Friday, December 31, 2010

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.

=)

Sumber; iluvislam


InsyaAllah..mudah-mudahan.

Thursday, December 30, 2010

Hatiku Merindukan CintaMu

Bismillahirrahmanirrahim..


Sujud padaMu
Ya Allah,
hati hambaMu ini mudah diusik,
mudah sekali terleka,
mudah sekali melupa..

Hatiku dipaut kebimbangan..
Kenapa aku tak setia mencintaiMu?
Aku rindukan rasa rindu padaMu..
Kadang aku rindu, dan aku tidak mahu rasa rindu itu pergi,.
Kerana dengan rasa rindu itu akan ku sentiasa mencariMu.

Ya Allah,
sesungguhnya aku amat merindui cintaMu,
aku ingin mengejar kemanisan yang dapat kurasakan dulu..
saat aku menyerah diri hanya untukMu

Jangan biarkan rasa cinta dan rindu ini pergi ya Tuhanku..
Izinkan aku mencintaiMu..sekali lagi..
dan selamanya..



Rindu suasana maktab yang dipenuhi dengan majlis-majlis ilmu.
Benar kata mereka, masa kat maktab semuanya diberi percuma..
Bila dah keluar terpulang kepada kita untuk mencari haluan sendiri..
Kini aku merasa benarnya kata-kata itu.
Di saat aku terbangun seketika, aku meminta padaNya agar dikekalkan rasa cinta itu..
Namun aku manusia, sentiasa alpa. Dan acap kali aku terbangun dari mimpi, aku menyesali kesilapan diri kerna membiarkan hati berdaki.
Sukarnya untuk menetapkan hati.. Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberikan hidayah kepada kami. Berilah ketetapan dalam hati-hati kami..

Izinkan aku mencintaiMu..

Tuesday, December 28, 2010

Mari Memasak

Assalamualaikum.

Ok. Menu kita hari ini ialah sambal udang dan ikan goreng. Sayur tengok la kalau rajin.

Nak masak ni tuan/puan, tak ada la susah sangat. Jadi gadis-gadis di luar sana yang tak pernah cuba memasak atau rasa-rasa macam tak pandai masak, jangan risau. Mungkin anda ada bakat terpendam Belum cuba belum tau.

Haha. Aku ni cakap, macam la reti sangat. Ala..sikit-sikit boleh la. Setakat sambal tu lepas la. Hehe. Ok what. Hari ni sambal telur, esok sambal ayam..pastu sambal udang, sambal otong, sambal ikan bilis...haha.

Kalau nak belajar masak, mulakan la dari yan paling senang. Nasi goreng, mee goreng n segala goreng la. Basic la tu kiranya. Muahaha. Lepas tu try sambal, masakan yang rebus-rebus. Then kari, masak lomak, asam podas..Hentam je..campak-cmpak je apa yang ada dalam kuali tu. Hahaha.

Betul ni. Campak-campak je. Asalkan boleh ngap.
Setakat ni boleh la sikit-sikit. Sebab kalau bukan aku yang masak siapa lagi. Takkan nak tunggu abah masak. Dah la kerja, pastu balik penat-penat nak kena masak lagi. Huk3..

Daripada tak reti aku belajar la sikit-sikit. Ingat masa tolong arwah mak kat dapur dulu. Lepas tu masa arwah sakit, dia bagi tau aku kalau nak masak ni nak letak apa. Lepas tu aku buat la kat dapur..
Lepas tu try sendiri la. Try and error.  Tengok-tengok orang masak. Hehe.

Abah la jadi tukang kritik. Hehe.

Masak ni best tapi bab nak menyiang ikan yang maleh. Kalau ikan kecik hancur dibuatnya kalau bagi aku yang siang. Haha.

Apa Yang Paling Kuat?

Dikisahkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi & Ahmad :
Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairanan dengan penciptaan gunung tersebut.
Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?"
Allah menjawab, "Ada, iaitu besi"
Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?"
Allah yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api."
Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?"
Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air."
Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin."
Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab,
"Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya."
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah dan beramal tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah dan amalan yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada rasa untuk diketahui oleh orang lain.
Ayuh, periksa hati yang menuntun amalmu. Semarakkan rasa khauf lillah pada tiap apa yang kau kerjakan.



Sumber

Monday, December 27, 2010

Siapa Cakap Jadi Surirumah Senang?

Assalamualaikum.

Wah..penat. Tak habis kemas lagi ni. Adeh.. Sampah tak sapu lagi. Kat dapur tak habis kemas lagi. Tadi baru  je tukar cadar baru, kemas buku-buku Tasya, kemas laci-laci. Penat la juak. Tapi baru sikit ni. Lepas ni nak masak, kemas dapur, kemas kat depan. Ouh.baju tak sidai lagi.

Masa ni baru la kita rasa apa yang mak kita rasa sebelum ni. Alangkah bahagia kalau dapat anak-anak yang rajin tolong dan dengar cakap. Tapi arwah mak dulu tak pernah pun bersungut walaupun kadang-kadang aku tak tolong buat kerja rumah. Kalau balik cuti pun asyik tidur je. Masa kat asrama kan jadual pack. Tak ada masa nak rehat. So balik rumah rehat sepuas-puasnya. Mak sangat memahami. Kalau aku bangun lambat pun dia tak marah. Tapi tak de la sampai tengah hari. Erm..rindunya.

Sekarang ni kerja rumah siapa lagi yang kena buat kalau tak anak sulung. Takkan nak suruh Tasya masak kot. Tapi syukurlah Tasya ni berdikari.

Erk..jap, nk sambung kerja..hihi

1 jam kemudian..

Ok..jom sambung.

Tugas-tugas suri rumah merangkumi hal ehwal rumah tangga, menjaga kebersihan dan keceriaan rumah, mendidik anak-anak,  pengurusan kewangan, penyediaan juadah..huhu. Banyak lagi la.

Penat sebenarnya jadi suri rumah. Tapi disebabkan semua kerja yang dibuat tu atas dasar kasih sayang dan keikhlasan maka semuanya bukan satu beban bagi mereka. Wah..tambah-tambah lagi yang bekerja tapi still boleh mentadbir rumah dengan baik, didikan yang lengkap untuk anak-anak. Pergh..

Penat tau balik kerja nak melayan macam-macam kerenah anak. Nak masak untuk makan malam lagi. Adoi..

Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri sebagai seorang kakak dan anak, bukan sebagai seorang isteri. Muahaha. Tak tau la kalau ada keluarga sendiri macam mana nanti kan. Hee. :D

Di Sebalik Karipap

Assalamualaikum.

Pernah makan karipap kan? Nyumm..sedap.
Tapi kadang-kadang kalau kita beli karipap, hampeh. Nama je karipap tp inti dia tak ada rasa kari pun. Kentang pun alahai..ciput je. Kulit dia je yang kembung.Nampak la besar.

Karipap..nyumm


Itu la yang berlaku Ahad lepas. Abah pergi beli karipap kat kedai mak cik bawah tu.
Nak meniaga buat la cara nak meniaga, hati pelanggan kena jaga. Takkan la nak meniaga nak buat cincai-cincai je. Ini bukan karipap. Dush!

Bukan karipap je. Kadang-kadang peniaga ni buat ala kadar je.
Tau tak meniaga ni punca rezeki? Apa la salahnya buat elok-elok. Kalau orang piuas hati hari-hari orang nak beli kot.

