Thursday, April 21, 2011

Bahasew Zaman Sewkarang

Bismillahirrahmanirrahim..

Apew larh kenew karewn~


Kowg paham kew owg tls apew ?

Teettttt..
Natijahnya, ni la dia bahana bahasa SMS skr ni..haishh
Fesyen-fesyen bahasa SMS yang tettttt~

1)  Singkatan yang menukarkan ejaan asal engan huruf lain.Perlu la nak eja ORANG macam tu. Nak pendekkan boleh je tapi betul-betul la sikit..

Contoh: owg x tw lg..xpela, kowg pegi lar.

2) Perkataan dari tiga/dua suku kata jadi satu suku kata je. Sampai kadang-kadang tak tau dia nak cakap apa sebenarnya. 

Contoh: dah g ke lum..sok te g same2 eh, ngn kak ku skali..

Dan boleh bertukar terus dari ejaan sebenar.

Contoh: yunk...(yang..panggilan manja untuk sayang.), x..(tak atau tidak), minx (minta), i..(hai), watpe 2..(tengah buat apa tu)

3) Arghhh..ada juga yang kita hantar mesej panjang-panjang lepas tu dia reply dengan sepatah huruf je. 

Contoh: Assalam. Semalam dah tanya kat orang yang baiki fon tu. Dia kata esok dia hantar. 
Jawapan yang diterima: k

At least kat belakang tu letak la thanks ke.. Adoyai~

4) Bilangan titik pun bervariasi. Ada yang letak satu macam skema biasa la. Ada yang letak dua..tiga pun ada...

Contoh titik satu: Zaty. Ada kat mane? Nak pegi bilik ko kejap. Nak pinjam buku.
Contoh dua titik: Zaty..ada kat mane? Nak pegi bilik ko kejap..nak pinjam buku..
Contoh tiga titik: Zaty...ada kat mana??? Nak pegi bilik ko kejap....nak pinjam buku....

5) Bila bunyi nak dizahirkan dalam benttuk tulisan maka lahirlah perkataan-perkataan seperti:

haha..(Biasanya merujuk kepada suka, ketawa dsb. Kadau ketawa banyak sikit panjang sikit la haha tu macam ni.. hahahahahahahaha)

huhu, hehe, hoho dan sebagainya..

ngeee, wee menunjukkan kebahagiaan dan kesengihan. Masa hantar mesej tu tengah bahagia dan tersenih-sengih kot..hahahhaha

Dah la..penat. Hahahahaha.
To be continue...kot


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...