Monday, April 25, 2011

Teladan dari Titas: Peristiwa 11 September

Bismillahirrahmanirrahim..

Adoi..penuh otak baca TITAS. Rehat meta dengan lagu-lagu mendamaikan jiwa dan Google pasal menda ni. Dah pernah baca tapi saja nak cari balik Tq ye Cik Yayah tolong carikkan..hehe

Kebenaran dari al-Quran yang tidak dapat dinafikan. Semoga dapat menambahkan kecintaan kita untuk membaca kitabNya dan mendekatklan kita padanya. Insya Allah.

Ni copy paste dari sini jer..

APABILA ulama Mesir, Dr Zaghlul Najjar, tampil menerangkan kejadian runtuhan World Trade
Center (WTC), New York pada 11 September 2001 sudah dibayangkan al-Quran, penduduk dunia,
termasuk umat Islam sendiri berasa takjub.

Ini kerana tiada siapa pun termasuk perisik Amerika Syarikat sendiri gagal menjangka pesawat akan
digunakan sebagai 'senjata' bagi meruntuhkan bangunan lambang kemegahan negara berkenaan.
Mengikut kajian Dr Zaghlul, runtuhan WTC turut mencatatkan sejarah hitam bagi Amerika seolaholah digambarkan menerusi ayat ke 110 Surah at-Taubah dalam al-Quran.

Ayat itu bermaksud: “Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal
keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu sudah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui
lagi Maha Bijaksana.”

Kajian mendapati beberapa fakta mengenai kejadian runtuhan WTC mempunyai kaitan dengan ayat
berkenaan antaranya bangunan WTC setinggi 110 tingkat dan peristiwa itu berlaku pada bulan
kesembilan Masihi (September) manakala ayat al-Quran berkenaan adalah ayat ke- 110 dari surah
kesembilan (at-Taubah).

Persamaan lain, ia berlaku pada 11 haribulan manakala ayat berkenaan berada dalam juzuk ke-11 dan
peristiwa berlaku pada 2001 manakala huruf terakhir ayat adalah huruf ke- 2001.
Penjelasan Dr Zaghlul itu meyakinkan umat Islam bahawa isi kandungan al-Quran benar-benar
memiliki rahsia tersendiri mengenai kehidupan manusia secara jelas atau memerlukan kajian
mendalam.

Hal itu diakui Allah menerusi firman-Nya: “Inilah ayat-ayat al-Quran yang mengandungi hikmah.”
(Surah Yunus, ayat pertama).

Ayat lain daripada surah al-Hijr, juga ayat pertama bermaksud:

 “(Surah) ini adalah (sebahagian daripada) ayat-ayat al-Kitab (yang sempurna) iaitu (ayat-ayat) al-Quran yang memberi penjelasan.”

Malah, misteri yang terkandung dalam ayat al-Quran membuktikan kitab suci dan mukjizat terbesar
dikurniakan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w itu bukanlah rekaan manusia.

Sebaliknya, penemuan itu seharusnya menambahkan keimanan umat Islam bahawa ayat al-Quran
datang daripada Allah s.w.t sepertimana firmannya dalam surah as-Syu'araa', ayat ke-192: “Dan
sesungguhnya al-Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam.”

Ayat lain menunjukkan bahawa al-Quran diturunkan Allah menerusi ayat pertama dari surah al-Qadr
iaitu: “Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar.”

Peristiwa runtuhan bangunan WTC tiga tahun lalu bukanlah gambaran pertama al-Quran mengenai
sesuatu peristiwa yang bakal terjadi pada masa akan datang.

Sebaliknya, kitab suci itu dikatakan sudah menggambarkan mengenai kebangkitan kembali bangsa
Rumawi selepas dikalahkan bangsa Persia dalam peperangan pada tahun 614.
Selepas berakhirnya peperangan berkenaan, turunlah ayat pertama hingga keempat dari surah arRum menyatakan bangsa Rumawi akan kembali menang dalam tempoh beberapa tahun.

Kemenangan bangsa Rumawi terhadap bangsa Persia itu kemudiannya benar-benar terjadi kira-kira
lapan tahun kemudian seperti yang diramalkan al-Quran.

Selain gambaran mengenai peristiwa yang bakal berlaku pada masa akan datang, kajian isi kandungan
al-Quran juga menunjukkan yang kitab suci itu mengandungi pelbagai ilmu yang melampaui zaman ia
diturunkan.