Yang paling slalu soal telur tak basuh. Telur yang tak basuh tu kadang-kadang ada najis yang melekat kat kulit dia. Kalau kita masak termasuk najis tu sekali walaupun tak nampak secara kasar tapi sedikit sebanyak akan bagi kesan kat hati kita. Akan jadi darah daging kita.

Moral of the story: Masak sendiri laa..haha. Puas hati. :D

Friday, December 24, 2010

Haiyak..Go Away!

Dear  you..

Please..go away..
Go..
Please..
I'm just nothing to you right?
Yeah..sure..
They are right..I should just..forgetting you..

Go away from my mind...
Have your own wonderful life..
A better world to live without me..
And a better world without you..perhaps.

:'(

Awat ni Mimi? Lepak suda..
Sedey...
Sudah la tu..lupekan je.. 
I'm trying..but its harder than I've ever thought..
Then, try harder k..don't need to be so sad la..
Nanti kita cari lain ea..
Hu..cari lain? Wee..ok!
Hish..macam-macam la budak ni..adoi..
Erm..aga2 bole dpt yg sama x?
Nak cari yg sama memang takkan jumpe la sayang oii.. 
Oh..yeke..uwaaaa
Eh budak ni..dah dah..jangan dok teriak lagi..malu org tgk tu..
Sob3..yela2.. tak mo ingat dah. Tak mo carik yg lain. Biar je laa..
Lorh..camtu plak..adeh..penin palo eden..
Hee.. dah bese mcm ni..nk wat gano..biarlah..maleh nk pk..
Hoho..ok2..ang pk lagi aku tampaq hang. 
Ngee..yela2..

There's nothing you can say..
Nothing you can do 
There's no other way when it comes to the truth
So keep holding on.. yeah!


Muahaha..bosannnnnn...



 

Thursday, December 23, 2010

Group M: Best La Korang

Assalamualaikum..

Huhu..bosan la. Tak habis-habis ingat kat group M. Reunion lambat lagi. Asyik muka aku je post kat wall Reunion Lagi? tu..syok sendiri. Haha.

Group M atau zaman Asasi adalah antara aman tebaik dalam hidup aku.

Pertama sebab aku kenal semua orang dalam group aku dan baik dengan semua orang. Ataupun terpaksa baik sebab nak mintak duit kelas.

Kedua sebab ada Kiin, Pini, and Semak. Wawawa..the best geng I ever have. Geng gelak guling-guling, geng study, geng tiru lab report..hehe, geng pergi kelas sama-sama, geng merajuk-rajuk..ngee, geng stalker orang..oops,geng cupcakes..huhu..sayang korang weh. Kali ini punya post special untuk korang.. ^^

Tak sama tapi serupa..dari kiri: erk..x ingat ak la yang mana satu..

Comel la diorang.. :D

Malam cupcakes dan drama. Lokasi: Gazebo Melati.

Cak! Peace~ :D

Rindunya bila tengok gambar lama.

This is about Kiin.

Nama sebenar Nurul Syakirin. Ngee. Manja dan gedik..kot. :P
Partner study aku. Selalu lepak bilik dia sampai rumet aku pun tau kalau aku keluar mesti nak pergi bilik minah ni. Sampai rumet dia dah jadi rumet aku. Kalau aku tak pergi bilik dia sehari mesti dia tanya kenapa aku tak turun. Kan kiin kan? :P Ouh..kitorang ni memang study hard. Study pasal topik tuuuutt la paling hard. Muahaha.. (ahli-ahli bilik je tau topik apa..) Eeything we do together. Kalau dalam kelas selalu je conteng nota aku sebab nak hilangkan ngantuk. Pastu selalu kena cubit. Hehe.. pastu kami berempat main post post surat masa lecture. Ish3.. Masa sem 1 kami tak dapat 4flet..so masa sem 2 kami berazam nak dapat 4flet jugak. So, kitorg bayangkan HARI-HARI ADA TEST. Berkesan kot. Ouh..Kirin, I need you here. Tak best la kat UM. Tak ada partner study macam dolu-dolu. Sobss..

This is about Pini.

Nama sebenar Safini. Short and nice name.
Ouh..dia ni la ahli Group M pertama yang aku jumpa. Masa mula-mula nak tengok jadual dekat fakulti. Pini yang comel. Nampak otai tapi kadang-kadang skema jugak minah ni. Hik3.. Bukan skema, tapi sopan. Tak percaya? Mesej dengan dia ni rasa sejuk hati. Sopan je. Kadang-kadang dia join aku dengan Kiin studY. Buat tutorial Fizak sampai nak pecah kepala. Muahaha.
My very accurate partner for Chemistry Lab. Disebabkan keupayaan mata aku yang terhad, dia ni la yang jadi tukang measure. Sangat teliti. Kalau jadi pharmacist bagus ni. Hehe. Sekarang ni lab kena buat sorang-sorang. Uwaaa..


And this is about Semak.

Nama sebenar ialah Amirah. Macam mana boleh jadi Semak? Panjang ceritanya. Hehe.
Kejadian berlaku masa hari pertama nak masuk kelas. Masa tu ada kitorang duduk kat meja kat koridor tu. Sembang-sembang pasal asal-usul and sekolah lama. Dia ni asyik cakap perkataan semak je. Sebab tu lekat nama Semak. Siapa tah yang mula-mula panggil dia Semak. Haha. Budak Maresmart ni. Awal-aal lagi aku dah gaduh-gaduh manja dengan dia pasal maktab; Taiping bertemu Jasin. Pagi-pagi kalau nak pergi kelas kena tunggu dia. Bilik dia paling hujuuuuung sekali. Takpe2..kasi can. Heh..

Aish Semak..I tak ingat la birthday U bila.. :P

Macam mana pun, aku sayang kot diorang ni. Walaupun diorang tak reti pujuk aku masa aku merajuk. Hehe.
Padan muka..sape suruh merajuk..boooo Mimi..

Sekarang ni diorang dah tinggalkan aku. Semua ada kat USA lagi. Tinggal aku keseorangan kat UM. Pini ngan Semak bakal Doktor. Kiin bakal Doktor Gigi. Nanti senang la kalau aku sakit, consultation confirm free. Hihi..kita kan member. Tak sangka kami dah berjaya masuk degree. Dulu masa kat kolej selalu usha budak medik yang skema tu.. :P. Masa nak pergi kelas kan bertembung dengan diorang.

Ok la korsng. Walaupun korang jauh nun di sana, korang tetap di hati. Peace~

Wednesday, December 22, 2010

2011..20 Tahun Sudah

Assalamualaikum..

Lagi sikit hari nak masuk 211 dah. Last week dah masuk tahun baru Hijrah 1432. Yeah..pasang azam. Mulakan semangat baru. Lupakan benda-benda yang tak patut diingat.

Dan tahun depan, sesiapa yang sebaya dengan aku akan masuk alam 20an. Tu dia..20 kot!

20,21,22.....29. Dalam jangka masa sepuluh tahun ni macam-macam boleh berlaku. Sedar tak sedar dah nak masuk alam dewasa. Eeee.tak mau. Jadi orang dewasa banyak tanggungjawab. Tapi mana boleh nak elak. Ini lah realiti hidup. Makin hari makin tua. Muahaha.

