Thursday, December 30, 2010

Hatiku Merindukan CintaMu

Bismillahirrahmanirrahim..


Sujud padaMu
Ya Allah,
hati hambaMu ini mudah diusik,
mudah sekali terleka,
mudah sekali melupa..

Hatiku dipaut kebimbangan..
Kenapa aku tak setia mencintaiMu?
Aku rindukan rasa rindu padaMu..
Kadang aku rindu, dan aku tidak mahu rasa rindu itu pergi,.
Kerana dengan rasa rindu itu akan ku sentiasa mencariMu.

Ya Allah,
sesungguhnya aku amat merindui cintaMu,
aku ingin mengejar kemanisan yang dapat kurasakan dulu..
saat aku menyerah diri hanya untukMu

Jangan biarkan rasa cinta dan rindu ini pergi ya Tuhanku..
Izinkan aku mencintaiMu..sekali lagi..
dan selamanya..



Rindu suasana maktab yang dipenuhi dengan majlis-majlis ilmu.
Benar kata mereka, masa kat maktab semuanya diberi percuma..
Bila dah keluar terpulang kepada kita untuk mencari haluan sendiri..
Kini aku merasa benarnya kata-kata itu.
Di saat aku terbangun seketika, aku meminta padaNya agar dikekalkan rasa cinta itu..
Namun aku manusia, sentiasa alpa. Dan acap kali aku terbangun dari mimpi, aku menyesali kesilapan diri kerna membiarkan hati berdaki.
Sukarnya untuk menetapkan hati.. Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberikan hidayah kepada kami. Berilah ketetapan dalam hati-hati kami..

Izinkan aku mencintaiMu..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...