Tuesday, December 21, 2010

Bas Metro vs Bas Rapid dan Ampang

Assalamualaikum.

AMPANG.

Entah bila la akan sunyi dari ke'BUSY'an orang-orang yang suka membelah jalan. Aish..bengkek je kalau naik bas berjam-jam pastu tengok orang dalam kereta relek je duduk sorang-sorang dalam kereta yang besau-besau. Tau la kaya, naik kete pun sorang satu. Mak ai..orang-orang ni la yang buatkan jalan sesak.

Andai ditakdirkan la aku terpaksa kerja dan berumah tangga dekat Ampang ni atau mana-mana bandar yang penuh kesesakan, aku nak naik motor je la. Tak payah nak beratur buang masa atas jalan. Daripada 30 minit boleh jadi 2 jam kot kalau time orang nak balik keje tu. Grrr. Memang la tidur atas bas tu tapi tidur yang tak berkualiti la. Sakit abes urat saraf, tengkuk. Haha.

Andai ditakdirkan lagi aku dapat kerja kat pedalaman or kawasan terpencil dengan rela hatinya aku terima. Aman sikit kot dari hiruk pikuk kota raya ni. Pheww~  Kalau boleh pun nak duduk rumah yang ada bukit-bukit, banyak pokok, ada tasik ke. Bukak tingkap angin segar terus menyapa muka. Wee~
Rasa macam nak buat rumah kat tengah-tengah Taman Tasik Taiping. Hari-hari boleh guling-guling atas rumput.

BAS RAPID VS BAS METRO

Ni lagi satu masalah. Bas metro yang grrr..tak tau la nak cakap macm mana kan. Time baru nak gerak tu kadang-kadang kalah siput babi. Tak tau la speed dia. 1km/hour kot. Mak ai..kalau time nak kena cepat tu jangan la naik bas metro. Sebab diorang ni kena compete dengan bas metro n bas  yang lain. Diorang nak tunggu orang ramai naik bas baru dapat kutip banyak duit. Berebut-rebut pelanggan. Sampaikan kalau ada satu bas lagi kat belakang, diorang akan pecut sampai kalah ferrari sebab nak rebut penaik bas macam aku ni kat stesen bas yg seterusnya. Tak berhemah langsung. Tolong la. Lepas tu kalau sampai tempat hot spot macam Amapng Point ke, Ampang Park ke..suka tunggu lama-lama kat situ. Tapi bas tu tak penuh-penuh jugak. Kesian orang yang ada dalam bas tu. Kalau la ada insan yang sedang menanti mereka nun di sana mesti diorang dah blah. Maleh nak tunggu lama-lama.

Kalau bas rapid plak kadang-kadang, lambat.

Manusia ni kerja dia merungut je kan. Bukan apa, kalau aku ada kuasa la kan..aku lupuskan semua bas yang lain. Ajak semua syarikat bas metro, sj bus, rapid kl bergabung. Buat satu sistem bas je. Susun semula penjadualan bas Kasi smooth sikit..Masuk kat semua ceruk Ampang khususnya. Suke ati ko je..cakap senag la..hakhak.

Apa pun, ini la warna-warni Ampang. Nak tak nak kena terima. Mengeluh, merungut pun tak guna. Kita sebagai pengguna pandai-pandai la ejas sendiri. Pilihan terletak di tangan anda. =) ~peace~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...