Awal 20an ni kena tumpukan pada pembinaan karakter, personaliti, kerjaya dan kewangan. 2014 grad insyaAllah. Lepas tu kerja! Wah..tak sabar nak habis belajar! Habis belajar kerja..Lepas kerja? Ngee..lepas kerja apa tah. Lu pikir la sendiri.. :P Semoa jalan kami dipermudahkan olehNya.


2011=20 years. 
Happy 20th Eeryone.. ^^

Obliging: Learn to Say No

Bismillahirrahmanirrahim..

Obliging: can not say no. Senang cakap obliging ni maksudnya susah nak tolak permintaan orang. Masa form 5 dulu teacher ada sebut dalam kelas. Tak tau la betul ke tak sebab tak pernah tengok kamus. Hee.. :D

Am I obliging? Ouh..sometimes. Can not see people heart broken la when their request is rejected. Ouh..ayat BI tunggang langgang..haha. For example when someone asked me nak teman dia pergi mana-mana padahal aku malas la sangat nak pergi mana-mana and mungkin ada hal penting yang kena settlekan secepatnya. But I just say 'YES', ' sure', 'why not' or what so ever.

Kadang-kadang menjerat diri sendiri. So I have to learn how to say NO.

Tuesday, December 21, 2010

Bas Metro vs Bas Rapid dan Ampang

Assalamualaikum.

AMPANG.

Entah bila la akan sunyi dari ke'BUSY'an orang-orang yang suka membelah jalan. Aish..bengkek je kalau naik bas berjam-jam pastu tengok orang dalam kereta relek je duduk sorang-sorang dalam kereta yang besau-besau. Tau la kaya, naik kete pun sorang satu. Mak ai..orang-orang ni la yang buatkan jalan sesak.

Andai ditakdirkan la aku terpaksa kerja dan berumah tangga dekat Ampang ni atau mana-mana bandar yang penuh kesesakan, aku nak naik motor je la. Tak payah nak beratur buang masa atas jalan. Daripada 30 minit boleh jadi 2 jam kot kalau time orang nak balik keje tu. Grrr. Memang la tidur atas bas tu tapi tidur yang tak berkualiti la. Sakit abes urat saraf, tengkuk. Haha.

Andai ditakdirkan lagi aku dapat kerja kat pedalaman or kawasan terpencil dengan rela hatinya aku terima. Aman sikit kot dari hiruk pikuk kota raya ni. Pheww~  Kalau boleh pun nak duduk rumah yang ada bukit-bukit, banyak pokok, ada tasik ke. Bukak tingkap angin segar terus menyapa muka. Wee~
Rasa macam nak buat rumah kat tengah-tengah Taman Tasik Taiping. Hari-hari boleh guling-guling atas rumput.

BAS RAPID VS BAS METRO

Ni lagi satu masalah. Bas metro yang grrr..tak tau la nak cakap macm mana kan. Time baru nak gerak tu kadang-kadang kalah siput babi. Tak tau la speed dia. 1km/hour kot. Mak ai..kalau time nak kena cepat tu jangan la naik bas metro. Sebab diorang ni kena compete dengan bas metro n bas  yang lain. Diorang nak tunggu orang ramai naik bas baru dapat kutip banyak duit. Berebut-rebut pelanggan. Sampaikan kalau ada satu bas lagi kat belakang, diorang akan pecut sampai kalah ferrari sebab nak rebut penaik bas macam aku ni kat stesen bas yg seterusnya. Tak berhemah langsung. Tolong la. Lepas tu kalau sampai tempat hot spot macam Amapng Point ke, Ampang Park ke..suka tunggu lama-lama kat situ. Tapi bas tu tak penuh-penuh jugak. Kesian orang yang ada dalam bas tu. Kalau la ada insan yang sedang menanti mereka nun di sana mesti diorang dah blah. Maleh nak tunggu lama-lama.

Kalau bas rapid plak kadang-kadang, lambat.

Manusia ni kerja dia merungut je kan. Bukan apa, kalau aku ada kuasa la kan..aku lupuskan semua bas yang lain. Ajak semua syarikat bas metro, sj bus, rapid kl bergabung. Buat satu sistem bas je. Susun semula penjadualan bas Kasi smooth sikit..Masuk kat semua ceruk Ampang khususnya. Suke ati ko je..cakap senag la..hakhak.

Apa pun, ini la warna-warni Ampang. Nak tak nak kena terima. Mengeluh, merungut pun tak guna. Kita sebagai pengguna pandai-pandai la ejas sendiri. Pilihan terletak di tangan anda. =) ~peace~

Monday, December 20, 2010

Group M: Norliza Sharmin (Special Dedication)

Dear Norliza.

Norliza Sharmin. Sedap nama dia.
Bagi sesiapa yang tak kenal dia, mesti ingat dia ni sombong, pelik atau apa-apa andaian untuk orang yang tak banyak bercakap dan bergaul. Tapi itulah yang uniknya Norliza ni ataulebih mesra 'akak'.. Aku je kot yang panggil dia macam tu.

Bila tengok orang senyap ni aku selalu terpanggil nak borak-borak dengan dia. Kalau dengan orang yang banyak cakap aku yang penat tadah telinga..haha. Dia ni comel je. Kelakar and selamba. Tu la orang kata, tak kenal maka tak cinta. Masa first sem memang tak rapat langsung dengan dia. Tengah-tengah sem 2 kot baru rapat. Tapi dia mesra je dengan aku. Kami selalu mesej n borak kat YM..

Kitorang pernah keluar sekali pergi KLCC. And kejap lagi kami nak pergi beli barang kat Mydin. Before tu nak singgah UM jap. Semangat akak nak bawak ole-ole dari Klate. Hehe. Asam kot..yeay!

Apa yang penting, aku harap dia teruskan usaha. Ye akak. SELAMAT BERJUANG.. =)

Anak Siapa La Ni?

Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah, kia masih dipanjangkan nyawa untuk menghirup udara pagi yang nyaman. Ditambah lagi dengan hujan yang turun entah dari pukul berapa. Maka beruntunglah orang yang dpat bangun di awal pagi mengerjakan solat Subuh.

Semalam masa naik LRT menuju ke Ampang, ada la nampak seorang budak lelaki ni. Ke hulu ke hilir. Aku ingat pak cik tua depan ni ayah dia, rupanya bukan. Bila dah tak ramai orang dalam tren tu budak tu datang kat aku.

Dengan cara percakapan yang pelat tu dia tanya, 'akak ni nak pergi Sentul ye?'
Aku jawab, 'eh, bukan la dik..adik nak pergi mana ni?'
Budak tu nak peri Sentul. Adoi, arah bertentangan tu. Alang-alang dah nak sampai Ampang aku suruh la dia tunggu tren tu pusing balik.

Sempat jugak la aku borak-borak dengan dia. Budak ni rupanya nak masuk darjah 6. Tau pulak sekolah bukak 3 Jan. Aku tanya mak dengan ayah tau tak dia naik tren sorang-sorang ni. Dia angguk je. Bila tanya mak dengan ayah kerja apa. Dia buat gaya orang tengah menyapu n potong bunga. Ouh..ayah dia kerja Alam Flora. Mak dia tukang kebun kot. Kesian budak ni.

Kesian bukan sebab mak dengan ayah dia kerja macam tu. Tapi kesian sebab terbiar macam tu je. Dalam hati mesti orang lain termasuk aku, akan persoalkan 'ANAK SIAPA LA NI?'
Makan minum entah macam mana. Lepas tu senang-senang je orang nak culik.

