sob3
Gonna miss DK1 dengan tikus-tikus dalam tu.
Macam-macam benda kami buat dalam tu..wee~
Lecture..
tutorial..
discussion..
tengok wayang ppku..
tidoq..zzzzz..
makan..
jerit-jerit (bukan aku la..)

Dan yang paling penting penubuhan SINERGI

SINERGI adalah suatu pertubuhan 'underground' kerana kami bergerak sendiri tanpa dinaungi oleh mana-mana pihak ataupun persatuan.

     Tertubuhnya SINERGI mungkin atas kesedaran kami sendiri di mana kami tiada tempat untuk menjalankan sesuatu aktiviti yang menjurus kepada pengisian rohani. Kalau budak medik, mereka dah ada PSIPUM.
Dental pun ada jugak. Pharmer tak ada pun.  =(  Agak menyedihkan sedikit di situ..

     Dari itu, kami pun menjadi perintis untuk batch kami sendiri (mungkin junior akan datang dan seterusnya..insyaAllah)

     Dan semalam kami telah mengadakan majlis bacaan yasin serta solat hajat secara ringkas dan sederhana. Alhamdulillah, masih banyak yang boleh diperbaiki. Dan diharapkan majlis tersebut dapat menguatkan lagi ukhuwah antara kami.

   Akan datang, masih dalam peringkat cadangan, kami merancang untuk mengadakan kem dengan junior sem depan. Pengisiannya lebih kepada pengenalan ke dalam dunia farmasi, pendedahan dari perspektif yang lebih baik (sebab masa 3 minggu tu mungkin mereka akan rasa kesal sebab mauk ke dunia ni..huk3) dan merapatkan jurang antara kami supaya dapat merasakan kemanisan ukhuwah.

     Kedua, penerbitan buletin/artikel/risalah setiap bulan.

     Ketiga, melantik naqib/naqibah untuk memimpin usrah/halaqah.

     Mungkin ada lagi tapi harap-harap akan mendapat kerjasama semua supaya apa yang kami rancang dapat menjadi kenyataan. Bukananya bergantung kepada beberapa pihak semata-mata.



Aiyak..banyak pulak membebel kan. Bukannya nak study..wawawa

Maka minggu study week pun bermula!
Hari ni balik rumah..tapi kena balik sini balik cepat-cepat.

(Masih belum dapat mood exam..waaaaaa)

3 comments:

  1. tak pe..bebel2 pun..kuang2 kita boleh luahkan pe yg t'buku di hati ni..

    & soorryy for not coming to solat hjt event tu...=)

    ReplyDelete
  2. woowww. hebatnye. korang pioneer utk sinergi. bagus la korang. hehe =)

    all the best :)

    ReplyDelete
  3. shiemah,

    xpe2..ko xde pun merah je.. :P
    tp kalo ko ade msti lagi meriah! :D

    shafiqah,

    insyaAllah..mudah2an dpt dituerunkan kpd generasi seterusnya..weee~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...