Ini kerana pada zaman al-Quran diturunkan iaitu pada abad keenam, masih belum ada kajian sains
mengenai alam semula jadi yang dilakukan menyebabkan masyarakat masih belum mengetahui
mengenai ilmu sains dan teknologi.

Kajian mengenai pelbagai rahsia alam bermula kira-kira abad ke-19 dan ketika itulah didapati bahawa
segala fakta sains yang ditemui adalah selaras dengan maklumat asas daripada al-Quran.
Antara fakta sains yang ditemui dan terdapat dalam al-Quran adalah semua cakerawala bergerak
secara terapung (Yaasiin: 40), bumi bergerak (An-Naml: 88), pokok menghasilkan bahan bakar
(Yaasiin: 80), atom adalah benda terkecil (Yunus: 61) dan semakin tinggi semakin sukar bernafas (AlAn'aam: 125).

Fakta lain adalah semua makhluk berpasangan (Adz-Dzaariyaat: 49), proses kejadian manusia (AlMu'minuun), kegunaan besi (Al-Hadiid: 25) dan langit yang terkawal (Al-Anbiyaa': 32).
Selain itu, kajian lain yang dijalankan bagi mencari keajaiban al-Quran mendapati bahawa jumlah
sesetengah perkataan berbahasa Arab di dalam kitab itu adalah saling berlawanan.

Antara perkataan berkenaan adalah; dunia yang disebut sebanyak 115 kali manakala akhirat yang
turut disebut sebanyak 115 kali, malaikat dan syaitan (88 kali), hidup dan mati (145 kali), faedah dan
kerugian (50 kali), kesusahan dan kesabaran (114 kali) serta lelaki dan perempuan (24 kali).
Perkataan lain adalah ummah dan penyampai (50 kali), iblis dan memohon perlindungan daripada
iblis (11 kali), musibah dan bersyukur (75 kali), bersedekah dan berpuas hati (73 kali) serta zakat dan
berkat (32 kali).

Golongan muslimin dan jihad (41 kali), orang yang sesat dan meninggal dunia (17 kali), emas dan
kemurahan hidup (lapan kali), keajaiban dan fitnah (60 kali), minda dan nur (49 kali), lidah dan
sumpah (25 kali), nafsu dan ketakutan (lapan kali), bercakap di khalayak ramai dan berdakwah (18
kali).

Jumlah perkataan lain dianggap ajaib dijumpai adalah solat (lima kali), bulan (12 kali), tahun (365),
lautan (32 kali) dan daratan (13 kali).

Jumlah lautan dan daratan ini apabila ditukar dalam bentuk peratus bersamaan dengan jumlah
sebenar kawasan laut dan darat yang terdapat di dunia ketika ini iaitu 71.111 peratus dan 28.889
peratus.

Misteri dan rahsia yang terkandung dalam al-Quran seharusnya meyakinkan umat Islam bahawa
agama Islam adalah agama yang benar selaras dengan rukun iman ketiga iaitu beriman terhadap
kitab-kitab Allah.

=)

Friday, April 22, 2011

Kelab Fasilitator dan PM~ Tinggal Harapan

Perhatian kepada ahli Kelab Fasilitator, sila hadirkan diri anda ke court bola tampar untuk jamuan sekarang.

Berulang-ulang announcement tu dibuat.Grrrr~
Kalau la dapat diputarkan masa, mesti aku antara orang yang diseru oleh announcement tu..huu

Sebelum result UPU keluar lai, telah aku lakarkan dalam diari apa yang mesti aku buat masa dan perlu capai masa kat kampus. Antaranya, dengan terang, jelas dan nyata aku tulis 'MASUK KELAB FASILITATOR'.

Lepas masuk U, aku terlepas peluang masa pendaftaran kelab/persatuan kat kolej. Gara-gara kena pergi fakulti setiap malam untuk prepare annual gathering, terlepas untuk daftar apa-apa pun.

Konsikuensinya, apa-apa aktiviti kolej pun tak masuk  walaupun hati terkadang memanggil-manggil. Agak terkilan sedikit sebenarnya. Bukan semata-mata nak dapat penempatan kolej untuk sem depan tapi memang sangat berminat to be part of them.

Ouh..KUAZ~
Kemudian, di hujung sem kedua ni ada pulak permohonan untuk jadi pembantu mahasiswa kolej (PM). Wah, peluang datang lai ni. Tapi entah kenapa, tak mohon pun sampai la tarikh tutup. Suatu hari yang indah, ada seseorang khabarkan yang pihak kolej bukak semula  permohonan tu. Aik, macam nak kasi can lagi je ni?