Senaio ni boleh berlaku kat sesiapa pun. Termasuk diri kita. Mana-mana kita pergi orang akan tanya, ANAK SIAPA LA NI. Cuma bezanya atas sebab apa orang akan bertanya. Kalau seorang murid yamg cemerlang, pelajar yang berdedikasi, disenangi oleh semua orang, soleh dan solehah, mesti orang akan bertanya, ANAK SIAPA LA NI. Bertuah mak dan ayah dia. Tidakkah itu akan membuat mak dan ayah kita rasa bangga? Bukan setakat bangga malah teramat bersyukur kerana permata yang mereka didik menjadi permata yang berkilau.

Tapi, kalau seorang kanak-kanak mahupun remaja seperti budak tadi, orang akan tanya 'ANAK SIAPA LA NI' kesian dia. Orang tak akan salahkan budak tu tapi orang akan tanya ,'mana la mak ayah budak ni?' Bukan apa. Kesian la kat budak-budak.
Untuk melihat apa akan berlaku pada masa akan datang, lihatlah pada anak muda yang ada pada hari ini.

Sebelum nak jadi ibu bapa, silalah lengkapkan ilmu bagaimana nak jadi ibu bapa yang baik untuk membentuk insan yang bertaqwa. Bukan senang weh nak jadi mak orang. Haha. Melalut suda..haha

Sekian. :D

Group M: Reunion Lagi?

Salam ukhuwah abadan abada..

Group M ni asyik nak buat reunion je. Ish3..idea siapa la ni kan? Tak nak ngaku.. 

Erm..kalau tak buat nanti ada la orang kata rindu. So, buat je la kan.
Lepas ni tak nak buat lagi boleh tak? Tunggu sampai masing-masing dah grad ke..baru syok. Haha.

Apa la yang best sangat group M ni eh? Aku pun tak faham. M untuk Mimi kot..tetiba je. Tak de kena mengena la Mimi ..

Ye..reunion ini tujuannya untuk mengeratkan kasih sayang dan bertukar khabar serta berita masing-masing. Sihat ke tak. Study macam mana. So far dah belajar apa. Life ok ke tak.
Ye la. Kami kan saling sayang menyayangi. 

8 Januari 2011. Tahun baru. Semangat baru. Tapi tak tau nak buat kat mana. Tak decide lagi. Haha.

OK kawan-kawan. Walaupun korang tak akan baca apa yang aku nak tulis ni sebab aku memang tak nak orang baca pun..hehe. I LOVE U ALL..SO MUCH~ and please don't forget to love me back. Ahaks~

Until then..c ya!
 

Nak Nangis Kejap Boleh Tak?

Kenapa ni Mimi?
I want to cry but I can't..

What's your probs dear?
I don't know. Just want to cry. 
Actually..I'm woory about myself, about my adik2, about my future. 

Yang paling merunsingkan pasal adik2 kesayanganku, GG n Tasya. Kakak sayang korang.
Tasya..maafkan kakak. Kakak tak dapat jaga Tasya sebaik mungkin. Sebaik mak. Sayang..Tasya pandai, cerdik dari kakak  n abang. Tapi kakak tak sempat nak luangkan masa nak ajar Tasya, uruskan Tasya pergi sekolah. Ikat rambut Tasya. Kakak kesian tengok Tasya kena duduk rumah Kak Zah. Kalau boleh kaka nak duduk rumah hantar Tasya naik bas sekolah hari-hari.

Gg..kakak tak tau nak cakap macam mana. Tapi please, kalau nak buat apa-apa ingat la arwah mak kat sana dik. Kakak percaya kat abang macam mana mak dengan abah percaya kat abang. Jangan sia-siakan kepercayaan kami. Kakak tau life kat MRSM ni tak seronok macam kat sekolah biasa. Hubungan dengan kawan-kawan, suasana study..kakak tau. Kakak dulu pun tak ramai kawan. Tapi peluang ni guna la sebaik-baiknya. Please..kalau sayang kakak, kalau sayang mak n abah. 

Tolonglah..I can't stop my tears..

Remember He is always by your side. You need to be strong. Jauh lagi perjalanan Mimi..
Yes I know..thanks.


Ni la cara nak pujuk diri sendiri. Now I can smile. =)
Hidup tak selalu indah. Perjalanan kadang kala terasa jerihnya. Cuma kita perlu ingat kita ada Dia.


 
 

Tuesday, December 14, 2010

Group M: Pengenalan

Salam Ukhuwahfillah abadan abada..insyaAllah.

Haa. Nampak gambar pelangi dan matahari yang tersenyum ni? Macam ni la aku nak gambarkan betapa aku bahagia, gembira dan seronok giler ah dapat jadi a part of this group. Tanpa aku siapalah mereka. Hahaha. Koya la Mimi..

Al kisahnya..group M ni adalah group aku masa Asasi Sains kat UiTM Shah Alam atau nama mesranya USA.

Kenapa la aku sayang sangat group ni..orang-orang dalam group ni? 

Profile Ringkas Group M

Group M=Group 13 daripada 13 group yang ada kat situ.
Beribu pejabat di Fakulti Sains Gunaan. Menetap di Kolej Melati bagi pelakjar perempuan dan Kolej Perindu untuk pelajar lelaki. Perindu lagi dkat dgn fakulti..tak aci!
Kami semua mengambil 4 subjek iaitu: Matematik, Biologi, Kimia dan Fizik. Diajar oleh lecturer-lecturer yang hebat belaka. Dan sebahagiannya dibimbing oleh tutor yang tak kurang hebatnya.
Organisasi kelas ini terdiri daripada class representative dan bendahari kot. Haha.
Yeah..this is what I should keep in my wonderful memory from group M.

For the first Semester, our classrep is Mohd. Hafiz Azham atau nama glamournya pada masa, Mr. Apih.
Budak ni tak mau buat kerja sorang-sorang so dia pun nak lantik bendahari. Masa nak lantik tu tak ada suggestion kot..tak ingat la tapi yang aku ingat masa tu aku maleh nak dengar. Nak balik, kelas dah habis....haha. Last2 aku dengar dia kata nama yang dia pick tu akan jadi bendahari akan jadi bendahari tanpa bantahan. Lepas tu aku macam dengar nama aku disebut. Aik..asal diorang pandang aku ni? Aiahh..aku nampak ada Mr. Ajim di sebelah Mr. Apih ya..grrrr. Ajim..schoolmate aku. Kat maktab tak pernah tegur pun. Haha. Alamak ai..aku ke? Aish..kenapa bukan Maziah ke..huuu.

Seingat aku, last sekali aku jadi bendahari masa kat Tasek Permai. Kat maktab aku tak ada apa-apa jawatan melainkan aku yg offer diri mcm PRS ru. Haha. Hek eleh..kecoh la Mimi ni. Wekkk.. :P

Tapi..banyak kot duit aku pegang tambah2 masa budak2 ni nak beli buku. Satu buku mau RM 80, RM 87.. kali dengan lebih kurang 40 orang. Aiyoo..hari2 aku duk kira duit takut short mana2. Lecturer plak suruh aku simpan 3-4 hari. Nak tidur pun mata tengok kat locker. Haha.

OK la. Cerita pasal aku je ni apesal. Muahaha..dah blog aku mesti la cerita pasal aku kan..ngee

Nah..ni gambar budak group M yang cantik lagi hensem..kot

Gambar ni dah mencapai 533 comment hasil kerja keras aku..hahaha
 Ni budak perempuan..tak semua ada dalam gambar ni.

