Thursday, December 23, 2010

Group M: Best La Korang

Assalamualaikum..

Huhu..bosan la. Tak habis-habis ingat kat group M. Reunion lambat lagi. Asyik muka aku je post kat wall Reunion Lagi? tu..syok sendiri. Haha.

Group M atau zaman Asasi adalah antara aman tebaik dalam hidup aku.

Pertama sebab aku kenal semua orang dalam group aku dan baik dengan semua orang. Ataupun terpaksa baik sebab nak mintak duit kelas.

Kedua sebab ada Kiin, Pini, and Semak. Wawawa..the best geng I ever have. Geng gelak guling-guling, geng study, geng tiru lab report..hehe, geng pergi kelas sama-sama, geng merajuk-rajuk..ngee, geng stalker orang..oops,geng cupcakes..huhu..sayang korang weh. Kali ini punya post special untuk korang.. ^^

Tak sama tapi serupa..dari kiri: erk..x ingat ak la yang mana satu..

Comel la diorang.. :D

Malam cupcakes dan drama. Lokasi: Gazebo Melati.

Cak! Peace~ :D

Rindunya bila tengok gambar lama.

This is about Kiin.

Nama sebenar Nurul Syakirin. Ngee. Manja dan gedik..kot. :P
Partner study aku. Selalu lepak bilik dia sampai rumet aku pun tau kalau aku keluar mesti nak pergi bilik minah ni. Sampai rumet dia dah jadi rumet aku. Kalau aku tak pergi bilik dia sehari mesti dia tanya kenapa aku tak turun. Kan kiin kan? :P Ouh..kitorang ni memang study hard. Study pasal topik tuuuutt la paling hard. Muahaha.. (ahli-ahli bilik je tau topik apa..) Eeything we do together. Kalau dalam kelas selalu je conteng nota aku sebab nak hilangkan ngantuk. Pastu selalu kena cubit. Hehe.. pastu kami berempat main post post surat masa lecture. Ish3.. Masa sem 1 kami tak dapat 4flet..so masa sem 2 kami berazam nak dapat 4flet jugak. So, kitorg bayangkan HARI-HARI ADA TEST. Berkesan kot. Ouh..Kirin, I need you here. Tak best la kat UM. Tak ada partner study macam dolu-dolu. Sobss..

This is about Pini.

Nama sebenar Safini. Short and nice name.
Ouh..dia ni la ahli Group M pertama yang aku jumpa. Masa mula-mula nak tengok jadual dekat fakulti. Pini yang comel. Nampak otai tapi kadang-kadang skema jugak minah ni. Hik3.. Bukan skema, tapi sopan. Tak percaya? Mesej dengan dia ni rasa sejuk hati. Sopan je. Kadang-kadang dia join aku dengan Kiin studY. Buat tutorial Fizak sampai nak pecah kepala. Muahaha.
My very accurate partner for Chemistry Lab. Disebabkan keupayaan mata aku yang terhad, dia ni la yang jadi tukang measure. Sangat teliti. Kalau jadi pharmacist bagus ni. Hehe. Sekarang ni lab kena buat sorang-sorang. Uwaaa..


And this is about Semak.

Nama sebenar ialah Amirah. Macam mana boleh jadi Semak? Panjang ceritanya. Hehe.
Kejadian berlaku masa hari pertama nak masuk kelas. Masa tu ada kitorang duduk kat meja kat koridor tu. Sembang-sembang pasal asal-usul and sekolah lama. Dia ni asyik cakap perkataan semak je. Sebab tu lekat nama Semak. Siapa tah yang mula-mula panggil dia Semak. Haha. Budak Maresmart ni. Awal-aal lagi aku dah gaduh-gaduh manja dengan dia pasal maktab; Taiping bertemu Jasin. Pagi-pagi kalau nak pergi kelas kena tunggu dia. Bilik dia paling hujuuuuung sekali. Takpe2..kasi can. Heh..

Aish Semak..I tak ingat la birthday U bila.. :P

Macam mana pun, aku sayang kot diorang ni. Walaupun diorang tak reti pujuk aku masa aku merajuk. Hehe.
Padan muka..sape suruh merajuk..boooo Mimi..

Sekarang ni diorang dah tinggalkan aku. Semua ada kat USA lagi. Tinggal aku keseorangan kat UM. Pini ngan Semak bakal Doktor. Kiin bakal Doktor Gigi. Nanti senang la kalau aku sakit, consultation confirm free. Hihi..kita kan member. Tak sangka kami dah berjaya masuk degree. Dulu masa kat kolej selalu usha budak medik yang skema tu.. :P. Masa nak pergi kelas kan bertembung dengan diorang.

Ok la korsng. Walaupun korang jauh nun di sana, korang tetap di hati. Peace~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...