Tuesday, December 28, 2010

Mari Memasak

Assalamualaikum.

Ok. Menu kita hari ini ialah sambal udang dan ikan goreng. Sayur tengok la kalau rajin.

Nak masak ni tuan/puan, tak ada la susah sangat. Jadi gadis-gadis di luar sana yang tak pernah cuba memasak atau rasa-rasa macam tak pandai masak, jangan risau. Mungkin anda ada bakat terpendam Belum cuba belum tau.

Haha. Aku ni cakap, macam la reti sangat. Ala..sikit-sikit boleh la. Setakat sambal tu lepas la. Hehe. Ok what. Hari ni sambal telur, esok sambal ayam..pastu sambal udang, sambal otong, sambal ikan bilis...haha.

Kalau nak belajar masak, mulakan la dari yan paling senang. Nasi goreng, mee goreng n segala goreng la. Basic la tu kiranya. Muahaha. Lepas tu try sambal, masakan yang rebus-rebus. Then kari, masak lomak, asam podas..Hentam je..campak-cmpak je apa yang ada dalam kuali tu. Hahaha.

Betul ni. Campak-campak je. Asalkan boleh ngap.
Setakat ni boleh la sikit-sikit. Sebab kalau bukan aku yang masak siapa lagi. Takkan nak tunggu abah masak. Dah la kerja, pastu balik penat-penat nak kena masak lagi. Huk3..

Daripada tak reti aku belajar la sikit-sikit. Ingat masa tolong arwah mak kat dapur dulu. Lepas tu masa arwah sakit, dia bagi tau aku kalau nak masak ni nak letak apa. Lepas tu aku buat la kat dapur..
Lepas tu try sendiri la. Try and error.  Tengok-tengok orang masak. Hehe.

Abah la jadi tukang kritik. Hehe.

Masak ni best tapi bab nak menyiang ikan yang maleh. Kalau ikan kecik hancur dibuatnya kalau bagi aku yang siang. Haha.

1 comment:

  1. haha..ak pn x teror siang ikan gak...baik ak p potong ayam.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...