Tengok ni..happy je diorang..hee

Hihi..comel kan? Muka innocent je semua..
 Budak laki yang tinggal selepas beberapa orang berhijrah.

Semua bertindak mengikiut arahan..muahaha

Jap..nanti sambung ea.. :D
 

Sunday, December 12, 2010

SMS Merah Jambu

Sumber: SHOUTUL IKHWAH
"Tetap istiqomah Ukhti..Selamat Berjuang. Semoga Allah sentiasa bersamamu."
Sender : Akhi +6013xxxxxxx

Senyum timbul dari wajahnya. Seperti ada kehangatan menjalar di dada yang membuatkan degupan jantungnya bertambah cepat. Akal sihatnya bertanya-tanya, "Kenapa dengan aku ni?" Namun segera disangkalnya, "Tak ada apa-apalah! Aku cuma gembira sebab ada rakan seperjuangan yang mendoakan."

Dia segera mengunci pintu bilik dan berlalu ke arah motorsikalnya, ada dauroh. Dia berlari sambil membawa sekeping rasa bahagia membaca sms tadi yang sebahagian besarnya bukan kerana isinya, tetapi kerana nama pengirimnya.




"Ana tengah mengisi halaqoh ni. Doakan agar mad'u-mad'u ini semakin meningkat kefahamannya."
Sender : Akhi +6013xxxxxxx

"Kenapa dia cerita pada aku?" Nada protes bergema di benaknya. Tetapi di suatu tempat, entah di mana, terasa bagaikan ada hembusan lembut angin lalu. Tidak semena-mena dirinya merasa bangga kerana menjadi wanita terpilih menerima SMS tersebut.

Pagi itu telefon bimbit kesayangannya berbunyi,

 "Allah pasti membantu mereka yang memperjuangkan agama-Nya. Ukhti, jawab exam betul-betul! Ma'a At-Taufiq Wa An-Najah Fi Al-Imtihan!"

Hatinya melonjak-lonjak bahagia. "Mesti aku dapat jawab dengan mantap hari ni!" Dibacanya SMS dengan berbunga-bunga. Tetapi pengirimnya...

Sender : Ukhti +6013xxxxxxx

Senyumannya memudar. Tarikan nafas panjang. Kecewa. Bukan dari dia. Telefon bimbit berbunyi lagi.

"Semoga Allah membantu hamba-hambanya yang sentiasa memperjuangkan agama-Nya. Selamat Maju Jaya Dalam Peperiksaan."
Sender : Ikhwah +6013xxxxxxx

Dia! Sinaran mentari pagi itu kelihatan seperti warna spektrum yang indah memancar. Senyumannya mengambang lagi. Hatinya bagai bunga-bunga yang mengambang di musim semi. Mekar dan indah.

Biasa dengar?

Cerita di atas adalah corat-coret gerak hati seorang aktivis dakwah di negeri atas angin yang boleh jadi negeri yang sangat dekat dengan kita. Gerak hati yang mungkin pernah bersemayam di dada kebanyakan daripada kita juga. Mungkin ada yang sedang tertawa kecil atau tersenyum-senyum dan berbisik perlahan, "Macam cerita aku je ni," saat membacanya. (^_^)


Penggunaan kata akhi dan ukhti tadi bolehlah diubah kepada sahabat atau sahabiah, mana-mana kata yang biasa diguna dalam kehidupan seharian pembaca. Boleh juga pengirimnya adalah perempuan dan penerimanya adalah lelaki. Pokoknya ia SMS yang dihantar kepada lawan jenis.

Mari cermati bahagian akhir daripada cerita tadi. Kalimat SMS keduanya hampir sama, yang isinya mengucapkan dan mendoakan agar berjaya dalam peperiksaan. SMS yang sama tetapi menghasilkan perasaan yang amat jauh berbeza. Kerana baginya yang lebih utama itu siapa yang mengirimnya, bukan apa yang dikatanya.

Namun sebenarnya, apakah Allah itu membezakan doa antara lelaki dan perempuan? Mengapa menjadi bahagia saat dia yang berlawanan jantina yang mendoakan?

Perkara inilah yang perlu kita cermati dan lihat dari kaca mata yang benar. Terkadang kita tidak perasan dan membiarkan diri kita hanyut dalam alam luar sedar. Dengan berbekalkan alasan bahawa, "Itu hanya sebuah SMS,” atau “Alah, email je.”

Perangkap

Sedarlah, bahawa itulah perangkap syaitan. Ia menguji kita dengan menggunakan fitrah insani yang telah lama berada dalam jiwa. Fitrah ketertarikan terhadap lawan jenis.

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).
[Q.S. Ali ‘Imran, 3:14]

da5id2112 on deviantART

Apalah gunanya kita jadi bersemangat dan semakin kuat, lantaran sumber semangat dan kekuatan itu adalah sesuatu yang tidak jelas? Malah kemungkinan ia hanyalah jelas-jelas sebuah dosa. Kerana hati berbunga-bunga, menikmati sorotan nafsu di dalam jiwa. Jadilah zina hati yang membuahkan dosa.

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”
[Sahih Muslim, hadis ke 2282]

Nak SMS juga?

Wahai hati, apabila engkau menginginkan SMS-SMS seperti itu, maka tanyakanlah kepada hatimu. “Apa yang aku inginkan sebenarnya? Penghargaan daripada dia atau Dia?” Lalu beristighfarlah. Sungguh, kita semua mengetahui bahawa diri kita lemah. Maka kuatkanlah dengan zikrullah.

Wahai hati, apabila tanganmu gatal untuk menaip email-email yang berkemungkinan mengundang musim bunga dalam jiwa mereka, maka pertanyakan kepada dirimu, “Bukankah masih ramai ikhwah-ikhwahku yang memerlukan kata nasihat dan pemangkin semangat?”
Lalu hantarlah SMS tersebut kepada mereka. Layarkanlah email penguat semangat kepada teman-teman seperjuangan tercinta. Itu jauh lebih diredhai-Nya, insya-Allah.

Penutup : Saat Itu Pasti Tiba

Ada saatnya. Akan ada saatnya nanti telefon bimbit kita akan berdering dengan masuknya SMS-SMS romantis. SMS-SMS yang walaupun hurufnya hitam semua, tetapi tetap ber’aura’kan merah jambu. Untuk seseorang dan dari seseorang yang telah dihalalkan untuk berbagi hidup dan segala kata cinta yang ada di dalam kamus-kamus cinta. Cinta yang bermuara kepada pencipta-Nya. Cinta dalam Cinta.

Bersabarlah untuk saat indah itu.

“Salam. Abang nak mengisi dauroh ni. Kat depan ni ada lautan bidadari bertudung labuh. Tapi tak ada secantik bidadariku di istana Baiti Jannati. Tunggu abang balik ye.”

Tak percaya tanyalah Ustaz Hasrizal! (^_^)

“Salam. Jaga hati ye. Nanti saya masak sedap-sedap untuk abang.”

Ya, hanya untuk dia akan ditaip semua SMS itu. The Pinkest Short Message Services. SMS-SMS paling merah jambu!

Salam ukhuwahfillah..

