Monday, December 27, 2010

Siapa Cakap Jadi Surirumah Senang?

Assalamualaikum.

Wah..penat. Tak habis kemas lagi ni. Adeh.. Sampah tak sapu lagi. Kat dapur tak habis kemas lagi. Tadi baru  je tukar cadar baru, kemas buku-buku Tasya, kemas laci-laci. Penat la juak. Tapi baru sikit ni. Lepas ni nak masak, kemas dapur, kemas kat depan. Ouh.baju tak sidai lagi.

Masa ni baru la kita rasa apa yang mak kita rasa sebelum ni. Alangkah bahagia kalau dapat anak-anak yang rajin tolong dan dengar cakap. Tapi arwah mak dulu tak pernah pun bersungut walaupun kadang-kadang aku tak tolong buat kerja rumah. Kalau balik cuti pun asyik tidur je. Masa kat asrama kan jadual pack. Tak ada masa nak rehat. So balik rumah rehat sepuas-puasnya. Mak sangat memahami. Kalau aku bangun lambat pun dia tak marah. Tapi tak de la sampai tengah hari. Erm..rindunya.

Sekarang ni kerja rumah siapa lagi yang kena buat kalau tak anak sulung. Takkan nak suruh Tasya masak kot. Tapi syukurlah Tasya ni berdikari.

Erk..jap, nk sambung kerja..hihi

1 jam kemudian..

Ok..jom sambung.

Tugas-tugas suri rumah merangkumi hal ehwal rumah tangga, menjaga kebersihan dan keceriaan rumah, mendidik anak-anak,  pengurusan kewangan, penyediaan juadah..huhu. Banyak lagi la.

Penat sebenarnya jadi suri rumah. Tapi disebabkan semua kerja yang dibuat tu atas dasar kasih sayang dan keikhlasan maka semuanya bukan satu beban bagi mereka. Wah..tambah-tambah lagi yang bekerja tapi still boleh mentadbir rumah dengan baik, didikan yang lengkap untuk anak-anak. Pergh..

Penat tau balik kerja nak melayan macam-macam kerenah anak. Nak masak untuk makan malam lagi. Adoi..

Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri sebagai seorang kakak dan anak, bukan sebagai seorang isteri. Muahaha. Tak tau la kalau ada keluarga sendiri macam mana nanti kan. Hee. :D

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...