Aku pun contact la orang kuat kolej via FB. Tak kenal pun dia sebenarnya. Dia kata boleh mohon lagi. Tapi bila aku pergi ke pejabat dan mintak borang, staf pejabat kata dah habis. Hampa buat kali kedua.

Lepas tu, ada seorang lagi orang kuat kolej pm aku. Dia tanya betul ke berminat. Dia pun suruh ambik borang kat HEP. Nah, peluang kali ketiga takkan nak tolak kan? Tapi dia yang tolong ambikkan borang tu kat HEP. Terima kasih sebab tolong kami. And kami bertiga pun isi la borang tu.....

Esoknya, (semalam) aku baca kat status orang kuat kolej tu..ada perjumpaan dengan Master untuk cslon PM tapi ada tambahan (2.5 ke atas). OK, macam disambar petir jugak la kan.

Seharusnya aku sedar hakikat ni dari awal lagi..cermin diri tu, layak ke tak. Lepas tu nampak senarai nama kat board, memang nama aku tak ada. Nama kawan aku ada.

Kekecewaan yang teramat sangat. Tulaaa..sape suruh berangan lebih..amek kau!

Tak ape lah. Mungkin bukan di situ tempatku...

Thursday, April 21, 2011

Bahasew Zaman Sewkarang

Bismillahirrahmanirrahim..

Apew larh kenew karewn~


Kowg paham kew owg tls apew ?

Teettttt..
Natijahnya, ni la dia bahana bahasa SMS skr ni..haishh
Fesyen-fesyen bahasa SMS yang tettttt~

1)  Singkatan yang menukarkan ejaan asal engan huruf lain.Perlu la nak eja ORANG macam tu. Nak pendekkan boleh je tapi betul-betul la sikit..

Contoh: owg x tw lg..xpela, kowg pegi lar.

2) Perkataan dari tiga/dua suku kata jadi satu suku kata je. Sampai kadang-kadang tak tau dia nak cakap apa sebenarnya. 

Contoh: dah g ke lum..sok te g same2 eh, ngn kak ku skali..

Dan boleh bertukar terus dari ejaan sebenar.

Contoh: yunk...(yang..panggilan manja untuk sayang.), x..(tak atau tidak), minx (minta), i..(hai), watpe 2..(tengah buat apa tu)

3) Arghhh..ada juga yang kita hantar mesej panjang-panjang lepas tu dia reply dengan sepatah huruf je. 

Contoh: Assalam. Semalam dah tanya kat orang yang baiki fon tu. Dia kata esok dia hantar. 
Jawapan yang diterima: k

At least kat belakang tu letak la thanks ke.. Adoyai~

4) Bilangan titik pun bervariasi. Ada yang letak satu macam skema biasa la. Ada yang letak dua..tiga pun ada...

Contoh titik satu: Zaty. Ada kat mane? Nak pegi bilik ko kejap. Nak pinjam buku.
Contoh dua titik: Zaty..ada kat mane? Nak pegi bilik ko kejap..nak pinjam buku..
Contoh tiga titik: Zaty...ada kat mana??? Nak pegi bilik ko kejap....nak pinjam buku....

5) Bila bunyi nak dizahirkan dalam benttuk tulisan maka lahirlah perkataan-perkataan seperti:

haha..(Biasanya merujuk kepada suka, ketawa dsb. Kadau ketawa banyak sikit panjang sikit la haha tu macam ni.. hahahahahahahaha)

huhu, hehe, hoho dan sebagainya..

ngeee, wee menunjukkan kebahagiaan dan kesengihan. Masa hantar mesej tu tengah bahagia dan tersenih-sengih kot..hahahhaha

Dah la..penat. Hahahahaha.
To be continue...kot


Wednesday, April 20, 2011

Jangan Mencari Terlalu Sempurna

BUAT PEDOMAN BERSAMA. 




Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL...

(copy paste)

Ulasan Cik Kulat:

YEAH..tu diaaa..
kadang-kadang kita terlalu mencari kesempurnaan sehingga tidak menerima apa yang telah ada seadanya.. tidak berpuas hati dengan apa yang telah diberikan kepada kita..
Dan kadang-kadang merasakan yang kita lebih sempurna daripada insan lain membuatkan kita kurang mrnjaga perasaan dan hati insan itu.

Ouh..tiada yang sempurna melainkan Dia..