Aisyy,,terasa kot baca ni..ermm..kena batang hidung sendiri..kn?
What should I do?  
Kadang-kadang hati berkata, ''let him go..if he is made for you, he will be back'', ''forget him..''
Tapi hati yang satu lagi memberontak, ''oh no, gonna miss him. Lagipun dia bukan tau. Aku buat macam kawan biasa je..'', ''alaa..mesej good luck exam je..'', ''bukan couple pun..''.. macam-macam la lagi kan..huhu


Haish..dugaan hati. Ermm..

Konklusinya, bercinta dengan suami perlu dikekalkan. InsyaAllah. Cuma sekarang kena pandai kawal. OK Mimi? Ouuhhh YES~ I'll try.. :D

Friday, December 10, 2010

I'm Not Totally Free Yet..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..selamat sudah Sem 1 dengan gilang gemilang nya! Hooorayyy..

Nak kata happy sangat tu tak de la. Entah, masa exam tak de feel, dah habis pun tak de feel. Rasa macam biasa je. Haha.. Sebab dah banyak sangat jalan kot before paper organic..hehe
But now, I'm totally free! I'm not totally free yet actually..sigh!

I'm totally free.. :D
Sebelum cerita pasal holiday, meh cerita pasal kesengsaraan masa exam.
Study week yang diberikan kepada kami ialah 3 minggu! Hahh..
First week tak balik rumah..memang semangat la study kan. Sampai tak on9 langsung. Acecey~
Siap dengan jadual study lagi..walaupun tak follow 100% tapi at least teratur jgk la jadual aku. Haha.
 
Masuk minggu kedua..semua orang sibuk nak balik sebab kalau stay lagi minggu tu, kena bayar untuk penginapan kat kolej tu. Adoi..cekik darah la diorang ni. Ku dengan Kk Da pun tukar tiket lagi awal. Nak tak nak aku pun balik la jugak. Bukan tak nak balik, tapi memang kompem la duduk rumah tak study.
Ha, kan betul. Baca lima minit, tido sejam..zzzzzz~

Sampai la raya korban..pastu balik UM hari Jumaat. Semangat balik awal. Hehe.

First paper, Monday: HE.
Sehari dua nak exam baru nak bukak buku. Sempat lagi tengok Lin Dan lawan Chong Wei malam tu. Haha.
Tapi, OK la jugak soalan. Berbaloi la tengok badminton malam tu. Hehe. Nasib baik soalan ABC je. Bulat bulat mana yang rasa betul. Muahaha..

Next 3 day, Thursdays: ANAT
Orang kata paper ni wajib A. Aku kata, insyaAllah..mudah-mudahan. Not less than B+..
Ada banyak jugak kot yang tak boleh jawab. Uwaaa.. Soalan yang tidak terjangkakan. Yang tak ingat langsung walaupun sebenarnya dah hafal benda tu dari awal lagi. Characteristics of muscle. Excitation dengan excitability je aku ingat.Padahal dah dalam kepala kot before ni. MasyaAllah..masa tu baru sedar akan hakikat, kalau Allah tak izinkan tak kan berlaku. Aku dah cuba tenangkan diri, selawat banyak-banyak tapi tak ingat jugak lagi dua tu. Tak pe la..aku redha. Istighfar banyak Mimi..

Lepas Anat, pergi KLCC jap. Bayar bil broadband. Hehe.

Second week, Monday: FISIO
Wah, paper killer nih. Dah baca dah semua masa study week. Tapi still tak cukup. Tak ingat apa-apa pun.
 Sob3..
4 hari gap tu memang digunakan untuk Fisio je. Padahal hari Selasa ada Statistik. Khamis ada Basic Chem. Ooo..i need to study very very hard for my Fisio. Test hari tu kan teruk gila gila. Time Fisio tu semua concentrate je masa study. Duduk kat bilik study dari pagi sampai pagi. Malam nak exam tu tidur pukul 1 ke 2 tah. Nak tidur pun takut kot. Pastu bangun pukul 4 lebih. Tenangkan fikiran. Pasang Senandung al-Fatihah. Alhamdulillah, tenang je hati. Dah cerita kot kat post sebelum ni. Hehe.

Next day, STAT:
Haha. Siapa kata Stat ni senang? Memang senang pun sebenarnya. Masa study week dah habis revise semua. Siyes..rasa macam dah boleh jawab exam dah. Tapi..tah la. Tak cukup latihan kot. Cuak still ada. Sebab tu la study sampai tiga empat pagi. Mula-mula ingat tak nak tidur terus. Tapi mata tak boleh tahan. Nah, ambik kau. Masa dah nak mula jawab baru sedar, alamak..kalkulator tak bawak. Lepas tu nervous sampai soalan satu dngan dua yang senang tu pun tak boleh jawab. Uwaaaaaaaa..sampai la tinggal 30 minit exam nak habis, baru dapat idea. Tu pun tak sempat nak berhempas pulas. Redha je la..

Thursday, BASIC CHEM:
Basic jer..manyak la jer. Basic ni pun, alhamdulillah. Berkat pertolongan senior. Thanks senior! :D
Walaupun ada jugak yang tak jawab, tapi kalau nak lulus tu lepas la kot. InsyaAllah. Nak target A...tak sampai laaa.. Malam tu kelakar. Aku dengan Dayah bincang-bincang soalan tutor. Sambil glak-gelak sebab nak hilangkan tension kan. Lepas tu kena sound dengan budak bawah (aras bawah budak laki).. Aishh..geram kot. Diorang melalak lalak, pasang speaker kuat-kuat tak pe pulak. Tak lama lepas tu, ada budak nyanyi,Dayah pun sound balik..woiii, senyap la.. Terus budak tu senyap. Hahahahaha..

Jumaat: MAHA..

Sabtu, MID.. bawak Tasya dengan GG jenjalan, buat spek baru. Ngee.. Mahal gilerrr.grrrr. Siyes, tak mau buat baru dah sampai final year.

Ahad, Isnin, Selasa..berORGANIC~

Rabu, ORGANIC CHEM:
Last paper ni..yeay. Tengok orang semua dah angkut beg masuk bilik study. Kitorang pun terpaksa berpindah meja. Organic ni aku tak tau nak study macam mana. Nak kena baca ke? Takkan nak baca mechanisme sume tu. Adeh.. Last-last baca gitu-gitu dulu, then ulang balik. Masa ulang balik baru dapat feel organic. Hehe. Tapi tinggal sehari je. Sempat sempat. Nak hafal semua tak la kot tapi boleh la nak goreng-goreng. Tak de la tinggal banyak soalan. Ada la sikit-sikit. Muahaha..

Lepas je Organic, aku, Wani and Dayah terus pergi masjid Jamek. Pergi beli beg je. Beg nak letak barang. Lepas tu pegi Keramat tengok Kak Ina nak nikah. Tapi lambat sangat, tak sempat nak ikut pergi masjid. Baru ingat nak ambik berkat. Hee :D Then, pergi KLCC. Budak-budak ni nak sangat pergi iSetan. Haha. Last last kami spend masa kat Kinokuniya. Masing-masing beli satu novel seorang. Wee~

Penatnya..

And now, Home already! :D Kak Ina dengan Farah pun ada ni. Baru sampai semalam. Ingat nak bawak depa p Jom Heboh, tapi malas la pulak. Mesti ramai orang. Maleh r nak bawak budak-budak. Diorang pun ok je. Duduk rumah boleh main-main. Hehe. Lagi pun nanti nak pergi Keramat. Esok ada kenduri. Yahooo..

That's why la I'm not totally free. Got many plans for this holidays, Klinik pun dah call lepas exam hai tu tanya bila aku start cuti. Wee~

Yeay..seronok~
Seronok la sekarang sebelum mula Sem 2 yang jadualnya amat amat padat. Haih..

Sekian..see yah! :D

Saturday, December 4, 2010

MAHA 2010

Salam muhibbah, salam mesra..wee~

Dua hari yang lalu bersamaan dengan 3 Disember 2010, aku dengan Dayah and Wani pergi MAHA kat Serdang. Hehe. Plan pergi sana seminggu lagi awal sebab exam ada gap 5 hari. Pheww~ Untuk hilangkan kebosanan, gi derak laa! :D

Pagi-pagi tu pukul 9 dah gerak. Pergi singgah kat second college dulu nak hantar surat rayuan. Harap-harap la dapat kan. Amin..

Lepas tu, gerak la naik bas pergi stesen U sampai KL Sentral. Pastu, naik KTM pergi Stesen Serdang. Smapai sampai masa tu dah pukul 11 lebih la. Masing-masing dah lapau. So singgah la kat kedai tepi KTM tu. Masa nak bayar ada makcik dua orang ni. Dia tanya la kat orang kedai tu macam mana nak pergi MAHA tu. Orang tu cakap tungu bas belah sini. Aku pun menyampuk la makcik-makcik tu cakap. Haha.

Dah tu, kami 3 orang pun sama-sama la tunggu dengan makcik 2 orang tu. Masa kat stesen bas, aku tanya Dayah, wehh..mak cik tadi mana? Tengok-tengok mak cik tu ada kat belakang. Dia dengar aku cakap. Dia pun ketawa. Hahahaha.. Ouh makcik, saya ni caring orangnya. :P

Tunggu punya tunggu nak dekat sejam jugak la. Aish..dah la panas kan. Try la tanya teksi, ada yang tak nak masuk sebab jem. Ada tu tanya pulak kat aku berapa aku boleh bayar. Grr..camtu plak. Pastu makcik tu pun try jugak. Orang teksi tu kata RM25! Gler ahhh..cekik betul!

Aku pun tanya la Intan, nak naik bas apa. Intan cakap ada bas rapid. Makcik tadi pergi tanya orang lain plak. Laaa..kena tunggu seberang sana laa. Uwaaa..padan la. Pastu kitorang pun bergegas la ke sana. Terus naik bas. Tapi bas tu plak duk tunggu lama gler baru nak gerak. Aiseyman..sabar je la. Aircond plak tak de. Huhu.. Akhirnya, baspun jalan. Lalu kawasan rumah, kedai, masuk UPM. Cantik, banyak pokok nan rendang. Nampak MarryBrown ye di ditu. Hee..ingat plak kat Norliza. Lepas tu, dah sampai padang kawad, naik bas shuttle free plak. Dan akhirnya nk dekat pukul 1, SAMPAI! Wah..besaunya..!

Jalan jalan tengok itu ini.


First benda yang aku beli, kuih AKOK. 3 sehengget..wee~

Ni apa benda tah. Lupa nak tanya. Haha

Ok adik-adik. Ini bunga ya.

Bunga [lastik pun ada. Sebatang RM1 je.

Haish..KFC pun nak jugak. Berapa banyak lori tah. Pizza Hut  pun ada.

Ni pokok bonsai. Cantik.

 s
Ramai orang jual payung n topi cowboy.



Tak de apa pun kot. So, memang ingat save duit la pergi situ. Heh..tak jugak. Haha.
Kat dalam banyak lagi. Masuk dewan yang ada aircond, macam-macam ada. Baju, kain.. (tu la yang tarik minat orang perempuan kan..kecuali aku..haha)

Apa lagi ek lepas tu. Masuk kat Dewan Besar. Wah..besar gelr ah. Kat atas tu dia buat tempat orang rehat rehat. Ada karpet and aircond. Bagus. Kalau parents yang bawak anak kecik tu boleh la rehat kat dalam dewan tu. Bawah dewan tu ada bahagian makanan. Hehe..nyumm,,  Masuk kat situ beli macam macam. Haha. Susu kambing, jus mangga dari Bangladesh, ape tah lagi. Tu baru first trip..lepas tu pergi solat jap.

Haa..first time jumpa surau terbuka macam tu. Dia buat ada rongaa rongga..pakai kipas je, tak ada aircond. Agak best la tapi sempit. Orang ramai. Sepatutnya dia buat besar sikit. Hoho.

Dah lepas solat, makan. Yeay..
Kat bawah tu ada medan selera. Ada jual macam-macam makanan dari semua negeri utara, selatan, timur, barat, Sabah and Sarawak. Dayah ngan Wani makan nasi lemak. Aku tak mau. Yela..nasik lemak mana-mana boleh dapat kan. Pastu jalan-jalan jumpa nasik campur. Aku ambik lauk ayam kampung goreng, nangka masak lemak sikit dengan daging ketuk 2-3 slice. Sambal belacan sebagai penambah perisa. Masa nak bayar, alamak ai, RM10!! Sob3..

Ni nasi lemak Wani. RM 6..

Ni la nasik 10 hengget tuh..

Lepas makan masuk balik dewan besar tu. Aku nak pergi derma darah. Dayah ngan Wani pergi bawah konon nak mengurut, Hak3.. kesian aku keseorangan kat situ. Tengok-tengok ada miskol dr DRApih. Dia kata dia pun ada kat situ tapi nak balik dah. Huhu..

Aku pun teruskan la duduk situ sorang-sorang. Sampai la aku dah habis derma darah si Wani ngan Dayah ni tak naik-naik lagi. Grr..mana la depa ni p. Pahtu, depa kata ade kat bawah lagi. Aku pun p la kat depa. Masuk lagi kat dalam tu. Amboi-amboi, budak 2 orang tu dah shopping sakan la. Beli madu, kepok lekor, kek lapis, macam-macam la. Pastu pergi kat booth HPA. Rasanya duduk kat situ paling lama kot. Buat ape? Haha..biar la kami je yang tau. Tapi yang paling penting kami banyak belajar kat situ.

Dan dapat kaunseling percuma dari pak cik Amin. Dia nasihat aku, kalau sayangkan Islam..belajar elok-elok farmasi ni. Lepas tu mantapkan lagi dengan ilmu agama terutamanya ilmu perubatan Islam. Dia suruh aku buat kajian pasal kekejraman perubatan moden ni dan konspirasi Yahudi di sebalik syarikat-syarikat gergasi farmasi. Dan lambang ulra yang dikaitkan dengan Yahudi. Erm..logo PharmSoc ade  lambang ular.
InsyaAllah pakcik, saya akan cuba sedaya upaya. Tapi, what should I do now? Hmm..

Dah la tu Dayah n Wani, jomm balik. Haha. Before balik solat Asar dulu. Dah nak dekat pukul 6 kami pun gerak la balik. Penatnya.. Tengok orang beratur ramai-ramai kami pun ikut la beratur jugak. Panjang tuu..turun je dari bas tu..alamak, kat mana ni?? Uwaaaa..tanya la abang kat situ. Salah naik bas daaaaa.. Kena patah balik tempat tadi. Beratur lagi....