Sunday, April 17, 2011

In A Relationship

Assalamualaikum..




Lately ni terlalu ramai lah orang a.k.a manusia a.k.a homo sapien yang declare ''in a relationship with...'' kat FB.

Ada yang betul, ada yang saja-saja letak. Bosan kot dengan status ''single'' tu. Nak jugak letak ''engaged''..adoi

Yang letak 'fake relationship' tu takpe la jugak. Takpe la sebab diorag tu maybe saje je kot nak hilangkan bosan. Haha..Ni yang betul-betul...erk (?)

Nak cakap apa?
Apo nak dikato?
Nok kecek gapo?
What to say?

Best kot bagi tau kat semua orang yang mereka tu dah berpunya.. I'm taken~
Oh dunia..ketahuilah kau bahwa aku kini milik si fulan..tiada apa yang dapat memisahkan kami..
Tettt...

Lepas tu terima ucapan-ucapan tahniah kalah orang yang baru nikah.. (hiperbola sikit..hehe)
Dari orang tak tau dah jadi tau..kadang-kadang taknak tau pun tapi kalau dah keluar kat news feed tu nok wat gano kae..

Maaf la ye..Mungkin diri ini tak pernah mengalami 'kebahagiaan' dan 'kehangatan' orang yang sedang dilambung ombak cinta ni.. Entah la..tapi penat kot kadang-kadang tengok dua insan tersebuat saling post benda yang rasanya hak peribadi mereka berdua tanpa membabitkan orang lain..sampai penuh news feed dengan post dari mereka berdua je. Aish.. Baik buat group yang ada korang berdua je dalam tu.

Bunyi macam tak puas hati je kan.. Memang pun. HAHA.
Bunyi macam jealous je.. Tak! HAHA.
Bunyi macam geram je? Ya! HAHA.

Thursday, April 14, 2011

Kata Akhir Sem 2

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, habis sudah kuliah untuk sem kedua ni..sob3
Gonna miss DK1 dengan tikus-tikus dalam tu.
Macam-macam benda kami buat dalam tu..wee~
Lecture..
tutorial..
discussion..
tengok wayang ppku..
tidoq..zzzzz..
makan..
jerit-jerit (bukan aku la..)

Dan yang paling penting penubuhan SINERGI

SINERGI adalah suatu pertubuhan 'underground' kerana kami bergerak sendiri tanpa dinaungi oleh mana-mana pihak ataupun persatuan.

     Tertubuhnya SINERGI mungkin atas kesedaran kami sendiri di mana kami tiada tempat untuk menjalankan sesuatu aktiviti yang menjurus kepada pengisian rohani. Kalau budak medik, mereka dah ada PSIPUM.
Dental pun ada jugak. Pharmer tak ada pun.  =(  Agak menyedihkan sedikit di situ..

     Dari itu, kami pun menjadi perintis untuk batch kami sendiri (mungkin junior akan datang dan seterusnya..insyaAllah)

     Dan semalam kami telah mengadakan majlis bacaan yasin serta solat hajat secara ringkas dan sederhana. Alhamdulillah, masih banyak yang boleh diperbaiki. Dan diharapkan majlis tersebut dapat menguatkan lagi ukhuwah antara kami.

   Akan datang, masih dalam peringkat cadangan, kami merancang untuk mengadakan kem dengan junior sem depan. Pengisiannya lebih kepada pengenalan ke dalam dunia farmasi, pendedahan dari perspektif yang lebih baik (sebab masa 3 minggu tu mungkin mereka akan rasa kesal sebab mauk ke dunia ni..huk3) dan merapatkan jurang antara kami supaya dapat merasakan kemanisan ukhuwah.

     Kedua, penerbitan buletin/artikel/risalah setiap bulan.

     Ketiga, melantik naqib/naqibah untuk memimpin usrah/halaqah.

     Mungkin ada lagi tapi harap-harap akan mendapat kerjasama semua supaya apa yang kami rancang dapat menjadi kenyataan. Bukananya bergantung kepada beberapa pihak semata-mata.



Aiyak..banyak pulak membebel kan. Bukannya nak study..wawawa

Maka minggu study week pun bermula!
Hari ni balik rumah..tapi kena balik sini balik cepat-cepat.

(Masih belum dapat mood exam..waaaaaa)

Friday, April 8, 2011

[Lagu]: Tika Dinihari

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yang ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan keampunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yang merubahkanku
Tetapkanlah Hatiku
Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu
Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami
Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...