Sampai kat tempat tadi dah nak dekat Maghrib. Solat la dulu. Kang tak sempat pulak. Masa tu cantik..nampak banyak burung terbang. Burung pun tau nak balik kot waktu dah senja camtu.
Masing-masing dah penat. Dah siap solat, naik bas lagi. Mula-mula beratur kat tempat kaunter tiket tu. Lepas tu barisan dah pendek dengar announcement..Alaaa..salah tempat lagi. Kena tunggu bas kat tempat parking yang mula-mula kami sampai tuh. Naik la bas shuttle. Pastu naik rapid.

Penat sangat kot, sedap gler tido dalam bas. Sampai ada mat Arab duduk sebelah aku pun tak perasan. Hahaha.. Lamanya laa nak sampi stesen KTM. Adehh.. Tapi yang bestnya kami dapat naik tren baru! Hahaha..gege gler kot dalam tren tu. Duk ambik gambau sana sini. Darat la bebudak ni. Hahaha

Dah sampai KL Sentral pun sempat lagi ambik gambar. Dan akhirnya sampai la kami ke Kuaz dengan selamat. Alhamdulillah..

Balik tu masing-masing kejar toilet. Solat dan makan! Nyumm..sate ada, ayamas ada, kopok lekor ada..macam-macam adaa..wee~

Yang tak boleh blah nya, esok tu plan nk p Masjid Jamek la, KLCC laa..hahaha.




OK laa..penat dah tangan menaip ni. Next year nak pergi MAHA lagi tak? Erkk..tengok la dulu. Haha...
Sekian.. :D

Gambar-gambar lain..

Belon udara..

Dok kecek gapo tu Wani..haha


Nok se...

Tayang beg MAHA jap..


Sementara nak tunggu LRT..hehe

Ni before bertolak dari kolej.. :D

Nama saya Mimi..nama awak Wani kan.. :P

Acecey..dapat Ayamas free.. :D

Ni la dia dewan besar tu..

Wani tak de keje..

MAHA 2010


Dalam tren bary..ada tv laa..

Tempat duduk pun baru..wee~

Ada tempat untuk letak makanan..


Friday, December 3, 2010

Nightmare vs Mimpi Indah

Bismillahirrahmanirrahim..

Wah..penatnya semalam jalan-jalan kat MAHA. Ingatkan sampai ke petang je rupa-rupanya sampai ke malam disebabkan salah naik bas dan masalah-masalah teknikal yang lain. Adoi..tapi over all ok la. Tak terfikir pun nak beli apa-apa kat MAHA tu. Last last..hehe, macam-macam ada. OK, kita cerita pasal MAHA nanti. Sekarang nak cerita pasal mimpi. MIMPI?

Haa..disebabkan penat sangat kot semalam, sangat indah mimpi itu. Hee.
But before ni kan, since couple of weeks ago dapat tiga kali mimpi buruk yang menakutkan.
Yang mungkin juga untuk dijadikan iktibar.. OK, cerita one by one.

Dreaming..


Mimpi 1:  Situasi dekat rumah kot. Masa tu nak naik tangga. Gelap. Aku dengan Tasya masa tu. Lepas tu kat atas tangga tu ada seorang pak cik buta stand still je kat situ. Aku dengan Tasya naik je la. Bila dah sampai kat pakcik tu dia halang kitorang naik. Lepas tu, aku cuba melepasi pak cik tu tapi Tasya pulak tertinggal. Mimpi berakhir di situ. Hmm..tak tau nk cakap macam mana tapi memang sekeri laaa..

Mimpi 2: Masa tu ada rombongan ke mana tah. Naik bas ramai-ramai. Dalam rombongan tu ada la seorang kenalan aku ni yang memang kalau tengok baik la orang kata. Dari segi pemakain dia memang solehah la senang cakap. Masa tu dah nak balik. Lepas dah naik dia cakap nak turun kejap pergi toilet. Ok la kan.

Lepas tu bas dah nak jalan, dia tak sampai-sampai lagi. Ish..lamanya pergi toilet. Lepas tu pergi la carik kat toilet. MASYAALLAH.. Entah mana silapnya, kelihatan dia seperti diazab. Dengan kesan terbakar. Terbuka..Semua orang boleh nampak. Memang tak sangka orang yang disangkakan baik tu diazab sebegitu rupa dan aibnya dibuka di hadapan orang lain. Apakah ertinya mimpi itu? Sama-samalah kita renungkan..

Mimpi 3: Mimpi aku kena rasuk. Nauzubillah..ya Allah. Tak ingat butir-butir mimpi tu dengan jelas tapi memang menakutkan.

Setelah datang tiga nightmare tu tiba-tiba semalam mimpi indah. Wahh..berbunga-bunga. Mimpi apakah itu? Hihi..orang tu bagi green light laaa. Ehemm..bahagianya rasa kalau mimpi tu betul kan. Aishh..bila la nak jadi realiti. Hmmm..mungkin tak akan terjadi. Ouhhh..sedihnya...''Hanya kerna kau yang cukup indah..lalala''


Zzz..sebelum tidur jangan lupa baca doa..





Kesimpulannya, mimpi tu mainan tidur kan. Mungkin yang mana-mana yang buruk tu boleh dijadikan iktibar dan pengajaran untuk menginsafi diri. Yang ind-ah tu, mungkin sekadar anganangan. Sebab mimpi tu akan  merealisasikan apa hasrat yang terpendam di lubuk hati kita by visual. So, apa yang terpendam dari hati aku, itulah yang keluar dalam mimpi. Hee

Sekian. Harap-harap malam ni dapat sambung mimpi tadi.^^





Thursday, December 2, 2010

Ciri-ciri Wanita Syurga


1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul

Salam Mesra Abadi.. :)

PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL oleh Fatimah Syarha.

Best buku ni. Walaupun ada certain orang cakap macam perfect sangat tapi macam tu la yang est kan. Hee.
Sedikit informasi tentang Fatimah Syarha. Beliau ni seorang penulis novel, artikel n buku-buku motivasi. Antara yang aku pernah baca: Seharum Mawar Berduri, Tautan Hati, Pemilik Cintaku Stelah Allah dan Rasul.

Beliau telah berumah tangga bersama Dr. Farhan Hadi. Suami beliau pun ada menulis novel dan artikel untuk majalah Solusi. Novel yang dia tulis Denyut Kasih Medik. Semua yang aku list kan ni aku ada. Wee~

Erm..apa yang best pasal diorg ni? Jeles kot tenngok kebahagiaan mereka. Huahuahua..kalau la dapa laki macam Dr. Farhan tu kan. Erm..tapi kena la se'juruh' Fatimah Syarha. Tak gitu Mimi?

Buku Pemilik Cintaku ni banyak menceritakan pasal mereka berdua la. Pasal cara-cara membina rumah tangga yang mendambakan keredhaanNya. Dan banyak mencontohi Rasulullah saw dalam segala aspek. Sweet sangat. sangat.. Apa yang penting mereka berdua meletakkan cinta Allah sebagai cinta utama. Alangkah indahnya apabila mereka berdua bersama mengejar cinta nan satu itu.

Ni salah satu poin yang aku suka.. Sebelum berkahwin, jodoh untukmu adalah pilihan. Pilihan tentang sesusuk peribadi dan akhlak yang kan mendampingimu. Nama dia telah pun tercatat di loh mahfuz untukmu namun peribadinya ditentukan olehmu peribadimu. Allah akan menjadikannya kufu pada kebiasaannya. Namun tidak semua. Jika klau mengimpikan peribadinya soleh, soleh dan solehahkanlah dirimu.


Sekian.. ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...